Sunday, June 14, 2009

Sensitifku bertempat

Gempar komuniti pelajar Malaysia di Kaherah, terutamanya warga Sayeda Zainab. Sini. Saya tak akan mengulas lanjut. Setiap individu ada yang dirasai, kehilangan, kesedihan, tak kurang, jiwa juang yang semakin membara. Untuk saya sendiri, sungguh aneh rasa ini. Air mata yang menitis, saya cuba menggali punca dan dasarnya (kerana tak henti walau diseka).

  • Adakah kerana semua bersedih maka saya turut terbawa-bawa emosi itu?
  • Adakah semata-mata memenuhi fitrah diri sebagai seorang manusia?
  • Adakah kerana rumah saya dan dia hanya berselang dua rumah?
  • Adakah kerana perincian berita yang saya terima terus daripada Kepala Batas?
  • Adakah kerana? Adakah kerana? Adakah kerana?

Sekali lagi saya sangat terkesan dengan hadis Rasulullah,

“Jiwa-jiwa ini seumpama tentera yang dibariskan. Mana-mana yang kenal-mengenal akan berkumpul dan mana-mana yang tidak kenal-mengenal akan berjauhan.” (Riwayat Muslim)

Mungkin ini puncanya, kerana nilai dan ikatan akidah. Walau zahirnya tidak begitu mengenali, tiada ikatan darah namun jauh di sudut hati saya berkata,

Pertemuan kita kerana ukhwah fillah

Saya yakin simbahan ukhwahfillah semakin basah di hati warga Sayeda Zainab. Saya kagum, cemburu pada dia, bersyukur pada apa yang telah Allah suratkan buat kita semua. Semua berhimpun menjadi satu. Selamanya akan bersemadi dalam jiwa dengan harapan dapat saya lontarkan dengan amalan. Hanya yang berfikir dapat memahami 'ibrahnya.

Sesungguhnya setiap peringatan itu adalah khas untuk KAMU dari PENCINTA yang MENGENALI kamu (walau Allah hanya menggerakkan mata untuk melihat seekor kucing yang cacat, itu adalah sekolah buat hari itu).

Saya tak mampu memanjangkan kalam...

p/s: wahai my dear mates and buddies, we will soon go. Is it Apache we dream of? While we just can not left our eyes from The African League and loosen up a bit our qiamullail??? Are u kidding..

Warga Narathiwat, warga Palestin akan kemukakan fail pertuduhan di mahkamah Agung nanti...siapkan diri dengan hujah pembelaan, wahai sahabatku.

5 comments :

Anonymous said...

salam..buat puteri yg disayangi,
ana tahu puteri kan qowiy orangnya? yakinlah dengan janji2 Allah, setiap ujian ada hikmahnya..bittaufiq wan najah utk oral yg mendatang..uhibbukifillah..

laila_annafisah

Umairah. said...

snsitifmu sngguh & sangat bertempat..
bcoz i do feel the same.
sgt sedih, wpun ak tak knal, xmngenalinya..
doakan, mg2 allahyarham beroleh rhmt ksh syg Allah..
ms kita ntah bla,inilah ibroh yg sptutnye kita ambil dr pmrgian org lain..

slm syg..slg kita msh pnya nyawa, relakanlah dri utk trus brjuang..

slm rndu. umy..

Puteri said...

umy, walau apa pun yang berlaku pada nti, doakan kaki kejap berpijak pada jalan yang satu...jalan yang panjang. Route memang pelbagai namun pastikan destinasinya tetap tak berubah. Allahu yuthabitna...

Mimie Mizah said...

salam ziarah~..
amirah?
sahabatku amirah?
benarkah ini blog nti?

Puteri said...

betul miza...lama tak contact ek? kalau nti online asyik busy jer =)