Friday, June 26, 2009

Shaman King New Edition -2






Selepas solat subuh berjemaah bersama ayah, ibu, kak long, abang ngah dan abang chik, aku terus mengambil Quran berwarna biru hadiah daripada ibu sempena meraikan kali pertama aku khatam Quran. Namun, di hatiku ini terbuku satu soalan. Berlari aku mendapatkan abang ngah yang sedang menanti di bilik solat.

Kata abang ngah semalam, hari ini aku kena dengarkan hafazan surah At-takwir. Melangkah ke bilik solat, aku lihat abang ngah sedang mendengarkan hafazannya pada ibu, kak long turut menyemak. Abang ngah sudah separuh Quran agaknya.

Ayah barangkali sedang menyiapkan sarapan seperti selalu dan abang chik akan memasang koleksi selawat-selawat dendangan kumpulan Raihan sambil menggosok baju sekolahku. Aku menyelak-nyelak ayat-ayat surah An-Takwir sementara menanti abang ngah. Penuh persoalan di kepala ini tentang peristiwa subuh tadi.


“Amir, dah sedia ke?”

terkejut aku. Rupanya ibu dan kak long sudah selesai menyemak hafazan abang ngah.


“Dah abang ngah. Nak dengar ke?”

aku pun memperdengarkan hafazanku pada abang ngah. Sesekali dibetulkannya tajwidku yang kelam-kabut. Abang ngah memang teliti. Abang chik selalu mengusiknya, ‘syadid’. Apa maksudnya, aku pun tak tahu.
Selesai hafazanku,
“Abang Ngah, Amir nak tanya soalan ni. Duduk dulu!”
“Cakap je lah. Amir nak tanya pasal homework ke?”


“Tak. Pasal solat subuh tadi, kenapa doa qunut panjang sangat? Kenapa abang ngah menangis masa solat?”

terluah.
Abang ngah kembali duduk. Senyum.


“Amir, doa qunut tadi tu abang ngah tambah qunut nazilah. Doa tu diajar kepada kita apabila nak memohon pertolongan Allah terutamanya dalam melawan musuh kita,”

abang ngah memegang bahuku.

“Ni pasal berita semalam yang abang chik bising-bising tu? Yang abang chik marah sangat tu?”


“Pasal Palestin, Amir. Abang chik geram sangat pada israel. Bunuh saudara-saudara seislam kita. Kalau besar Amir ni pun diorang tembak. Dah, nanti abang ngah sambung. Pergi sarapan.”


Malam aku tertidur ketika menyemak hafazan kak long, teriakan abang chik itulah yang mengejutkan aku.

“Allahu akbar!”


kuat abang chik bertakbir. Merah mukanya menghadap berita malam tu...

3 comments :

[amiza malik] said...

salam ukhti,
rindu=)
selamat bermukhayyam

Umairah. said...

suma org rndu mira.
jeles nieh.
slmt brmukhayyam juge~
:)
insyaALLAH, hti brsih, sumanya akn trpantul pd sikap&prbuatan.
sucikan niat, brsihkn hti.
moga2 hadaf trcpai.
nnti cter ye!
I'M WAITING.

wassalam. :)
btw, sronok bc shaman king neyh.
nak lagi!

Puteri said...

amiza, xsabar nak dengar qisoson kamu sepanjang cuti yang tak bercuti...

mukhayam yang menggelapkan muka, moga mencerahkan hati dan pandangan...

pantai marsa matrouh itu benar2 menguji seorang hamba Allah yang pernah berjanji untuk merelakan diri pada jalanNya, rupanya lompong diri dalam belajar erti sabar itu masih besar lubangnya..

mohon doanya!