Showing posts with label ini sejarahku. Show all posts
Showing posts with label ini sejarahku. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Dijemput pulang




Ada sebuah tulisan,

“ He had bring you back. Why care of running away? Grateful is all you have to! What past was passed, don’t let it steal your present!”

Beberapa quotation yang biasa saya dengar dikumpulkan dalam satu kata-kata, cukup memujuk rasa. Bagaikan tomyam yang menggelegak di dalam periuk, begitu hati manusia. Pelbagai rasa dan warna, berbolak-balik, berubah-ubah. Itu sifat kehidupan. Tiada yang statik. Jika anda rasa tidak mahu ke depan, sebenarnya anda telah ke belakang. Jika anda rasa tidak mahu ke belakang, anda sudah pun melangkah ke hadapan.

Sunday, June 5, 2011

Mujahadah + Taubat = Nikmat


Antara nikmat di dunia, moga di akhirat juga


Bismillahirrahmanirrahim,

الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
Terlalu banyak nikmat yang diberi, terlalu banyak keculasan kita dalam menjalankan amanah.
Suatu hari,
“Akhawat, kalau disebut nikmat, apa benda yang paling best?”
“Blackberry!”
“Rumah yang bumbungnya nampak langit!”
“Family!”
“Pandai menulis!”
“Ukhwah fillah!”
“Redha Allah!”
“Syurga!”
Terhenti di situ. Kanak-kanak itu telah menyebut apa itu nikmat bagi mereka. Sang guru pun tersenyum.




 

Wednesday, October 6, 2010

6 Oktober

             credit
                                                                 
Saya menulis under effect of caffeine. Saya bukan peminum caffein tegar, maka berlakunya up regulation. Reseptor menjadi sensitif walau dosnya rendah. Berdebar-debar. Sedari tadi menatap skrin komputer ini dengan harapan untuk menghadam beberapa bahan fikrah, berita tetapi debaran jantung membuatkan saya kurang fokus. Mujur hari ini hari cuti sekolah

Hari ini cuti 6 Oktober, cuti am Mesir.  Sittah oktober (Ramadhan) 1973, tarikh keramat buat warga Mesir. Bukan itu sahaja, buat umat Islam seluruhnya.  Mesir berjaya mengalahkan Israel dan hingga sekarang kita masih menantikan (baca: berusaha) untuk mengembalikan kegemilangan itu. Ramai yang berpendapat faktor kejayaan sittah oktober adalah kesatuan negara-negara arab, penglibatan ulama dalam strategi perang, saff tentera Mesir yang mengimani jihad (ramai ahli ikhwan muslimin yang terlibat). Wallahu a3lam. Saya sendiri mendapat maklumat ini secara verbal dalam pelbagai versi. A3la kulli hal, kita muhasabah balik di mana kita dalam agenda kemenangan Islam (saya sedang rasa bersalah kerana kurang produktif hari ini jangan minum kopi dah). Jika kamu pernah lihat apa-apa video tentang silsilah kemenangan umat Islam dalam bulan Ramadhan seperti Badar, pembukaan Andalus, kebanyakan akan terhenti pada Sittah oktober. Mungkinkah kita akan beroleh menang lagi?  
Pasti! Cuma bila? Allah sahaja yang tahu dan kita harus terus bergerak.


hari ini sejuk~credit

Saya rindu sahabat saya. 

Friday, September 24, 2010

September Aku


Tarikh: 17 September.

Tempat kejadian : NADA

Sedang aku, madie, naa, fizaR, kinahM, cha 'training',

"Sanah helwa ya gamilah, sanah helwa ya gamilah....." bergemalah suara mereka-mereka yang berniat membuat aku 'menangis'.

Tuesday, February 2, 2010

inspirasi syita'



"Penjenayah!" mereka kata, kerana aku menolak kezaliman yang besar,
kerana aku tolak hidup berdiam diri, dalam dakapan paksaan yang pahit. ~petikan video di atas.

p/s: Teringinnya nak ke KOBANNA. Alhamdulillah peperiksaan tamat. Mengisi waktu agar tak menjadi derhaka pasca-peperiksaan...

Monday, December 7, 2009

A.K.A.L


Ini bukan suara-suara escapisme
Ini bukan suara manusia lemah yang hanya ingin berpaut pada gemilangnya silam
Ini suara manusia yang mengorek 'ibrah umat
Mahu menjejak khuthoh kebangkitan umah!
Nasionalisme tak terbataskan oleh sempadan
Di mana La ilaha illa Allah di ungkap, di situ tanah kita
Kita bangga punya datok nenek daripada kesultanan Melayu Melaka
kerana kita tahu berkilauan selat Melaka dek kerana berkilatnya tauhid dalam jiwa
Kita juga tahu datok nenek kita berkawan erat dengan saudara-saudara daripada Abasiyah, Uthmaniyah
Kita bangga menjadi anak Melayu yang gemilangya kerana Islam
dan kita akan ulang kembali indahnya saat-saat itu!
p/s: Ayuh kenali siapa kita? Kenali apa peranan Kesultanan Melayu Melaka dalam khilafah Islamiyah!....tak perlu bawa buku teks sejarah sekolah menengah anda...dan lunch adalah percuma!

Saturday, October 24, 2009

Pekat dan Cair



Lelah mendaki Bait Kauthar. Saya tercungap-cungap. Asilah dengan prihatinnya,


“Kesiannya!”

Saya balas bergurau,


“Jangan cakap macam tu. Nanti jadi daie manja.”


Asilah pecah tawa lalu mengatakan ‘quote’ kegemaran yang pernah dia paparkan di screen sony ericssonnya,


“Em, pencerahan bukan untuk si manja!”


Syarifah pun menyampuk sambil menghulurkan air. Inilah keping-keping rindu yang saya susun kembali setelah kembali ke negara kedua ini.


Sekali lagi PERUBATAN melancarkan smart circle bagi sesi 09/10 di Beit Kauthar. Ini bermakna kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kepala dan kehendak akan mula bergerak. Ada yang akan bergerak laju. Ada yang bertatih. Ada yang beku.



Ketika sesi pendedahan kerjaya (doktor) oleh JPA di Hospital Kepala Batas saya bertemu dengan seorang doktor muda (saya tak tahu namanya) di OT (operation theater). Sambil menjalankan proses-proses pembiusan (anasthetic) ada satu kata-kata yang dia sebut.


“Bukan mudah menjaga empati! Satu hari nanti awak mungkin lihat pesakit yang dah teruk tanpa rasa apa-apa.”


Dia membayangkan saya bahawa keterujaan seorang doktor untuk merawat pesakit dengan penuh empati dan kasih mungkin menjadi tawar ditelan masa, setawar karkade pekat yang asyik ditambah-tambah air hingga menjadi cair. Empati dan teruja menjadi cair. Dilute.


Saya membayangkan juga bagaimana seandainya mentor-mentor SC, doktor-doktor jiwa, para ulama’, perkerja dakwah @ perkerja Allah juga dilanda sindrom yang sama?


Saya suka nak berkongsi kisah kalah yang membawa kepada menang. Selepas tahun kesedihan dan isra’ mi’raj, Rasulullah kekasih tercinta berasakan perlunya untuk mencari himayah atau perlindungan oleh kaum di luar Makkah supaya risalah tauhid ini dapat disebarkan dengan aman. Makkahkan penuh dengan tribulasi! Bagaikan sudah tertutup jalan di Makkah dan harusnya ada taktik yang baru. Maka, pada musim haji tahun ke 10 kenabian selama 10 hari kekasih pergi dari satu kabilah ke kabilah yang lain.



Dalam tempoh 10 hari inilah kekasih menerima aqbih rudda. Penolakkan yang paling buruk daripada Bani Hanifah, kabilah pertama yang baginda jumpa. Baginda teruskan. Bani Kulaib dan kemudian Bani ‘Amir. Awalnya mereka kelihatan bersetuju rupanya ada udang di sebalik batu.
Bujairah ibnu Firas si ketua kabilah,


“Kami akan beri perlindungan, pertolongan dan perang bersama engkau dan
kekuasaan milik kami setelah itu.”

Baginda,



“Al-Mulku lillah.”

Risalah itu tak tersebar dengan hati yang kotor. Baginda meneruskan lagi dan lagi dan lagi. Tenaga 50 tahunnya dikerah habis-habisan. Dek kerana cinta dan ghirahnya baginda terhadap cinta Allah dan perjuangan tiada cair juga semangatnya lalu dihadiahkan Allah enam orang syabab yang paling tua antara mereka berusia 21 tahun pada hari terkhir di Mina. Ini titik mula kronologi perjanjian Aqabah dan hijrah ke Madinah!



(untuk lebih lanjut rujuk ‘ala khutoh habib, Amr Khalid atau ke Kelas Sirah di Beit Khaulah)


Kak Syaf memetik satu kalam,


“Failure is the beginning of success!”

Maka, tiada perlu berendam air mata andai seruan tak diendah, salam dihulur disambut marah, cerita dikongsi dipandang sepi, lawak diberi tawa tak bergigi dan andai circle mentee tak muculkan diri… saya koreksi diri sendiri.


Kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan…Badiuzzaman Said Nursi

Wednesday, August 19, 2009

Kembara ke Espana


Buku. Buku. Buku. Sekalipun saya telah shopping buku-buku di ‘maarad kutub’ sampai putus bagpack, rindu pada HARFA, HASANI dan POPULAR tetap ada. Kali ini butang hijau saya benar-benar ditekan apabila berjaya mendapatkan naskhah merah yang telah lama dimpi-impikan. TARIQ: MENANG atau SYAHID karya Abdul Latip Talib. Perhatian: Ini adalah sebuah novel…sejarah.

Islam di bumi Arab, sangat bisa digambarkan. Kini, Islam di US tetap bisa saya gambarkan. Ketika menelaah karya Ibn Hazam El-Andalusy, saya sering terfikir bagaimana agaknya rupa masyarakat islam di sana waktu itu. Mat-mat salleh zaman dulu yang berkeyakinan teguh dengan agama islam, dan memartabatkan syariaat islam. Ustaziatul alam. Ya, mungkin juga sama analognya dengan orang Melayu berkulit sawo matang yang bermati-matian mempertahankan ajaran islam seperti Tok Janggut.

Memandang Ansalusia kini atau Espana, Spain saya nak menggosok mata berkali-kali dan berkata,
“Oh, tak sangkanya islam pernah bertapak di Sepanyol dengan gah, dan dialu-alukan sendiri rakyat Sepanyol! Portugal pernah tunduk pada kerajaan bani Umaiyyah (walaupun saya sudah tahu itu, tetapi tetap teruja)."
Saya yakin sejarah akan berulang dengan syarat, undang-undang kemenangan harus kita patuhi.
Tariq bin Ziyad, Khalid Al-Walid dan Muhammad Al-Fateh, telah menggariskan kriteria yang cukup hebat dalam pemilihan tentera-tentera islam yang akan berjuang di barisan hadapan.
(Quotation daripada buku ini.)
“Tuhan sudah membuka pintu jihad di Andalusia. Saya perlukan 12 ribu mujahidin yang sanggup mati syahid.”
Betapa ramai yang mengintai pintu syurga lalu,
“Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu dipersilakan duduk.”
Separuh duduk.
“Siapa antara kamu yang meninggalkan solat sunat witir dipersilakan duduk.”

Separuh duduk. Tinggal yang ‘lebih’ terbaik dikalangan yang terbaik. Mereka yang lebih suka syahid daripada kehidupan. Kriteria jelas serupa antara hero-hero ini adalah apa sahaja untuk Allah dan Rasul. Ruhban fil lail wa fursan fin nahar. Tiada masalah ego, tiada masalah dengki atau cuba membusukkan usaha orang lain. Seperti biasa dalam novel pasti ada ‘evil eye’ dan kali ini Jayashi, wakil yahudi yang telah pun memeluk islam, tak terkecuali dalam usaha membantut kemaraan tentera islam di Ecije, Andalusia. Silalah dapatkan naskhah yang murah tetapi mahal ini, terbitan PTS Litera.

Monday, August 10, 2009

Amal Al-Asymawi

gambar hiasan




Amal tak berhajat untuk dunia. Dia sudah punya kerjaya dan hatinya telah diserahkan bulat-bulat pada kerjayanya yang satu. Tak akan berpisah hingga ke hujung nyawa. Amal tak hairan pada sijil undang-undang yang digenggamnya. Dirinya telah diserahkan pada jalan Allah dan baitul muslimnya. Amal nekad menjadi sayap serikandi buat Ustaz Munir Dallah.



Ini hanya rumah. Besar, kecil. Amal tak kisah. Amal membenarkan janji Tuhannya. Amal rindu istana di syurga. Al-Arqam Abi Al-Arqam gah kerana rumah. Sebuah rumah menjadi titik asas. Amal rela mewakafkan istananya. Ikhwan Muslimin menjadikan rumah itu tempat perjumpaan, siri-siri perjumpaan demi menyirami jiwa ummah.



12 Februari 1949, gegar kesyahidan seorang imam. As-syahid Hassan Al-Banna telah pergi menemui kekasihnya. Di rumah ini, perlatikkan Hassan Hudaybi sebagai peganti.



Hati Amal tersentuh. Pilu rasanya melihat mujahid-mujahid kecil, anakanda-anakanda syuhada' dan pejuang yang terpenjara. Amal mulakan langkah, sekolah khas untuk mereka diasaskan. Amal wanita penyabar, berjiwa besar, langkah beliau selamanya untuk Allah...



p/s: kisah benar seorang...

Saturday, November 15, 2008

Hamba dan Raja








Tepat jam 1 pagi, Selasa, 20 Jamadil Awal 857 H/ 29 Mei 1453M serangan mujahidin Islam dilancarkan. Takbir bergema memecah kehinangan. Akhirnya, Constantinople dalam genggaman.







Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali parit khandaq,
“…Consatntinople
(Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera…,”
(hadis riwayat Imam Ahmad)



800 tahun selepas hadis ini disabdakan Rasulullah S.A.W, selepas berpuluh-puluh pemimpin cuba menakluki Consatantine, akhirnya Allah mengizinkan Muhammad II atau dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh untuk memegang gelaran ‘sebaik-baik raja’. Persolannya, siapa Muhammad Al-Fateh? Apa istimewanya hamba Allah ini sehingga dikurniakan penghormatan setinggi itu?

Dalam usia 22 tahun, beliau telah dipertanggung jawabkan untuk mengambil alih kedudukan ayahnya sebagai pemerintah negara. Dalam suatu peristiwa untuk memilih imam solat jemaah, beliau telah bertanya kepada semua jemaah yang hadir. Siapa yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah, sebahagian jemaah duduk. Siapa yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sebahagian jemaah duduk. Akhirnya beliau bertanya, siapa yang tidak pernah meninggalkn solat tahajud, semua duduk kecuali beliau. Hanya beliau sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh.

Muhammad Al-Fateh, adalah seorang yang sangat cintakan ilmu, alim ulama’, tentera yang handal dan pemimpin yang agung. Namun, beliau juga seorang hamba Allah yang tawadhu’, sering mengisi malam-malamnya dengan tahajud dan qiamullail.



Beliau pernah berkata, “ Jihadku dengan diri dan harta, tiada apa lagi yang
penting di dunia ini selepas melaksanakan perintah Allah”.


‘Ruhban fil lail wa fursan fin nahar’.

Kita renung sejenak bagaimana Sayyidina Umar Al-Khatab, pemimpin agung empayar Islam yang luas, terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya, akan mengalir air matanya, akan basah janggutnya apabila diperdengarkan ayat-ayat al-Quran. Berhenti sebentar. Ayuh kembali ke tahun 2008, dan lihat sendiri diri kita. Apakah kita telah bersedia meneraju sebuah pemerintahan atau masih sibuk membincangkan fesyen-fesyen terkini? Apakah kita telah bersedia mempertahankan negara daripada serangan musuh atau masih leka memuat turun lagu-lagu terkini kedalam mp4? Apakah kita telah mengisi malam-malam kita dengan tangisan dan air mata rindunya kepada Allah atau sekadar bersengkang mata untuk meraikan kemenangan pasukan bola manusia-manusia yang tiada kaitannya dengan kita? Soalan demi soalan. Betapa jauhnya kita daripada kegemilangan yang pernah digenggam Al-Fateh.



As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, “Tanggung jawab lebih banyak
daripada waktu”.


Soalnya adalah pengurusan masa. Kurangkanlah tiga perkara:
1. waktu makan
2. waktu ke tandas
3. waktu tidur

Sedarlah sahabat-sahabat, usia belasan tahun ini adalah usia keemasan. Di waktu inilah, segenap tenaga dan keringat harus dikerah untuk Islam. Jihadlah dalam menuntut ilmu, jihadlah dalam melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar, jihadlah memerangi hedonisme.

Kejar kegemilangan akdemik demi ke’izahan Islam wahai sahabat-sahabat. Kejar kemuliaan di akhirat sebagai hamba Allah yang bertqawa. Inilah ciri-ciri ‘rahib di malam hari, singa di siang hari’. Jangan dirisaukan tidurmu yang hilang kerana kau akan tidur selamanya dalam bahagia di sana. Risaukan tidurmu yang berlebihan kerana mungkin kau takkan dapt tidur lagi buat selamanya.



-edited from Quran Sunnah article to farisjalil