Friday, July 18, 2014

A definite truth



MH 17, MH 370, the evergreen Gaza, Syria semuanya melibatkan korban nyawa.  Memang kita 'menonton' dari jauh kemudian mengungkapkan kata-kata takziah dan kesedihan. Namun, sekejap lagi tertawa dengan lakonan lawak bodoh di kaca TV. Seolah-olah kematian adalah drama yang kita nantikan episod seterusnya namun tak rasa kita sebahagiannya.

Tidak semua manusia merasa memandu Lamborghini, tidak semua manusia merasa Kapsah daging original masakan rumah seorang wanita di Abou Kabeer, tidak semua merasa punya suami yang sering mengejut bangun malam tetapi semua PASTI berkongsi rasa kematian. Dos kesakitannya sahaja yang berbeza.

Pun begitu, manusia masih gemar mengejar-ngejar angan yang tidak pasti.


Pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya, "Hai umat manusia, tidakkah kalian malu kepada Allah?"

Mereka menjawab, "Kenapa engkau berkata demikian Ya Rasulullah?"
Nabi bersabda lagi, " kalian kumpulkan apa yang tidak kalian makan, kalian angankan apa yang kalian tidak raih dan kalian bangunkan apa yang kalian tidak menempatinya."

Saya sangat terkesan dengan pandangan Sayyidina Umar RA tentang kematian. Dicatatkan Abu Ammar dalam bukunya Ar-Raqaiq, tatkala Abdullah ibn abbas masuk ke bilik Sayyidina Umar RA saat beliau sedang sakit menghadapi maut dan kelihatan Sayyidian Umar RA gelisah maka kata Sayyidina Umar, 

أما ما ترى من جزعي، فهو من أجلك و أجل أصحابك، عمر الخطاب 

"Kegelisahanku yang kau lihat ini kerana kamu dan umat islam yang lain."  


Ini satu fiqh dakwah dimana Sayyidina Umar menganggap kematian itu sebagai tamatnya peluang untuk berbakti dan menjadi khadam buat umat. Fiqh ini mengangkat satu cara fikir buat duat tentang makna kematian dan kehidupan. Menjadikan kehidupan itu lebih memberi makna. Kerana sebahagian duat mencintai mati dan putus asa terhadap dunia dan ada yg sebaliknya. Sesungguhnya beliau mengajar kita, cara2 menggerakkan iman.

Sabda Rasulullah SAW

تحفة المؤمن الموت
Hadiah untuk mukmin adalah kematian.


Kisah Sayyidina Umar RA dan sabda Rasulullah SAW di atas membawa dimensi baru dalam 
menilai kematian. Mati tidak selamanya negatif. Kita yang masih dipanjangkan hayat, diizinkan menghela dan menghembus nafas berpeluang mencipta taman syurga di lahad kita.

Kebijakan yang dimaksudkan Ar-Rasul SAW apabila menyarankan kita mengingati mati bererti kematian sepatutnya menjadi motivasi untuk kita beramal buat sesuatu yang lebih kekal. Lebih produktif dan tamak mencari laba akhirat  sekalipun jalannya adalah dengan memakmurkan dunia ini (seperti tabah dan gigih menjadi HO? ;) )

Ketahuilah dengan bersungguh-sungguh di dunia, baru kita mampu fahami erti, 

"Dunia itu penjara mukmin!"

Thursday, July 3, 2014

Optimis!



Pemuda yang bukan ustazah tetapi sangat mencintai agama.

1. Bagi saya, suasana dakwah dan penerimaan terhadap pengamalan Islam di Malaysia semakin hari semakin mengujakan. Walaupun banyak isu ummat yang menggusarkan hati. Di mana ada striker, di situ ada goal keeper. Buku bertemu ruas. 

2. Kini, kempen menghidupkan bulan Al-quran bukan sekadar pada pada memperbanyakkan tilawah sahaja. Kempen untuk faham isi Al-Quran juga giat berjalan. Cth: Video tafsir NAK yang viral sejak malam Ramadhan, keterbukaan masyarakat untuk ambil kelas bahasa arab secara formal di hujung minggu, makcik-makcik sudah tidak pelik dengan bacaan qiraat 10. Kempen hafazan, qiyam, sedekah ala 'pending coffee' dll. Bukan ekslusif lagi untuk penuntut aliran agama tulen.

3. Saya yakin apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengetahui dan mengakui seronok, praktikal dan syumulnya Islam, peluang untuk meningkatkan fasa dakwah terhadap isu-isu yang lebih besar dan berat terbentang luas. Ikhwan mendapat manfaat dengan sebaran dakwah salafi yang banyak membantu dalam menghidupkan roh Islam. Mungkin itu salah satu faktor kemenangan Dr Morsy tempoh hari dan terkedepannya dakwah di Mesir walaupun tekanan sekeliling yang sangat tidak membantu.

4. Insya-Allah, kita sedang menyediakan masyarakat yang terdidik jiwanya dengan Al-quran. Moga fasa dakwah umum dapat ditingkatkan lagi kepada kefahaman kenegaraan islam, ekonomi Islam, undang-undang Islam, kesatuan Islam dll.

5. Selamat memperbanyakkan amal soleh, tadabur al-quran dan tadabur ayat Allah yang terbentang

إذا المرء كانت له فكرة ففي كل شيء له عبرة

Jika seseorang mempunya fikrah (idea/kefahaman), segala disekelilingnya menjadi ibrah (pengajaran).

5 Ramadhan 1435

Wednesday, July 2, 2014

TIPS: Bernas belum tentu benar




Kagum dengan orang yang punya buah fikiran bernas walaupun belum  tentu  benar?
Tertanya-tanya bagaimana seseorang boleh mengulas isu semasa atau punya pengetahuan am (general knowledge) yang luas?

Saya nak kongsi dapatan saya dan tipsnya:

1. MEMBACA. IQRA. Memang jambatan ilmu, cahaya penyuluh terang-benderang. MENDENGAR atau MENONTON boleh membantu tetapi jarang kita nak dengar atau tonton fakta mentah. Selalunya boring ataupun bias. Usahakan untuk membaca bahan yang boleh membantu membina prinsip seperti tafsir al-quran (Saya baca Tafsir fi Zilal Al-Quran, Sayyid Qutb. Lebih menerangkan tentang hikmah penurunan ayat, sebabnya secara prinsip berdasarkan asbab nuzul dan kaitan dengan iman ), 40 hadis kumpulan Imam Nawawi, perkara teras akidah. Bergurulah dan amalkan dalam kehidupan. Ini akan membentuk prinsip dalam setiap isu yang didepani.

2. Peruntukkan masa untuk membaca dan analisis ringkas. Saya berpegang kepada, masa jika tak diwujudkan memang tak akan ada. Sayangi masa anda. Rasa berdosalah akan buku-buku yang 'macam best'  anda beli tetapi tidak dibaca.

3. Tahu walau tidak minat. Contohnya walau anda tidak minat ekonomi, ambil tahulah tentang GST. Bukan sekadar baca bahagian politiknya sahaja. Faham materialnya secara kasar pun tidak menagapa.

4. Facebook untuk overview sahaja. Jika anda mengikuti isu melalui facebook, usahakan untuk buka sumber berita tersebut dan membaca buku. Adapun status-status pemimpin terutamanya politician , ahli akademik dan lain-lain hanya dilihat sebagai penimbang tara untuk pendirian kita. Jangan jump into conclusion dengan beberapa patah status mereka. Jangan takut untuk menghubungi via emel, private message organisasi, pihak tertentu untuk pengesahan maklumat. Jika dilayanlah. Status-status juga biasanya akan quote cebisan-cebisan hujah yang menyokong mereka. Cuba counter-check dengan tulisan asal untuk lebih memahami konteks perbincangan dan quotation itu.

5. BOOKMARK. Cara konvensional. Manfaatkan butang bookmark website penting untuk kita ikuti pelbagai isu. Menjimatkan masa berbanding facebook kerana tak perlu baca berita yang 'tidak perlu' seperti juadah berbuka Siti, jejak kasih Amin dll.

6. MENULIS atau BERKONGSI. Kesannya seperti membuat latih-tubi. Maklumat dapat diproses dan dihadam.

Sebanyak manapun kita mengejar ilmu penegetahuan tidak akan terbanding ilmu Allah. Jika seluruh lautan dijadikan tinta, masih tak tercatat ilmu Allah semuanya. Ukurlah segala-galanya atas kaca mata iman. Tidak guna berapi-api menyatakan pendirian yang tidak didasari usaha mencari ilmu dan tidak dipasak dengan taqwa. Bagaikan tin kosong, bising dan mencemarkan alam.

Apalagi jika tidak berilmu!  

Monday, June 30, 2014

Doa untuk kita

Doa mereka kepada Jesus untuk kita


Mendoakan hidayah untuk muslim dan not yet muslim.


1. Ramadhan adalah bulan barakah dan kita dianjurkan untuk memperbanyakkan doa.

2. Sepertimana para Kristian dalam web ini mengasihani saya, dan muslim Malaysia dan manusia keseluruhannya dengan doa mereka:

* Pray for the political leaders of Malaysia that as they serve their people, God would give them wisdom and enable them to lead their nation in justice.
* Pray for the church to be bold and courageous, that fear would not be their hindrance in sharing the Gospel, in the midst of the current persecution.
* Pray that the Muslim Malays would have a revelation of the death and resurrection of Jesus Christ. The risen Christ will help them turn from the things that would bring destructive influences into their lives.
* Pray for the younger generation to find their place and role in society. Pray for employment opportunities and for them to have hope in the future.
* Pray for wisdom and guidance for the National Evangelical Christian Fellowship (NECF) in Malaysia.


lebih wajarnya untuk umat Islam mendoakan hidayah buat mereka. Link ini adalah satu renungan untuk kita manfaatkan ruang Ramadhan ini untuk tidak pentingkan diri sendiri dan mendoakan hidayah kepada orang lain.

3. Harus pada hukumnya seperti yang ditulis imam Al Bukhari dalam:

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

berpandukan hadis ar-rasul SAW:

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

rujukan, dalil-dalil dan penerangan lanjut: http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/950-doa-untuk-bukan-islam-ketika-khutbah-a-bersin.html

4. Dakwah diserikan dengan pelbagai wasilah. Dengan hujah dan penerangan, mempertahankan perlembagaan yang pro Islam, mempertahankan sejarah bangsa muslim dan juga berDOA!

5. Mereka ada hak untuk 'berdakwah' (jika bukan berpusat di Malaysia. Di Malaysia kita ada perlembagaan). Banyak yang kita para duat perlu belajar daripada sebaris link ini. Saya tidak prejudis atau paranoid. Kita bersaing untuk tegakkan kalimah Allah atas muka bumi.

6. Salam ramadhan dan kasih sayang buat semua pencari hidayah Allah. Moga ditemukan dan dianugerahkan manisnya SYAHADAH.

7. Salam perjuangan buat muslim amil yang beriman dengan syahadah dan kepentingan menyebarkan SYAHADAH.

Friday, June 27, 2014

Happiness is: Ramadhan is coming verrrry soon



   Hurtful confession. I've to repeat my D licence. I wonder what are the hikmahs behind this looked-easy-as-peanuts thing. Move on!

  Alhamdulillah then, it's Ramadhan coming our way. Am a bit relieved when there is something wonderful to be looked foward to. Missing student's life. Simple and free. Just focus! Ini kira single lagi. Wondering how would i survive in Kota Kinabalu without D licence, if I've meant not to pass? Ok, move on!

Continuing my ODOJ, answering pre Ramadhan question from halalify. Let me share a bit:

WHAT DO YOU WANT TO ACHIEVE THIS RAMADHAN

 1. Set a timer for 5 minutes and write down what your ideal Ramadan would look like. What would that feel like? Keep in mind the following, “And your Rabb says, “Call upon me; I will repond to you.” [surah Al-Ghafir verse 60]

2. Set the timer for another 5 minutes and jot down what you want to achieve in the corresponding time slots.

- THIS RAMADHAN
- NEXT RAMADHAN
- 6 MONTH POST-RAMADHAN
- LIFETIME

3. Go back to each of the four life sections and circle ONE item that you feel would have the most positive effect on your dunya and akhira. Just ONE. Insha’Allah.

4. Take the goal you circled for “This Ramadan,” and write it in the bubble below. Set your timer once again for 5 minutes and begin to write down all the steps you must take in order to complete that task. Connect each step with a line to the bubble.

5. Look over each of the tasks you delineated above, and create a chronology by writing the number 1 next to the step you must take first, a number 2 on the task that must be completed next. Continue to do so until all the steps have a number attached to them.\

6. Now add due dates next to each step to make them time-bound and add them to the corresponding dates in the monthly calendar view. bonus: Also add them to your section of your daily viewbonus: Find an accountability partner to help you stay on track with your goals.

Rinse and repeat for any additional goals.


p/s: really, is there such person called 'superdaie-excellentdr' who doesn't owe a D licence?  ;) 

Wednesday, June 25, 2014

My Ramadhan: May be the last!




Salamalaik.

Saya nak share something yang SANGAT BEST saya kira for our Ramadhan booster.

http://ramadanbattleplan.com/ultimate-ramadan-planner/

Ini link untuk Halilify Ramadhan Planner. Download it for free! Ia adalah planner yang boleh bantu kita untuk rancang Ramadhan TERBAIK dalam hidup kita. Terbahagi kepada lima:

1. Towards Ramadhan
2. First 10 days
3. Second 10 days
4. Laylatul Qadr BATTLE PLAN
5. Syawal


Ini ada beberapa notes yang menarik perhatian saya.

Towards Ramadhan

1. Mind your media intake --> CHOOSE if you ever need
2. Don't lose sight of today --> PLAN!
3. Get rid of interference --> Ask yourself what are they?
4. Doa' list --> The best time to ASK!
5. Iftar fund
6. If you need to shop make it BEFORE Ramadhan
7. Cleaning!!!
8. Lectures list/ Halaqah list

And from me

9. KEEP HYDRATED AND FIT


Buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. It may be our last!


p/s:

Kita mungkin ada banyak benda nak fikir. Ada masalah, beban tugas. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk kita abaikan kedatangan Ramadhan like we did last time. Be rational and enjoy the sparks of Ramadhan which is full of blessed. Spread the barakah! 

Doakan test kereta saya lepas untuk kesekian kalinya...amiin. Sahaja aku ambil test kereta kerana Allah untuk memanfaatkan diri untuk ummah!

Tuesday, June 17, 2014

Ayuh Fit!




Pagi ini saya berjogging di bendang. Jaraknya lebih kurang 2.5 x trek di stadium. Sekejap jogging sekejap berlenggang. Mujur ada adik yang setia meneman. Penting untuk fit sebagai persedian untuk HO yang tagging 7am to 10 pm. Persediaan untuk menyambut Ramadhan juga dan untuk minggu ini yang agak stressful, saya memerlukan Mr Endorphine.

Bersukan lebih menyeronokkan nun di Mesir. Ketika tinggal di Sayeda Zainab setiap jumaat kami akan berkumpul. Kadang-kadang lari di tepian Nil hingga ke Semiramis Hotel, Tahrir. Adakalanya kami main bola baling di Nadi Nil atau Nadi Zen Hom.  Apabila berpindah ke Abbasiyah, masih lagi kami meneruskan aktiviti yang sama. Cuma waktu dan tempat berbeza. Adakala kami main bola di Hadiqah berbayar takpun main 'kejar-kejar' pagi Jumaat dengan anjing-anjing Hadiqah El-Araby. Kalau malas sangat, kami aerobik saja di rumah. 

Dalam usrah, saya akan di follow up tentang bersukan. Ini untuk menjasadkan teori qowwiyul jism dalam kehidupan. 

Saya akui hidup pasca-graduasi, pre-praktis agak lapang. Tambahan pula, saya belum secara rasminya boleh memandu kereta, maka saya tidak begitu mobile untuk kekalkan gaya hidup lampau saya seperti di Mesir. Semasa tahun 5 dan 6 saya tinggal lebih jauh daripada universiti berbanding sebelumnya. Banyak add on tasks yang saya masukkan dalam jadual pada dua tahun itu. Almaklumlah sudah 'tua'. 

Saya tertanya-tanya adakah logik untuk capai 'ruhban fillail, fursan fin nahar'? Sesampai rumah sudah lembik. Letak kepala terus hilang. Adakah memadai bergantung kepada 'keteguhan iman' untuk konsisten bangun malam? Jadi, saya fikir salah satu cara untuk jadi penunggu pagi yang sukses adalah ubah gaya hidup. Hidup dengan sihat dan tingkatkan stamina. Ini baru hidup mati untuk Allah. Bukan solat sahaja untuk Allah.   

Kesihatan dan a good health practice adalah perkara penting bagi saya. Seorang daie sepatutnya produktif, tidak tidur lepas subuh, kurang ambil junkfood. Bukan asal halal saja bedal.

Selamat merancang kehidupan pre Ramadhan yang berbaki 2 minggu. Semoga Allah terima ini sebagai usaha untuk mendekatkan diri dengannya!