Monday, September 6, 2010

PascaRamadhan = NatijahRamadhan

                                                                           kredit

Ramadhan kareem.

Rabbana lakal hamd. Banyak perkara berlaku Ramadhan kali ini. Mengikut sejarahnya inilah kali ketiga aku berasa Ramadhan di Mesir. Apa lebihnya di Mesir?
Malaysia tak best ke? Tak akan ada skema jawapan yang tepat. Hanya iman dan taqwa yang menentukan. Sekalipun di Minnesota, kalau iman tu hangat dalam diri, insyaAllah manisnya Ramadhan akan tetap terasa, and vice versa. 

Pandangan aku tentang Ramadhan di Mesir semata-mata pandangan peribadi yang akan menjadi bekalan manis sepanjang hidup aku. Sebagai anak dagang, berkelana di bumi Tuhan, memang terasa nikmatnya di bulan Ramadhan. Ukhwah yang hangat daripada muslim pelbagai negara yang memandang satu kiblat yang sama, manis. Tangisan jemaah yang terdiri daripada segenap latar belakang di kala tahajud. Ada yang tua, muda, anak-anak (menangis sebab mak dia menangis kot). Ada yang berniqab hitam penuh, abaya labuh, ada yang berwarna-warni (terutama orang Asia), ada yang berpakaian ketat, berseluar jeans. Ada yang kaya, ada makcik bawab. Sama nada, sama lagu, tangisan tawajuh pada Allah yang Esa.

"Umat ini masih ada harapan," bisik hatiku.

Bukannya aku tak yakin dengan Fathu Qorib (kemenangan dan kebangkitan umat), cuma kadang-kadang propaganda musuh yang menyesakkan dada, kelemahan dan kealpaan umat yang menghiris jiwa, sedikit sebanyak meruntun hati. Datangnya rasa putus-asa. Walau bagaimanapun Allah telah berfirman,

لا يضركم من ضل اذا اهتديتم

Orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu mendapat petunjuk.

Al-Maidah:105

Datanglah apa saja serangan, taktik, propaganda, kamu orang-orang beriman jangan mudah gundah-gulana. Baik dan buruk Allah sahaja yang menentukan. Jangan putus-asa, bergerak terus!

Teringin nak berkongsi ayat kegemaran Laila la ni,

"Try and Trust!"


Senyum aku mendongak langit Bilal bin Rabah (masjid),
"Ya Allah, satukan kami."

Ramadhan bakal pergi. Hati bercampur-baur. Takut, bimbang. Takut sangat air mata yang mengalir just a total fake. Janji-janji pada diri dan Tuhan terkubur lepas Ramdhan. Agaknya aku memang alergi dengan perkataan pasca ni. Pasca Ramadhan, pasca Imtihan, pasca merdeka, apa lagi pasca yang aku belum aku pos?  

Tazkirah subuh di Masjid Bilal bagi tadi, aku diingatkan bahawa natijah Ramadhan adalah ketika berakhirnya Ramadhan. Imam kata, bukan terletak pada berapa banyak air mata yang mengalir malam tadi. Berjaya ke tak? Suspen. Imam mengingatkan kepada syabab-syabab,

"kalau jemaahnya tu jangan Ramadhan doang"

Ramai sangat manusia di masjid malam tadi. Malam 27 Ramadhan. Di tengah manusia yang ramai tu aku teringatkan Al-aqsa. Kalau begini punya ramai muslim solat subuh berjemaah, Al-aqsa akan kita buka (baca: bebas) lagi insyaAllah. Optimis!

Selamat menjalani baki-baki waktu barakah. Moga bertemu di Ramadhan akan datang!

p/s:
Semalam di kelas Tarikh Islami di Rumah Negeri Sembilan, I've got this quote: Orang yang pernah meninggalkan solat tak layak jadi tentera Muhammad Al-fateh. (kata kunci: membina generasi)

Terharu ustazah Iffat hantar mesej malam tadi. Peliharalah guruku ya Allah!

5 comments :

kin said...

thanks mira sebab kuatkan aku utk terus ber'Ramadhan' d mesir..kan dah cakap,Ramadhan kat mesir tersangatla best.jadinya, thn depan nak stay lg k? :) doakn ibadah kita diterima & jgn lupa doakan aku sentiasa mira...

Allahumma ballighna Lailatul Qadr, amiiin ya Rabb!!

**jomla pi Salahuddin mlm ni, xnak sahur sorg2.. :(
**Laila??

ayesha said...

nice..
doakan kami di malizi..

Umairah. said...

serius, mira?
belajar tarikh islami jgk ke?
hehe. sonoknye.
aku pn blajar. sbjek tue best. mmg bleh suntik ksdrn. blajar dr sejarah tentera kita sndiri. subhanallah.
ya Allah..itulah yg plg diharap2kan.
istiqamah beramal hngga hjung nyawa.
perasan tak mira.. mkn lama, mkn brlalunya ramadhan, dan dtgnya rmdhn lain, kfahaman kita berbeza. dan alhmdulillah, mkn mningkatnya kfhmn tue, mkn kita nak genggam dan optimumkn rmdhn sbaik2nya.
moga msh ada rmdhn yg akn dtg utk kita mrasai kfhmn yg strusnya. i'Allah..
moga kita sm2 tsabat. i'Allah. :)
slg mndoakan.
slm rndu dr kjauhan..


~penang. :D

Umairah. said...

satu lg.
doakan aku dpt mrasai rmdhn mesir 1 hr nnt. :)
tau!
doa yg len2 WAJIB, tp doa nie LEBIH2 WAJIB.
hehe~

Puteri said...

kin: thanks for the sweet time. ana tak akan lupakannya ^^ ...laila??

ayesha: akak! moga terus istiqamah di malizia. Kirim salam kepada family.

umy: betul. tarbiyah itukan maksudnya numu= berkembang. insyaAllah sama2 kita tingkatkan kefahaman dan kerahkan potensi diri kita untuk islam. amiin. seronok kan ukhwah macam ni? walau berapa jauh jarak dan masa perpisahan, i'Allah titik persamaan itu akan selalu ada. Moga kita ikhlas umy. Ikhlas beramal, ikhas bersahabat..(hukhuk takut..)minta maaf atas semua salah silap. Jazakilah sangat atas semua pengorbanan dan sokongan. Salam tsabat ya ukhti...

i'Allah umy. Moga cita-cita dan doa dimakbulkan Allah. mana tau dapat buat phD kat sini ke? ^^