Pemuda yang bukan ustazah tetapi sangat mencintai agama. |
1. Bagi saya, suasana dakwah dan penerimaan terhadap pengamalan Islam di Malaysia semakin hari semakin mengujakan. Walaupun banyak isu ummat yang menggusarkan hati. Di mana ada striker, di situ ada goal keeper. Buku bertemu ruas.
2. Kini, kempen menghidupkan bulan Al-quran bukan sekadar pada pada memperbanyakkan tilawah sahaja. Kempen untuk faham isi Al-Quran juga giat berjalan. Cth: Video tafsir NAK yang viral sejak malam Ramadhan, keterbukaan masyarakat untuk ambil kelas bahasa arab secara formal di hujung minggu, makcik-makcik sudah tidak pelik dengan bacaan qiraat 10. Kempen hafazan, qiyam, sedekah ala 'pending coffee' dll. Bukan ekslusif lagi untuk penuntut aliran agama tulen.
3. Saya yakin apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengetahui dan mengakui seronok, praktikal dan syumulnya Islam, peluang untuk meningkatkan fasa dakwah terhadap isu-isu yang lebih besar dan berat terbentang luas. Ikhwan mendapat manfaat dengan sebaran dakwah salafi yang banyak membantu dalam menghidupkan roh Islam. Mungkin itu salah satu faktor kemenangan Dr Morsy tempoh hari dan terkedepannya dakwah di Mesir walaupun tekanan sekeliling yang sangat tidak membantu.
4. Insya-Allah, kita sedang menyediakan masyarakat yang terdidik jiwanya dengan Al-quran. Moga fasa dakwah umum dapat ditingkatkan lagi kepada kefahaman kenegaraan islam, ekonomi Islam, undang-undang Islam, kesatuan Islam dll.
5. Selamat memperbanyakkan amal soleh, tadabur al-quran dan tadabur ayat Allah yang terbentang
إذا المرء كانت له فكرة ففي كل شيء له عبرة
Jika seseorang mempunya fikrah (idea/kefahaman), segala disekelilingnya menjadi ibrah (pengajaran).
5 Ramadhan 1435
No comments :
Post a Comment