Friday, April 16, 2010

Stesen kehidupan



Apabila perjalanan hidup terasa cepat.
Apabila kita mula tercungap-cungap.
Apabila, apabila…

Memaknakan sebuah kehidupan tak semudah melengkapkannya dengan keperluan asasi seperti nasi putih berlaukkan ayam goreng dan sedikit kangkung. Gizinya seimbang dan memang sedap tetapi keperluan asas ini hanya mampu bertahan dalam beberapa hari sebelum jemu bertandang.


Rencah dan warna-warni kehidupan.

Halia semata rasanya pedas-pedas pahit tetapi andai ditambah dalam sup ayam? Saya sukar sekali menafikan keenakkannya. Begitulah kehidupan. Dalam proses memaknakan kehidupan suka atau tidak, kita akan bertemu susah, resah, pilu.

Pause! Apa kata toleh belakang sejenak. Bukankah stesen-setesen pilu telah berkali-kali kita singgah? Dan berkali-kali itu juga kita masih meneruskan perjalanan dan hingga kita tiba lagi ke stesen ini. Adakah telah kita lupakan antara sela-sela stesen pilu itu, pernah kita bersuka ria di stesen tawa? Pernah kita tersenyum bahagia di stesen jaya?

Don’t curse the darkness. Switch on the light!

Terimalah hakikat pahit manis kehidupan ini dan terus bergerak dengan perubahan.  Perubahan diri yang lebih matang dek pengalaman di stesen-stesen yang lalu. Sekali termasinkan air teh, insyaAllah kali keduanya sudah tahu beza garam dan gula.

Yang baik jadi teladan dan yang buruk jadi sempadan.

Telah kita selusur sebuah sirah umat yang panjang. Di sana ada gemilang Badar, di sana ada suram Uhud. Di sana ada gahnya Muhammad Al-Fateh, di sana ada kepiluan Sultan Hamid II.

Apa Madinah tiba tanpa kocakkan darah Thaif?
Apa jayanya Khandak tanpa perit mengorek parit?

Koreksi perjalanan hidup kita dan terus optimis dalam usaha penambahbaikkan. Percayalah, kamu boleh menjadi lebih baik, lebih baik, lebih baik! Moga mampu tersenyum penuh optimis mamandang ke langit yang mendung dan berkata pada diri,

"Wahai diri, ayuh maju selangkah lagi. Selangkah menapak ke syurga. Di sana langit cerah menanti!"


Ayuh bangkit jiwa pemuda. Bangkit dari kelesuan yang menimpa. Terus bergerak membina peribadi muslim yang menjadi pemangkin kebangkitan ummah!

Sedikit serbuk perasa buat hidangan hari ini,
“Inna maal ‘usri yusra!” 

1 comment :

::umairah shafei:: said...

jika cinta dunia itu perisa kehidupan, cinta Allah dan Rasul itu adalah kehidupan.. jika cinta dunia itu penyeri diri, cinta Allah dan Rasul adalah diri sendiri.

moga qowiy menempuh stesen2 hidup.salam tsabat, shbtku..