Tuesday, January 31, 2012

Bersama lakaranku


Ini lakaran satu perjalanan
seorang hamba yang bernama Aku
Ada ketika lakaran itu lurus, banyak juga yang bengkok
Ada waktu-waktu lakaran itu statik hampir terhenti
Kerana letihnya jiwa mencari-cari destinasi
Kerana aku tak mengerti
Peta yang sedia ada di tangan
Tak bisaku fahami
Di tengah-tengah perjalanan itu
Ada cahaya yang Dia tetapkan hadir
Menyentuh tanganku hangat
Hingga aku pun bangkit kembali
Aku berjalan bersama sentuhan itu
Satu persatu huruf-huruf di dalam peta menjadi terang
Timbul di atas kertas hingga bisaku sentuh
Hingga pandanganku tembus ke destinasi akhir
Ada waktu aku tertidur kerana jauhnya perjalanan
Tangan itu sabar mengejutkan aku
Ada waktu aku terduduk kelukaan kerana duri jalanan
Tangan itu tak meninggalkan aku sendiri
Kami sama-sama membaca peta itu
Rupa-rupanya ada penawar di situ
Buat ukhtifillah
Terima kasih kerana bersabar
Sesungguhnya aku tak pandai berterus-terang
Tetapi sungguh aku sayang

-Shari3 helwan
-21 Ramadhan 1431

Monday, January 30, 2012

Menatap Dia

Bila kita putar cerita lama
Aku sudah tak kenal siapa
Mungkin aku tak pernah mengenal
Itu hanya intuisi

Mujur aku masih kenal diri
Jumpa Tuhan
Aku ingat mati
Jumpa jalan untuk aku lari
Menjejak syurga
Bertemu dia

Tiada kebetulan
yang ada hanya betul
malah perancangan Tuhan ajaib tepat
Yang disuka malah menenggelamkan
Iman tak bangkit yang ada hanya angan
Jiwa yang kecil tak ubah seperti budak hingusan
Merengek-rengek mahukan ais krim
Sedang nasi ayam lumayan enak lagi berkhasiat

Apabila dunia dibangkaikan akhirat
Aku penjara angan-angan lampau
kerana aku temui cita-cita 
menatap Dia
hanya Dia

p/s: Masih al-qiyamah menjadi inspirasi. Sungguh Islam dan Jahiliyyah tak akan duduk semeja, apatah lagi berumah tangga. Bagai air dengan minyak.

Mode: Muqadimah

Wednesday, January 18, 2012

:: Dilahirkan semula

dilahirkan semula


Aku ingin dilahirkan semula dalam setiap lafaz istighfar...


p.s: esok exam end round Paeds part2, mohon doa daripada yang menyinggah

Tuesday, January 17, 2012

:: Dimiliki iman

Ashabul iman, pemilik iman, dimiliki iman


لا تسود المبادئ حتى يقوى إيمان أصحابها بها، فتكون أحب إليهم من كل أعراض هذه الدنيا، من أنفسهم، وأموالهم، ومتاجرهم، وعشائرهم، وكل ما يحرص عليه إنسان في هذه الحياة، وعلامة هذا الإيمان أن يجاهدوا في سبيل ظهور هذه المبادئ وانتصارها جهادًا تبذل فيه كل هذه الأغراض بذل رضًى وطمأنينة وسماح
As-Syahid Imam Hassan Al Banna


Kau milik siapa?

Sunday, January 15, 2012

Sedaya dan upaya


biar digilis-gilis



Dalam debar Aiman menyudahkan ayat-ayat terakhir daripada Illustrated Text Book of Paediatric atau lebih dikenali sebagai Lissauer oleh pelajar-pelajar Sekolah Perubatan Kasr Al-Ainy. Dr. Tom Lissauer merupakan salah seorang penulis buku teks perubatan kanak-kanak itu bersama Dr Clayden.

“Kesian co-partner dia kena overshadow,” gumam Aiman.

Lissauer ditutup, laptop dibuka. Cekatan Aiman membuka beberapa dokumen kerja untuk diteliti. Matanya seletih jiwanya. Pantas anak panah menyimpang menekan ikon hijau di dekstop. Berkira-kira membuat panggilan rindu ke Malaysia. Debar di dada masih enggan surut.

Thursday, January 12, 2012

Jalan dan Fikir


di bahagian bumi yang mana kita akan bersemadi?



Bismillahirrahmanirrahim

Cairo extrasejuk hari ini. Perjalanan ke kelas paediatrik (kesihatan kanak-kanak) terasa nyaman, paling tidak jiwa aku nyaman. Jalan Lutfi Sayyid agak lengang saat aku keluar. Sekalipun lebih daripada selapis pakaian aku pakai, ditambah sehelai kot luar yang dibeli bersama ibu tahun lalu, masih aku sedikit menggigil. Angin sejuk menampar muka.