Monday, April 26, 2010

"Kome rasa macam mana?" katanya...

  • Tarbiyah adalah untuk mereka yang menghargainya. Yang tidak berfikir hanya untuk menerima tetapi bersedia untuk memberi. Mereka inilah yang akan terus kekal dengan tarbiyah itu.
  • Tarbiyah itu mahal. Untuk menerima semua natijah tarbiyah, kita harus memberi semua yang kita ada kepadanya.
  • Tarbiyah adalah nikmat.
Aku ambil ini sebagai nasihat dan wasiat. Moga kasih ini fillah!

Selamat pulang ke tanah air tercinta. 
Selamat kembali ke medan usaha. 
Terima kasih atas pengorbanan, qudwah dan tunjuk ajar. 

Monday, April 19, 2010

Cinta dalam Gelap





Sunyi malam ini
Gelap malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Langkahku perlahan menuju ke arah cahaya
Ku titip langkah dalam kesamaran
Jangan terlewat
Ada janji yang perluku tunai
Ada hutang yang perluku lunas

Sunyi malam ini
Aku tersenyum sendiri
Menghitung-hitung saat pertemuan
Indah pastinya
Bersama yang dicintai
Sayangnya tiada bulan dan bintang yang menemani
Ah, tidak mengapa
Biarku curah rasa hati ini sendiri

Ku dandan diri ini serapi mungkin
Sewangi mungkin
Berpakaian seindah mungkin
Demi pertemuan ini

Akhirnya….
Terasa luruh hatiku meluahkan rasa cinta
Membuak-buak rindu di kalbu
Titisan air mata ini tak mampu ku seka
Buat kesekian kalinya pertemuan ini sungguh bermakna
Lewat pertemuan ini
Dihamparan ini ku bertemu cinta
Kekasih…



Friday, April 16, 2010

Stesen kehidupan



Apabila perjalanan hidup terasa cepat.
Apabila kita mula tercungap-cungap.
Apabila, apabila…

Memaknakan sebuah kehidupan tak semudah melengkapkannya dengan keperluan asasi seperti nasi putih berlaukkan ayam goreng dan sedikit kangkung. Gizinya seimbang dan memang sedap tetapi keperluan asas ini hanya mampu bertahan dalam beberapa hari sebelum jemu bertandang.

Tuesday, April 13, 2010

Nada D'eaters Restaurant! ~ 1/3 sahaja...


Siti dan Siyu sedang menikmati makan tengah hari mereka di Nada D'eaters Restaurant . Dek kerana maraton kelas patologi 5 jam hari ini, nafsu makan sudah berada di puncak. Sukar sekali menahan. Siti memandang pinggannya yang berisi nasi putih, asam pedas ikan pari, telur masin, dan kangkung goreng. Air liurnya telah mula merembes daripada kelenjar parotid.