Friday, June 26, 2009

Shaman King New Edition- 1



“Shaman King new edition. Nak juga. Nak cakap ke tak?”


pening kepala aku.
Nak minta pada ayah tetapi rasa macam tak seronok. Komik my heroes, sudah lunyai di tanganku. Hero keluaran bulan ini, Salahuddin Al-Ayubi. Dah puas aku baca. Setiap bulan ayah akan hadiahkan kami adik-beradik seorang satu bahan bacaan. Just name it, you’ll get it! My heroes ni, semua gara-gara abang chik yang paksa aku baca. Lepas tu, aku dah tak boleh miss dah.


“Macam mana sekolah hari ini? Dah boleh jadi ulama’ ke adik kak long ni?”


seperti biasa, kak long paling mengambil berat tentang pelajaranku. Kakak aku ini tinggal dua minggu lagi di rumah. Lepas ini dia akan terbang ke Mesir. Nak jadi bidan katanya.

“Ulama’? Kak long challenge Amir ke? Amir ni pantang tau. Nanti Amir, serang kak long naik kuda macam Salahuddin Al-Ayubi!”
aku sahaja mengusik kak long.


“Em, bagusnya ulama’ sorang ni. Bukan je geliga tapi boleh tahan gagah juga! Tapikan, tak boleh lawan double side kick kak long lah,”
kak long ni, ada sahaja modalnya nak menjawab.


“Kak long, kat sekolah tadi Ilham dengan Aizat tukar-tukar kad shaman king new edition. Ada double weapon lagi pula!”
aku senyum-senyum memandang kak long. Faham-fahamlah kak long.


“So? Amir As-Syaja3ah nak juga ke? Nak minta puteri pertama belanja? Boleh bersyarat!”
kak long kenyit mata. Apabila Amirah Wahidah kenyit mata, aku tak suka.
Malam tu, aku kena semak hafazan quran kak long daripada juzuk 15 sampai… aku tertidur dan terjaga apabila dengar suara Abang chik…

oleh Kirana

8 comments :

yusrina said...

salam ziarah...
lma xjengah kat blog neyh..
btw, ak dh letak blog hg kat blog list ak tnpa kebenaran..
hehehe..
mohon kebenarannya ye cik owner..~

Puteri said...

wslm..selalu2la jengah yus. moga ada manfaat untuk kamu dan aku.dh perati lama dah link kat blog yus tu.. heheh. ada projek baru ke kat irsyad? ke nak take a break b4 start it again...moga tak serik, dunia mmg begitu. rehlah hari tu apa cerita? salam juang!

Umairah. said...

salam'alayk mira..
sihat? exam ok?
erm, terpk 1 idea..
nk tak kita gabung blog?
i mean, wt kt w.press, tp ada 2 author..wp ad sdiakn khidmat tue..1 blog, tp due org bleh sm2 tulih..
aMIRAh..n uMYRAh..
juz cdgn je.b'beza pndpt itu hikmah. klu rs cm xsesuai, its ok..bg opinion ya!
skurg2nye,kita sm2 updte. :)

salam ziarah. slm rndu.

Puteri said...

i'Allah boleh umy. tapi mintak masa sampai bulan 8? hehheh..nanti kita bincang face to face.

Umairah. said...

salam'alayk..
ouh, mcm tue ye.
ok2, laisa musykilah..
nmpk sgt dah rindu tue..hehe
jmpa nnt,dengan izin Allah..

p/s: sok nak p umah fatin nie. sj2 ziarah. :)

Umairah. said...

i miss the kecil comey one.
comey la die buat muka comey tue.
erm, byk kali khatam cter shaman king nie. seriusly, suka sgt. :)

nak jadi cm salahudin ye dik? ;)
mg bergelar "hamlatul quran" jugak.
j0m sama2 tadah tgn. mohon pd Allah. :D
aminx3.

Umairah. said...

dannn..
sy sgt rindu kamu.
susah mira, utk kita bsama dan cr shbt2 sefikrah yg prnah brsama lalui proses hijrah.
bla dkaburi zaman jahiliyah, kdg2 kita tenggelam, dan tkut utk "brubah".
cuma rs xbpa kuat..
sm2 doakan ye. :)
jg diri.

yusrina said...

projek baru? rsanya belum sampai masanya.
mungkin mengambil masa..
sebulan, setahun..tak siapa tahu..
serik?? mungkin tidak!
cuma berundur seketika..
biar segalanya reda..biar dia boleh menerima dengan hati terbuka.
tak mahu memaksa..biar segalanya berjalan dengan kehendakNya.
rehlah?? alhamdulillah segalanya berjalan lancar..
nak tengok muka2 sahabat yang dirindui, tengok la kat my blog..