Monday, May 10, 2010

Rasa itu kembali




Saya mengalami perasaan cemburu yang dalam. Saya rasa luka dan rendah diri kerana:

  • Saya rasa dia telah pergi bertemu Tuhan dalam khatimah terindah
  • Saya rasa dia telah melaksanakan tanggung jawabnya sebagai hamba, anak dan sahabat dengan sangat baik
  • Saya rasa dia telah bertemu kerehatan setelah dia berpenah lelah mengharungi hidup
Saya memang dilanda cemburu kerana makin diingat dia makin banyak lompong-lompong diri yang tersingkap tetapi
Allah masih beri saya sesuatu yang bernama masa.

Masa itu kehidupan, dan selagi itu saya berpeluang untuk menjadi seperti dia atau lebih baik.

Akanku ingat rasa cemburu itu hingga aku mampu menjadi lebih hebat dari dia, walau aku seorang gadis biasa namun di sisiku ada kunci usaha...moga ketemu di syurga.

Betapa saya cemburu lagi kerana dia masih menjadi daie saya walaupun telah pergi...
Tuhan leraikan cintaku pada dunia, luputkan rinduku pada rehat yang sementara!

2 comments :

Umairah. said...

salam.
ya, sahabat.
kita ada rasa yang sama. :)
rasanya, saya tahu siapa 'dia'. :D

Puteri said...

umy, aku menanti emel2mu. kalau busy, jangan fikir-fikir dulu. esok exam praktikal mikrobiologi..doakan ok? jzkk.

aku pun rasa hang tau siapa...diam-diam ye. doakan aku ek?