Lelah mendaki Bait Kauthar. Saya tercungap-cungap. Asilah dengan prihatinnya,
“Kesiannya!”
Saya balas bergurau,
“Jangan cakap macam tu. Nanti jadi daie manja.”
Asilah pecah tawa lalu mengatakan ‘quote’ kegemaran yang pernah dia paparkan di screen sony ericssonnya,
“Em, pencerahan bukan untuk si manja!”
Syarifah pun menyampuk sambil menghulurkan air. Inilah keping-keping rindu yang saya susun kembali setelah kembali ke negara kedua ini.
Sekali lagi PERUBATAN melancarkan smart circle bagi sesi 09/10 di Beit Kauthar. Ini bermakna kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kepala dan kehendak akan mula bergerak. Ada yang akan bergerak laju. Ada yang bertatih. Ada yang beku.
Ketika sesi pendedahan kerjaya (doktor) oleh JPA di Hospital Kepala Batas saya bertemu dengan seorang doktor muda (saya tak tahu namanya) di OT (operation theater). Sambil menjalankan proses-proses pembiusan (anasthetic) ada satu kata-kata yang dia sebut.
“Bukan mudah menjaga empati! Satu hari nanti awak mungkin lihat pesakit yang dah teruk tanpa rasa apa-apa.”
Dia membayangkan saya bahawa keterujaan seorang doktor untuk merawat pesakit dengan penuh empati dan kasih mungkin menjadi tawar ditelan masa, setawar karkade pekat yang asyik ditambah-tambah air hingga menjadi cair. Empati dan teruja menjadi cair. Dilute.
Saya membayangkan juga bagaimana seandainya mentor-mentor SC, doktor-doktor jiwa, para ulama’, perkerja dakwah @ perkerja Allah juga dilanda sindrom yang sama?
Saya suka nak berkongsi kisah kalah yang membawa kepada menang. Selepas tahun kesedihan dan isra’ mi’raj, Rasulullah kekasih tercinta berasakan perlunya untuk mencari himayah atau perlindungan oleh kaum di luar Makkah supaya risalah tauhid ini dapat disebarkan dengan aman. Makkahkan penuh dengan tribulasi! Bagaikan sudah tertutup jalan di Makkah dan harusnya ada taktik yang baru. Maka, pada musim haji tahun ke 10 kenabian selama 10 hari kekasih pergi dari satu kabilah ke kabilah yang lain.
Dalam tempoh 10 hari inilah kekasih menerima aqbih rudda. Penolakkan yang paling buruk daripada Bani Hanifah, kabilah pertama yang baginda jumpa. Baginda teruskan. Bani Kulaib dan kemudian Bani ‘Amir. Awalnya mereka kelihatan bersetuju rupanya ada udang di sebalik batu.
Bujairah ibnu Firas si ketua kabilah,
“Kami akan beri perlindungan, pertolongan dan perang bersama engkau dan
kekuasaan milik kami setelah itu.”
Baginda,
“Al-Mulku lillah.”
Risalah itu tak tersebar dengan hati yang kotor. Baginda meneruskan lagi dan lagi dan lagi. Tenaga 50 tahunnya dikerah habis-habisan. Dek kerana cinta dan ghirahnya baginda terhadap cinta Allah dan perjuangan tiada cair juga semangatnya lalu dihadiahkan Allah enam orang syabab yang paling tua antara mereka berusia 21 tahun pada hari terkhir di Mina. Ini titik mula kronologi perjanjian Aqabah dan hijrah ke Madinah!
(untuk lebih lanjut rujuk ‘ala khutoh habib, Amr Khalid atau ke Kelas Sirah di Beit Khaulah)
Kak Syaf memetik satu kalam,
“Failure is the beginning of success!”
Maka, tiada perlu berendam air mata andai seruan tak diendah, salam dihulur disambut marah, cerita dikongsi dipandang sepi, lawak diberi tawa tak bergigi dan andai circle mentee tak muculkan diri… saya koreksi diri sendiri.
Kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan…Badiuzzaman Said Nursi
5 comments :
jazakillah akak ats peringatn!
asilah dan sharifah sgt teruja dgn nama mereka.huhu~
camne plan kite?? >.<
-bakal adik ipar-
bakal adik ipar, jom mula..jom! (semangat) heheh
suke bca sume posting mira. :)
tahniah2.. suka sgt2..!!
truskan dgn sngguh2 taw!
-penyokong setia, uiam-
-penyokong setia, uiam-
tq. slalu2lah jenguk...
assalamu'alaikum (hug)
sgt2 tersentuh dgn kata2 Badiuzzaman Said Nursi...~
peringatan buat diri :
" hai orang yang berselimut! "
" bangunlah,serta berilah peringatan dan amaran (kepada manusia) "
[74:1-2]
Post a Comment