Ini dia siasah nafas panjang
Berdikit-dikit namun tetap bergerak
Setitis-titis namun tetap mengalir
Tarik nafas dan lepas
Semakin ringan di setiap hela
Kau itu sedang melangkah menuju Dia
Itu dia sayang
Hujung jalan kelihatan terang
Kini kau tahu apa itu penjara dunia
Berjalanlah di dalamnya
Setapak-setapak nanti kau sampai juga ke syurga
Siasah nafas panjangmu
Kau wariskan pada generasi harapan
Hidup untuk berjuang
Menongkat dagu bukan penyelesaian
Angkat bendera kebenaran
Perang kau isytihar
Ada manusia sedang bermain-main
Kau harus sedar usiamu hampir habis
Serah semua
pada Dia
Kau hanya ada dua
Tarik nafas dan bergerak
atau
Tarik nafas dan mengorak
Tiada tiga tiada
Moga panjang nafas hingga kau melangkah ke pintu syurga
3 comments :
ameen!
sungguh indah dan halus bahasanya namun cukup bermakna..
semoga sentiasa tegar mengorak langkah kerana Rabb tercinta...
amiin wa iyyaki hanimyusra. sama2 melangkah.
Post a Comment