Sunday, December 11, 2016

Aliyah [satu]

Daun pandan diracik halus. Ruang tamu semerbak dengan bau bunga rampai. Bau klasik bilik pengantin orang Melayu. Zahirah bakal melangsungkan pernikahan. Besok tarikh keramat.

"Berapa lama kau berkenalan? Kau bersedia menerima dia?" Kuntuman janda kaya terpisah kelopaknya di tangan Aliyah.

"Kami sekelas zaman sekolah dahulu. Tiba-tiba di muncul selepas 3 tahun terpisah. Mudah saja bagi aku. Jika benar mahu, datanglah ke rumah bertemu abang long," Zahirah menguntum senyum bahagia.

Begitu mudah Tuhan melorongkan jodohnya. Tidak banyak soal. Syarat yang sederhana. Redha orang tua.

"Kau bersedia menerimanya?" ulang Aliyah sekali lagi.

Zahirah sekadar mengangguk. Sinar matanya memberi isyarat yakin.
Aliyah tergamam. Padanya, menyerahkan percaya adalah isu besar.
Telefon pintar Aliyah berbunyi.

"Ah, dia lagi!"

Wan Saifullah: Memang tanggung jawab besar. Tapi kalau tak mencuba, sampai bila-bila pun tak akan bersedia. Persoalannya sekarang, orang tu, sudikah terima saya?

Aliyah: Jangan main-main

Wan Saifullah: I'm serious.

Aliyah membaca mesej itu. Sepi tak berbalas.

"Persoalannya, saya bersedia tetapi adakah orang itu awak?" Aliyah melontarkan soal pada dirinya namun dibiar tergantung tanpa jawapan.

Tuesday, September 20, 2016

Random thought 20/9/16



Post double night, few procedures in OT, fine tea time, leisure walk and ziarah ke Foh Sang. Now it's raining. Everything seems fine.


There is nothing not to be grateful of. He is so Merciful. When you went astray, He'll lead you back to Him. Some people, few smile, coincidental songs and words just dropped at the right time.

Rearrange few things in my mind.

1. Read.
Focus back on my reading as what I did in those days. Real book. Rather than scrolling to some random words for few hours.

I just finished Paolo Coelho writing, The Valkyries. Lots to comments, but keep that later.
Currently finishing Asyraf Farique's and Syed Ahmad Israa's, Semalam Ada Pelangi #kopipress

2. Al-Hifz
Which I abandoned for almost two years. Indeed, ayamal quraan kanat jamilah!

This two things are the cascades for so many things in my life.

I just want to lead a better life. Meaningful life.

Allhumma amiin.

ps:
Still dreaming of owning a bookcafe. iAllah!

You can get #kopipress books from me!

Tomorrow end of anaes posting viva..Allhumajal kulluhu yasira

Wednesday, August 31, 2016

Anak Melayu 27 tahun


Memandu dari Jalan Tuaran ke Pasar Besar Kota Kinabalu pagi ini membawa satu aura yang berbeza. Ya, hari ini 31 Ogos, Hari Kebangsaan.
Dalam kereta, entah kenapa saya berasa sebak dan menitiskan air mata tiba-tiba apabila akh Hamza Derawi, (Pengurus Aman Palestin di cawangan Gaza) mengucapkan tahniah Kepada rakyat Malaysia atas kemerdekaan di radio. Kita dicemburui dari sudut ini.

Membesar selama 27 tahun sebagai anak Malaysia, saya tahu pelbagai pergolakan kecil dan besar, skandal orang atas dan bawah, isu agama, perpaduan, bangsa telah menggoncangkan tanah yang seluas 330 ribu km2 ini. Saya sempat berasa putus asa dengan apa sahaja yang dinamakan politik, keadilan, bangsa dan kenegaraan. Ditambah lagi pemandangan di pasar pagi ini, melihat anak-anak kecil berhingus memunggah ikan-ikan. Entah berpendidikan entah tidak.

Jika hendak merungut, teruskanlah. Saya langsung tidak berminat untuk turut serta. Terlalu bayak yang kita perlu lakukan dan masih perlu lakukan. Jika tidak, membiaklah netizen yang kuat benar mengomen sana-sini tetapi masih terus makan duit kopi dan mengipas-ngipas.

Lafaz syahadah mengajarkan saya untuk tidak putus asa dan selalu berusaha untuk membuktikan kecintaan pada negara dan ia bermula dari diri sendiri. Saya akan tanamkan juga pada anak-anak saya kelak. Malah insyaAllah sanggup mengorbankannya untuk tanah ini.

Seperti kata Syeikh Umar Mukhtar, pejuang nasionalis Libya,
"Manusia hidup pada dua zaman. Zamannya dan generasinya."

Manusia yang hidup untuk membangunkan tamadun, hayatnya lebih lama daripada usianya.

Dari lubuk hati yang dalam,
"Aku Mencintai Malaysia"

Selamat Hari Kebangsaan buat semua rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan keturunan.
Ya, saya percaya untuk mencintai negara, tidak perlu menanggalkan baju bangsa. 

Thursday, August 18, 2016

Bagiku Hujan

https://www.google.com/search?q=hujan&safe=active&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiP2di5msvOAhWLQo8KHQzbDQcQ_AUICCgB&biw=1366&bih=630#imgrc=9FcPCUtNFGOlcM%3A


Hujan membasahi bumi
Alam harum selepas bersiram
Bersama dingin bayu membuai hatiku
Ditemani secangkir teh panas
Aku dipagut rindu

Rindu yang dalam buat Kekasih yang tak pernah bertamu di mata
Namun setia menemani
Malah dekat sekali

Hujan adalah limpah kasihNya
Menyirami kegersangan jiwa Sang Perindu
Diiring bersamanya bayu menenangkan

Mengingatkan aku kembali dunia hanya sementara
Riuh-pikuknya hanya drama
Yang bakal berakhir dalam beberapa ketika
Seperti hujan ini yang pasti akan berhenti

Hujan membawa cerita
Memberitahuku adanya sang air yang setia berbakti
Membawa kisah dari seberang sana
Lalu turun berhamburan di seberang sini
Akan tersejat kembali mengulang pembaktian

Dalam indah irama hujan yang menenangkan
Aku mengumpul kekuatan
Meyakini apa yang telah termaktub
Meyakini cinta yang telah tersemai
Untuk aku teruskan langkahan
Meski dalam hujan
Aku terasa damai
Kerana adanya Tuhan

Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016



Salam Ramadhan

Tahun kedua menyambut Ramadhan di Kota Kinabalu. Kehidupan telah banyak berubah.

Masih terbayang tangis mulus seorang gadis lepasan sekolah 8 tahun lalu diperkarangan Masjid Salam Hayy Asyir. Balam-balam cahaya malam masih kelihatan jelas. Kesederhanaan telah membangkitkan jiwa sedangkan berlebih-lebihan mematikan ia. Menitis air mata kecintaan yang tumbuh buatNya sesungguhnya dapat melapangkan hati dan membuahkan kebahagiaan yang tidak terungkap. Berasa cukup dengan kasihNya.

Maka gadis itu melalui hari-hari dengan faham benar akan hasbunallah wani'mal wakeel.

Berada di kejauhan, diuji dengan masa, kepenatan berkerja saya akui kehidupan tidak mudah. Menjalani uzlah syuuriah seperti saranan Assyahid Syed Qutb juga tidak mudah.

Moga Ramadhan ini memberi saya kekuatan yang luar biasa untuk menjadi hamba yang diinginkan Pencipta.

Bushro
Day7 Ramadhan
Anaes posting

Monday, March 28, 2016

Doa

google
Dari zaman student universiti, dah menjadi satu habit, saya jarang bagitahu apa yang sedang saya kejar tetapi ayat favourite saya, "Doakan saya."

Sampai satu ketika murabbi saya balas, "Sendiri doa yang penting!"

Betullah. Kadang-kadang kita lebih meminta doa orang lain instead kita yang sendiri bersungguh-sungguh doa. Ini juga suatu usaha.

Sampai hari ini habit ni masih berterusan. Saya percaya yang kita semua perlu berusaha tetapi saya sangat percaya Allah boleh ubah 0.1% to 100%. Orang lain tak boleh bantu saya untuk berusaha tetapi boleh bantu angkat tangan dan berdoa untuk saya.

Saya berterima kasih pada Allah atas titik-titik lemah yang Dia ulang-ulang ingatkan pada saya, saya jadi mudah menerima kesalahan orang lain. Memang kadang-kadang saya marah tetapi saya tak judge forever and ever. Kecuali kesalahan moral, menipu, tikam belakang dll.

Berdoalah untuk hidup dunia dan akhiratmu. Berdoalah juga buat orang-orang yang engkau sayang. Sahabat dan guru-gurumu. Doakan hidayah melimpah hidupnya. Ini hadiah yang sangat berharga dan sweet sekalipun dia tak tahu. Hadiah yang murah dan ikhlas. Doalah, doalah.


Sunday, March 27, 2016

Inilah aku

from google. belanja costa secawan?


Siapa aku?

Mungkin kau fikir peliknya soalan ini? Percayalah, semua orang ada masa di atas dan di bawah. Bagi aku satu, dua tahun ini aku hidup macam di awang-awangan. Tolong jangan persoalkan nikmat-nikmat yang aku dapat.

Nikmat ada kerja walau medical grads sedang berlambak menganggur, nikmat ada kerja yang agak bagus RMnya. Nikmat ada sahabat yang sangat-sangat baik. Yang kalau aku marah ke, tetap di sisi aku. Macam adik-beradik. Kami tak berkira masa, duit, macam tu jugalah bab bergaduh, hentam jak. Nikmat ada boss yang baik dengan aku. Walau ada yang kata dia suka berdrama dengan orang lain. Dan satu nikmat yang sangat-sangat besar, nikmat dakwah dan tarbiyah dengan ISMA. Aku pun tak tahu apa yang aku dah buat. Memang Allah Maha Pengasih dan Pengampun. Pendosa seperti aku pun masih Allah izinkan untuk dapat nikmat ni. Tak kira lagi anak-anak buah usrah aku, yang katanya rindu dan asyik nak tengok senyuman aku. Macam kelakar tapi kami tak sokong LGBT ok! Allah tambahkan nikmat lagi dengan penghijrahan murabbi lama dan selamanya dari aku di Mesir ke Kota Kinabalu ini. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang sampai aku nak mengeluh pun rasa malu. Rasa kufur nikmat.

Tapi...

Inilah aku. Perempuan akhir 20-an yang biasa. Yang banyak berdosa tapi mengaku sangat mencintai Allah.

Soalan ini aku selalu ulang-ulang dahulu. Daripada aku tak pandai cakap bahasa arab sampai aku boleh berlawak dengan makcik-makcik arab sampai aku dah tak berapa nak fasih cakap arab dah.

Siapa aku?
Ada orang pernah cakap pada aku dulu, zaman student memang semangat. Tunggulah dah start kerja.

Aku pun mula berubah sikit-sikit, Ya Allah! Aku sangat rindu diriku yang dulu.

Aku rindu rutin hafazan, mathurat aku.
Aku rindu menjaga mata, hati, mulut, telinga.
Aku rindu hamasah pada dakwah.
Aku rindu air mata aku yang murah untuk Allah dan jalannya.
Aku rindu ketenangan jiwa walau selalu dimomok kesarabutan dengan anak buah dan cawangan Abbasiyah.
Aku rindu kelelahan balik rumah Ayn Jalut yang agak jarak dari universiti aku, yang dekat dengan Masjid Nour tempat aku ambil sijil pengajian syariah yang aku satu-satunya ajami.
Aku rindu masak untuk ahli beit aku.
Aku rindu perasaan tahan hati untuk shopping then after few months spend for a cup mocca dekat Costa Coffee Maadi, sambil jalan-jalan seorang diri cari buku dengan view rumah-rumah yang cantik.
Aku taklah baik masa tu tapi aku innocent.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Moga Allah ampunkan hambanya yang lemah ini.
Moga Allah sentiasa perkenan merezekikan aku cintaNya yang memenuhi relung-relung jiwa yang kekosongan. Menghilangkan dahaga buat jiwa yang haus,

Aku yakin! Ini iman aku!
Inilah aku. Ha ana dzak. Yang percaya padaNya yang selalu menjawab doa-doa dengan cara yang ajaib. Dia yang mentadbir urusan hambaNya dengan cara yang unik!


Monday, March 14, 2016

Hang on!


Bismillahirrahmanirrahim.

Rindu. Sejujurnya saya rindu dengan penulisan dan tulisan. Mungkin sedikit memberontak dengan tekanan kesibukan, kepenatan saya menolak untuk membaca selain daripada bahan medikal. Mungkin bahan medikal yang saya baca sekarang dalam tempoh1 tahun 8 bulan ini, lebih signifikan lagi daripadaapa yang saya telaah selama 6 tahun setengah. Graf bacaan isu-isu luar, bahan fikrah jatuh menjunam.

You are what you read. 

Dan saya pun berubah menjadi orang lain.

Saya tidak mampu menulis lagi seperti dulu. Saya harap untuk sementara waktu sahaja.

Banyak lagi sisi perubahan diri yang lain.

Saya semacam tidak mampu buat apa-apa melainkan berdoa agar Allah teguhkan kaki saya senantiasa di jalanNya. Menggigit akar sekalipun saya akan cuba walau jasad di tolak arus deras-deras.

"Hang on there!" kata orang.


Wednesday, March 2, 2016

Teruskan

courtesy google image

Guru saya pernah bertanya, "Apa akan jadi pada manusia yang hidupnya ditimpa ujian demi ujian?"
Saya jawab, " Dia akan menjadi seorang yang gigih."
Balas guru saya, " Dia akan jadi orang yang jumud dan tidak kreatif. Melainkan, ujian itu dilihat sebagai peluang."

Saya tidak mahu menempuh hidup asal ada. Saya tidak rasa kegagalan sebagai penamat. Mungkin itu permulaan sesuatu yang baru. Saya tidak peduli apa kata orang. Saya bersyukur atas titis-titis rahmat yang sentiasa mengalir buat pendosa seperti saya. Saya akan teruskan perjalanan menuju Tuhan.