Friday, July 18, 2014

A definite truth



MH 17, MH 370, the evergreen Gaza, Syria semuanya melibatkan korban nyawa.  Memang kita 'menonton' dari jauh kemudian mengungkapkan kata-kata takziah dan kesedihan. Namun, sekejap lagi tertawa dengan lakonan lawak bodoh di kaca TV. Seolah-olah kematian adalah drama yang kita nantikan episod seterusnya namun tak rasa kita sebahagiannya.

Tidak semua manusia merasa memandu Lamborghini, tidak semua manusia merasa Kapsah daging original masakan rumah seorang wanita di Abou Kabeer, tidak semua merasa punya suami yang sering mengejut bangun malam tetapi semua PASTI berkongsi rasa kematian. Dos kesakitannya sahaja yang berbeza.

Pun begitu, manusia masih gemar mengejar-ngejar angan yang tidak pasti.


Pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya, "Hai umat manusia, tidakkah kalian malu kepada Allah?"

Mereka menjawab, "Kenapa engkau berkata demikian Ya Rasulullah?"
Nabi bersabda lagi, " kalian kumpulkan apa yang tidak kalian makan, kalian angankan apa yang kalian tidak raih dan kalian bangunkan apa yang kalian tidak menempatinya."

Saya sangat terkesan dengan pandangan Sayyidina Umar RA tentang kematian. Dicatatkan Abu Ammar dalam bukunya Ar-Raqaiq, tatkala Abdullah ibn abbas masuk ke bilik Sayyidina Umar RA saat beliau sedang sakit menghadapi maut dan kelihatan Sayyidian Umar RA gelisah maka kata Sayyidina Umar, 

أما ما ترى من جزعي، فهو من أجلك و أجل أصحابك، عمر الخطاب 

"Kegelisahanku yang kau lihat ini kerana kamu dan umat islam yang lain."  


Ini satu fiqh dakwah dimana Sayyidina Umar menganggap kematian itu sebagai tamatnya peluang untuk berbakti dan menjadi khadam buat umat. Fiqh ini mengangkat satu cara fikir buat duat tentang makna kematian dan kehidupan. Menjadikan kehidupan itu lebih memberi makna. Kerana sebahagian duat mencintai mati dan putus asa terhadap dunia dan ada yg sebaliknya. Sesungguhnya beliau mengajar kita, cara2 menggerakkan iman.

Sabda Rasulullah SAW

تحفة المؤمن الموت
Hadiah untuk mukmin adalah kematian.


Kisah Sayyidina Umar RA dan sabda Rasulullah SAW di atas membawa dimensi baru dalam 
menilai kematian. Mati tidak selamanya negatif. Kita yang masih dipanjangkan hayat, diizinkan menghela dan menghembus nafas berpeluang mencipta taman syurga di lahad kita.

Kebijakan yang dimaksudkan Ar-Rasul SAW apabila menyarankan kita mengingati mati bererti kematian sepatutnya menjadi motivasi untuk kita beramal buat sesuatu yang lebih kekal. Lebih produktif dan tamak mencari laba akhirat  sekalipun jalannya adalah dengan memakmurkan dunia ini (seperti tabah dan gigih menjadi HO? ;) )

Ketahuilah dengan bersungguh-sungguh di dunia, baru kita mampu fahami erti, 

"Dunia itu penjara mukmin!"

No comments :