Mana milik kita?
Beberapa hari lepas kak Hanu kehilangan purse dan handphone di Rabaah. Dua, tiga minggu lepas ibu kepada sahabat Saro pulang ke Rahmatullah. Layyin kurang sihat semalam. Ini cerita ‘diambil’.
Kak Neena dah dapat semula purse purple bergambar kucing hitam nakalnya semalam. Fajim mendapat sahabat baru yang menerangi di HiMega. Ini cerita ‘diberi’.
Soalnya siapa yang mengambil dan memberi?
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia itu hanya seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur, diantaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga bumi itu telah sempurna keindahannya dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam dan siang lalu kami jadikan tanamannya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasan Kami kepada orang yang berfikir.
-Yunus: 24
Jangan malas untuk berfikir! Hakikat ini harus direnung. Hanya Allah yang memiliki segala-galanya. Tubuh badan yang tak menutup aurat tetap milik Allah. Bibir yang tak henti-henti mengumpat juga milik Allah. Apa sahaja yang kita fikir adalah hak kita, itu Dia punya. Kejayaan. Kebahagian.
Maka, kepada siapa lagi yang paling layak untuk kita kembalikan segala puji dan syukur apabila menerima?
Kepada siapa lagi yang paling layak untuk kita redha dan akui kekusaan apabila ditarik?
Pada siapa lagi yang layak untuk kita berharap dan meminta apabila sangat menginginkan?
Tanya pada diri kamu wahai hamba Allah,
Hatiku yang bergalau kerana perperiksaan bakal menjelma, pada siapa harusku mohon ketenangan?
Di saat resah, ukhwah rasa goyah, pada siapa yang harus diserahkan ar-rajaa (pengharapan)?
Sudah sedar? Allah Maha Kaya kan? Sangat kaya. Dia yang memegang hati, Dia yang mencampakkan ukhwah, Dia yang , Dia yang…
Pada suatu pertemuan, seorang ukhti,
“Ok, ana nak semua orang tarik nafas sampai ana kata berhenti!”
Maka, segerombolan anak-anak sekolah pun menahan nafas sehingga tersedak-sedak.
“Nampak tak besarnya nikmat hembus nafas?”
Semuanya milik Allah. Maha suci Pencipta yang tak pernah tidur, malas atau culas dalam memberi nikmat pada hambaNya. Sedang kita? Culasnya dalam menjaga mata. Lalai dalam menjaga akal fikiran supaya fokus ketika prep.
Kembalilah pada Dia kerana kita pun milikNya. Lepaskan keinginan yang melampau-lampau pada dunia kerana itu milikNya. Merayulah meminta syurga kerana itu milikNya.
No comments :
Post a Comment