Thursday, June 14, 2012

Selamatkanlah

sumber: FB. hidup ini meniti tititan ke syurga, bila alpa jatuh ke neraka, bezanya masih di dunia, ada SOS!


Ya, kita boleh mengeluarkan kata-kata yang menggegarkan. Ya, boleh dilihat daripada mata-mata yang mendengar kekhusyukan, sekali-sekala menganggung-angguk tanda setuju. Turut sama terbuai dengan tazkirah yang sifatnya membasah. Namun, jangan hairan andai ia tinggal angguk dan geleng, sedang amal bisu tak berkata-kata. Harus sekali kau koreksi daripada mana asal peringatan yang kau hamburkan. Adakah kerana akal yang membengkak namun hati kotor bernanah. Maka ia sampai ke telinga pendengar namun tak bisa menembus amal.

Betapa Allah menutup aib manusia. Jika tidak, mungkin hanya Rasulullah saja yang rasa-rasanya sanggup berdakwah. Sedang yang lain bergelut dengan aib dan kelemahan manusia yang dhoif.

Betapa nafsu dan iman itu sifatnya berseteru. Tak mungkin duduk semeja dan bergurau-senda. Allah... betapa isu iman, isu multilevel! Tak diukur berapa lama  kau mengucap syahadah, tak diukur berapa lama kau lalui proses pentarbiyahan. Yang diperlukan syahadah yang dibenarkan dan tarbiyah yang berterusan.

Manusia yang tak mampu menundukkan nafsunya takkan mampu menundukkan apa pun, siapa pun!

Kata Rasulullah, "At-taqwa ha huna" sambil menunjukkan ke dada baginda sebanyak tiga kali.

Maka aku akhiri dengan kalam mudah, "Selamatkan aku ya Allah!"

3 comments :

hanan said...

Muhasabah sama2 habebty :)Menyedari diri ini yg terkadang terselit perasaan nak turut serta dlm sorakan itu tapi lembaran mu ukhti, membuatkan ku undur kembali. Astaghfirullahalazim

Jzzkillah atas peringatan .Moga saya pun termasuk dlm ungkapan itu >> "Selamatkan aku , ya Allah!"

Puteri said...

ukhti, lagi banyak dan sangat2 doa ukhti ana harapkan. daie yang kotor hatinya xakan mampu bergerak. mungkin sekarang bisa, saat barah dah sampai stage 4, terus pergi tak kembali.

Umairah. said...

amin3

moga kita dapat terus gigih, dan tak putus asa mujahadah.