"To be honest, tak rasa apa-apa."
Jaw drop tak? Itu jawapan saya dalam seminggu dua saya balik ke Malaysia. Ingat nak feeling-feeling ketika di lapangan terbang Kaherah. Alhamdulillah, adik-adik yang hantar sangat ramai nak dengar last word. Saya tak sampai hati nak kata,
"Tak tahu nak cakap apa."
Saya kerahkan memori-memori bersama supaya last word itu betul-betul berguna. Apa pun sampai atau tidak, urusan Allah. Check in pukul 10pm, saya sudah keletihan dan sakit tekak. Masuk flight pun masih terkebil-kebil tak dapat lelapkan mata tetapi nak feeling pun dah letih sangat.
Rasanya dalam seminggu dua ni baru saya macam tersedar, "Aku dah BFG! Dah tak ada 'cuti'. Inilah kehidupan."
Baru-baru ini saya terpaksa melepaskan beberapa program tarbiyah atas faktor masa dan pengangkutan. Dalam hati saya berbisik,
" Bukan aku sengaja."
Namun, apabila saya fikirkan kembali, bukankah itu alasan yang diberi kebanyakan orang yang gugur daripada perjalanan ini. Dahulu saat di Mesir, saat berpenat-penat lepas kelas naik bas dengan perjalanan satu jam disebabkan jem semata-mata sebab nak ziarah akhawat atau menghadiri mesyuarat, saya terdetik insya Allah jauh aku daripada gugur. Rasanya saat itu berkorbar-kobar benar dan rasa tak mungkin tinggalkan jalan ini. Rasa tak sanggup.
Saya baru sedar satu hakikat. Jalan ini tidak ditinggalkan dengan kesedihan dan air mata. Jalan ini tidak ditinggalkan dengan alasan pelbagai "ter..". Jika sampai saat ia ditinggalkan, ia akan dilalui dengan rasa rela dan kosong. Ia ditinggalkan secara perlahan-lahan dan dilupakan. Setelah beberapa tahun, rasa canggung, tak biasa akan ketara dan saat itu sangat sedikit yang kembali menjejak janji yang dilafazkan.
Saya sangat berpegang pada pesanan ukhti Wati,
"Andai kita rasa tarbiyah itu adalah nikmat, maka jadilah orang yang layak diberi nikmat."
Beliau tinggal di Singapura. Agak sukar untuk ke Johor mengikuti program tarbiyah. Maka apabila ada satu-satu temu janji tarbiyah, beliau akan cuba extra careful dengan dosa pada hari itu dan akan doa sungguh-sungguh. Moga-moga dengan usahanya, Allah mudahkan beliau untuk dapat nikmat itu.
Tawakal dan berdoa. Moga Allah jaga sensitiviti kepada pada tempat yang sepatutnya. Moga Allah tundukkan hati kita pada shopping dan jalan-jalan. Moga Allah tundukkan mata kita daripada iklan-iklan drama yang buat kita tersangkut episod demi episod. Pandang rendahlah pada diri sendiri jika terjerat dengan umpan-umpan murah.
Kita ada banyak benda besar untuk dihadam. Ada banyak jiwa untuk disantuni terutamanya dalam rumah kita sendiri. Selamat bersabar dan berusaha!