Tuesday, April 13, 2010

Nada D'eaters Restaurant! ~ 1/3 sahaja...


Siti dan Siyu sedang menikmati makan tengah hari mereka di Nada D'eaters Restaurant . Dek kerana maraton kelas patologi 5 jam hari ini, nafsu makan sudah berada di puncak. Sukar sekali menahan. Siti memandang pinggannya yang berisi nasi putih, asam pedas ikan pari, telur masin, dan kangkung goreng. Air liurnya telah mula merembes daripada kelenjar parotid.


Siti  : Siyu, macam mana ni? Tu lah, doktor. Lama sangat kelasnya. Bukan salah aku kalau tak boleh diet.

Siyu: Bukan hari-hari kelas 2 jam pun, memang banyak tu hang makan?

Siti : Eh, tak baik perli-perli!

Siyu: Terasa pula. Meh, aku nak kasi satu petua. Ini kawan aku bagitau. Sebelum makan, minum air banyak-banyak dulu. Baru makan. Nanti tak adalah hang makan banyak sangat.

Siti : Eh, mana boleh! Rasulullah pesan, 1/3 makanan, 1/3 air, 1/3 udara.

Siyu: Itu kalau betul 1/3 tapi kes hang ni, 3/3 makanan!





Moral : (Sila isi tempat kosong. Jawapan akan diberi pada keluaran akan datang!)

No comments :