Sunday, January 21, 2018

Teruskan berdoa #2018

Gonna meet this guy, curhat weekend ni


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.
Kasih sayang Allah itu sangat luas. Akhirnya hari ini dapat aku luahkan apa yang terbuku di hati. Allah kirimkan orang-orang yang aku sayang untuk meneguhkan aku.

Aku tidaklah sekuat yang aku sangka. Ada masanya aku kalah dengan perasaan. Ini tak pernah aku bayangkan sebelumnya.

Pun begitu, setiap impian yang kita anyam, sulamlah dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi pada Allah. Sekalipun terlihat mustahil, jika Dia berkehendak, pasti bahagia itu akan menjadi milik kita. Cuma bentuk, masa, masih terlihat misteri.

Aku cuba optimis dengan apa yang berlaku 2,3 hari ini. Sekalipun terlihat tenang, di daerah ini aku kalah dan air mataku tumpah. Sekalipun bahasa daripada lidahku hanya patah-patah, karangan doa aku panjatkan tak terkira panjangnya. Aku tidak mampu. Hanya Allah sahaja Maha Pengatur.

Aku cuba bangkit sedikit demi sedikit untuk menjadi hamba yang bersyukur. Memberi dan terus memberi. Aku yakin di situ aku akan ketemu hatiku yang telah hilang.

Setiap orang, sekalipun terlihat hebat, pasti ada peperangannya yang tersendiri. Kerana hidup tidak statik, jika kita berhenti bergerak kita akan kalah.

2018 masih muda. Namun tidak aku.

Nyawa boleh ditarik bila-bila masa. Aku kembali merancang sasaranku buat tahun ini. Ada yang di dalam kawalan, ada yang tidak.

Aku akan bermula dengan mengambil peperiksaan Jun ini untuk anaesthesia.
Merancang perjalanan umrah Mei ini jika tidak berhalangan.

Dan untuk sesuatu yang sangat penting buatku, biarlah Allah melorongkan cara. Mudah segalanya. Tidak terluka sesiapa.

Teruskan berdoa.

No comments :