Kagum dengan orang yang punya buah fikiran bernas
Tertanya-tanya bagaimana seseorang boleh mengulas isu semasa atau punya pengetahuan am (general knowledge) yang luas?
Saya nak kongsi dapatan saya dan tipsnya:
1. MEMBACA. IQRA. Memang jambatan ilmu, cahaya penyuluh terang-benderang. MENDENGAR atau MENONTON boleh membantu tetapi jarang kita nak dengar atau tonton fakta mentah. Selalunya boring ataupun bias. Usahakan untuk membaca bahan yang boleh membantu membina prinsip seperti tafsir al-quran (Saya baca Tafsir fi Zilal Al-Quran, Sayyid Qutb. Lebih menerangkan tentang hikmah penurunan ayat, sebabnya secara prinsip berdasarkan asbab nuzul dan kaitan dengan iman ), 40 hadis kumpulan Imam Nawawi, perkara teras akidah. Bergurulah dan amalkan dalam kehidupan. Ini akan membentuk prinsip dalam setiap isu yang didepani.
2. Peruntukkan masa untuk membaca dan analisis ringkas. Saya berpegang kepada, masa jika tak diwujudkan memang tak akan ada. Sayangi masa anda. Rasa berdosalah akan buku-buku yang 'macam best' anda beli tetapi tidak dibaca.
3. Tahu walau tidak minat. Contohnya walau anda tidak minat ekonomi, ambil tahulah tentang GST. Bukan sekadar baca bahagian politiknya sahaja. Faham materialnya secara kasar pun tidak menagapa.
4. Facebook untuk overview sahaja. Jika anda mengikuti isu melalui facebook, usahakan untuk buka sumber berita tersebut dan membaca buku. Adapun status-status pemimpin
5. BOOKMARK. Cara konvensional. Manfaatkan butang bookmark website penting untuk kita ikuti pelbagai isu. Menjimatkan masa berbanding facebook kerana tak perlu baca berita yang 'tidak perlu' seperti juadah berbuka Siti, jejak kasih Amin dll.
6. MENULIS atau BERKONGSI. Kesannya seperti membuat latih-tubi. Maklumat dapat diproses dan dihadam.
Sebanyak manapun kita mengejar ilmu penegetahuan tidak akan terbanding ilmu Allah. Jika seluruh lautan dijadikan tinta, masih tak tercatat ilmu Allah semuanya. Ukurlah segala-galanya atas kaca mata iman. Tidak guna berapi-api menyatakan pendirian yang tidak didasari usaha mencari ilmu dan tidak dipasak dengan taqwa. Bagaikan tin kosong, bising dan mencemarkan alam.
Apalagi jika tidak berilmu!
No comments :
Post a Comment