- Kemenangan tipis Dr. Muhammad Mors dalam pilihanraya presiden menggambarkan dokongan terhadap kuasa Islam dan syariah masih belum kukuh dalam kalangan masyarakat tanpa menafikan kemungkinan ada perancangan yang kuat untuk menggagalkan IM. Terdapat juga golongan yang memangkah Dr. Muhammad Morsy kerana tidak mahu revolusi menjadi sia-sia dengan perlantikan Ahmad Syafiq, sisa rejim Mubarak. Bukan kerana mereka mendokong aspirasi Islam yang dibawakan IM.
- Revolusi 25 Januari dilihat sebagai kebangkitan rakyat menentang kezaliman melebihi kebangkitan untuk menegakkan kuasa Islam.
- Penggulingan Dr. Muhammad Morsy baru-baru ini menunjukkan proses ‘pembinaan masyarakat’ yang belum sempurna. Sebahagian masyarakat gagal memahami hakikat pertembungan desakan untuk menjatuhkan kuasa Islam dan isu good governance. Hal ini kerana, sentimen yang dimainkan untuk menecetuskan revolusi 30 Jun adalah seputar isu minyak dan elektrik. Isu ini berjaya mempengaruhi sebahagian orang Islam yang naïf.
Wednesday, September 4, 2013
Perubahan yang kita Impikan
Friday, August 16, 2013
Raya Travel Note
Sunday, June 30, 2013
Kahwin
Arinah membaca sebuah mesej Whatsapp group di telefon samsung Galaxy Pro. Diletakkan telefon di atas meja. Tak peduli mesej ucap tahniah yang masuk tak putus-putus.
"Sampai hati."
Arinah ambil bantal, menutup muka lantas pejamkan mata. Senyum bertandang sesaat ketik membaca mesej itu dan pudar kemudiannya.
"Ah, sampai hati!"
**************
Nabihah termengah-mengah mengejar Arinah. Dari jauh Arinah ceria menghirup udara pagi Nil. Tiada yang serupa. Jambatan yang merentasi Nil daripada Tahrir lengang. Pagi jumaat. Kaherah tidur. Nampaknya panggilan telefon selepas subuh bertalu-talu berjaya menarik Nabihah daripada buku teks surgery untuk menemani Arinah jogging.
"Biha, adik ana nak kahwin." Nabihah masih mencuri-curi nafas.
"Yang mana?"
"Yang laki tu."
"Tak habis belajar lagi kan?"
"Aah." Arinah merengangkan tangan sambil menghadiahkan segurat senyum pada langit.
"Anti ok?"
" No prob. Semua orang inshaAllah ada rezeki. Bagi ana masa, umur bukanlah kayu ukur pertama. Isunya 'kenapa'."
"Isunya 'kenapa'," Nabihah mengangguk-angguk. Sudah tenang bersandar pada tiang elektrik yang bertentang dengan Hotel Semiramis Hilton.
"Orang duduk hutan pun kahwin kan? Bezanya kenapalah. Sebab sunyi? Sebab trend? Yang ni yang tak tahan."
"Bukan trendlah Biha. Arus baru!"
Pecah tawa.
"Bagi ana kan Nina, kita kena set upkan tujuan hidup yang jelas. Ana tak boleh bayang ana kahwin dengan orang yang tak tahu hidupnya untuk apa. "
"Yalah, tak sekufulah dengan anti," Arinah mengusik.
"Bukan macam tulah! Ana ada bayangan anak-anak, generasi yang ana nak lahirkan. Maka, mestilah nak yang sama-sama ada pandangn jauh tentang kehidupan. It's about leaving a legacy for this daawah!" tegas Nabihah.
Arinah mengangguk. Masih bersisa tawanya melihat wajah serius Nabihah.
*********
6 tahun mereka bersama.
Satu mesej WhatsApp masuk.
"Mana ucap tahniah untuk ana?"
Arinah pandang sahaja mesej itu.
"InshaAllah giliran anti akan tiba," masuk mesej kedua.
"Helo, helo! Ada orang tak tu?"
"Ada," sepatah balas Arinah.
"Jangan sedihlah. It's all about time"
"Eee, bukan sebab tulah!" Arinah meletakan emotikon muka merah berapi.
"Dahtu? Anti buat dek je ana nak kahwin."
"Merajuk. Anti patut bagitau awal pada ana. Bukan buat ana terkejut pengumuman kat WhatsApp."
"Nina, tak baca emel ana ke? Bulan lepas ana hantar. Ingatkan anti sedih sebab tu tak reply."
"Alamak!" Arinah menyumpah diri sendiri. Berlari mendapatkan laptop.
Monday, June 24, 2013
Hidupkan harapan
Pernah ketika tahun satu saya naik sebuah teksi. Dengan bahasa arab pasar yang mukassar (hancur), saya menyembang dengan pakcik teksi itu. Tentang Islam, Makkah. Daripada Sayeda Zainab ke Fustat, akhirnya kami dihantar pulang secara percuma.
Makan percuma sudah tak terkira.
Terlalu banyak hingga tak tahu ingin dikongsi apa.
Semalam di wad orthopedic saya berkenalan dengan Usamah. Budak kecil yang patah kakinya. Casting tegak kakinya. Comel sungguh dia. Daripada semalamnya lagi saya asyik melihat Usamah bermain kad dengan kakaknya di atas katil.
Peristiwa-peristiwa manis ini sering membuatkan saya senyum dan terasa hidup ini penuh harapan.
Perasaan ini satu aset penting untuk kita lakar pelangi-pelangi hidup kita. Percayalah! Disebalik susah-payah hidup di Cairo, Allah selalu menghantar siri-siri momen yang membuatkan hati panas terasa sejuk, peluh menitik lantas kering, ada senyum dibalik air mata. Saya rasa itu yang membuat saya bertahan dan selalu sayangkan tanah ini walau apa yang terjadi. Saya pernah sesat, saya pernah tidur dalam bas hingga terlajak, saya pernah nakal gamble ke kampung Arab, saya pernah ditipu dan lain-lain. Tetapi menara masjid-masjid Kaherah tak pernah gagal membawa saya mendongak ke langit untuk melihat hujungnya dan saya akan rasa lapangnya dunia ciptaan Allah. Kita yang selalu menyempitkannya.
Hidup penuh harapan!
Tanpa harapan, dakwah akan mati. Allah menjanjikan syurga buat para muhsinin. Allah janjikan pertemuan indah denganNya yang membuatkan wajah berseri-seri. Allah janji untuk mengabulkan doa. Allah janji kemenangan itu dekat.
Allah tabur harapan buat para duat untuk terus berjalan meredah badai. Harapan yang selalu memotivasikan diri.
Berilah harapan pada orang sekeliling. Saya sangat percaya, apabila saya memberikan seorang tua duduk di tempat saya dalam metro, saya sedang menghidupkan harapan. Harapan bahawa dunia yang rosak boleh menjadi lebih baik. Masih wujud orang berhati manusia di muka bumi. Begitu juga saat saya diberi pelukan hangat makcik (entah siapa) di masjid saat saya rasa duka. Saya terasa hidup kembali harapan saya bahawa lelah para duat untuk melihat ummah bersatu tidak sia-sia. Pasti, pasti.
Pandanglah mad'u, mutrabbi dengan penuh harapan. Seorang ibu sejati tak akan berhenti berharap akan anaknya sekalipun seorang penagih dadah. Beri harapan pada diri untuk terus gigih mentarbiyah umat dan beri harapan pada mereka akan luasnya rahmat Tuhan.
Betapa sempit pun jalan, jangan pernah berhenti berharap. Nabi Musa sangat yakin pada Tuhannya, dan tak putus harap sehingga terbelah laut merah dan mereka melintasinya.
Terima kasih kepada semua yang sering beri saya harapan akan ampun dan kasih Allah, akan berlangsungnya dakwah ini hingga akhir saat.
Hidupkan harapan dalam jiwa dan orang sekeliling.
Saturday, June 22, 2013
Tajdid cinta
Bismillah
Alhamdulillah Allah izin menghirup udara Mesir buat tahun keenam. Ini antara nikmat yang terbesar. Bukan kerana ianya Mesir yang ada mahsyi (nasi rempah yang dibalut daun anggur), atau mahalabiah (dadih susu yang no elsewhere) atau Nil yang mengelilingi Cairo University School of Medicine. Bukan.
Bukan kerana saya bakal graduate daripada universiti yang telah berusia lebih 100 tahun, yang ancient betul bangunan hospitalnya, yang wadnya tiada aircond, yang lantainya marmar dan dindingnya tembok batu yang besar. Bukan kerana ia adalah tertiary medical service, yang doktornya boleh bersyarah panjang tentang agama, selalu mengajar nilai-nilai postif, yang tidak marah jika buat salah, yang di sana lahirnya Dr Raghib Sarjani (penulis buku sejarah kegemaran saya). It's a part of it, but not main bulk of it.
Saya bersyukur kerana Mesir menyaksikan jatuh bangun hidup saya. Ajar saya bagaimana untuk sujud lebih lama, senyum jika dihampakan dan optimis pada yang mengguris rasa. Nikmat tarbiyah. Mungkin cliche didengar orang tapi, itulah hakikat. Saya ingin merakamnya agar dikedepan hari yang saya tak tahu apa takdir Tuhan, jika saya diuji dengan lupa dan hilang rasa, sekurang-kurangnya khazanah tulisan ini boleh mengingatkan saya.
Saya bermula dengan rasa inferior yang tinggi pada mereka ini. Saya banyak belajar lewat perbuatan selain daripada pesanan-pesanan yang ringan dituturkan. Saya ingat, tahun pertama di sini, kali pertama saya menyambut Mawlid Ar-rasul dengan linangan air mata dan penuh sedar. Saya melazimi majlis penceritaan sirah setiap minggu. Hampir setiap minggu saya menangis dalam majlis itu merindui Ar-rasul. Saya menapak. Saya bertatih. Saya cuba. Saya jatuh. Saya terguris.
Buku-buku catatan lama mengingatkan yang saya seorang yang hamasah (bersemangat). Mungkin kurang emosional ketika itu atau tak begitu ambil peduli cakap-cakap orang. Saya lalu berjalan atas yakin. Saya pegang yang:
semakin tinggi iman semakin kuat amal
kemampuan untuk mencintai orang lain berkadar langsung dengan kemampuan mencintai penciptanya
hati yang suci kunci kemampuan berusaha
Betul, terkadang di pertangahan jalan saya rasa letih. Saya kembali menyoal diri,
"untuk apa bersusah-susah? Tak ada yang memaksa."
dan akhirnya saya menyedari satu hakikat. Dakwah ini sering menyakitkan dan membuat saya terlantar, tetapi ia juga yang kembali menghidupkan dan membuat saya berlari. To be noted that, saya taklah hebat diuji seperti orang lain yang pernah dihalau, dibasuh dll.
Dan tarbiyah sifatnya menapis. Seperti kisah Talut dan Jalut. Satu perumpaan yang saya simpulkan daripada bacaan dalam buku Al-Aawaiq, Ahmad Ar-rashid,
"Amal yang laju umpama sebuah pusaran. Semakin kuat berpusar, hampas akan terbang keluar dan yang mampan akan tertarik ke dalam"
Jika saya hampas, saya akan disqualified.
Setiap fasa ada tapisannya. Saat menjadi mutarabbi semata lain ujiannya. Masih terasa selfish. Diuji dengan amal fardi (amal ibadah harian), diuji dengan karat jahiliyah yang pernah singgah. Saat menjadi masulah, lain ujiannya. Mungkin ada pada fasa-fasa itu diuji pada ukhwah sekalipun telah bertahun tidur bersama berbantal lengan. Diuji pada keringnya hati, kerana saiz hidangan sepatutnya bertambah bila tenaga semakin banyak diserap (banyak berkerja daripada tarbiyah jiwa).
Dan pada fasa sekarang ini, saya sedang berjinak-jinak dengan,
'Tajdid iman, hamasah dan cinta'
Saya ingin kembali menjadi jiwa muda yang berkobar-kobar (tidaklah tua lagi, masih hingusan lagi dalam dakwah, cuma kadang keletihan terasa tua). Nafas perlu panjang. Jika panjang usia saya, masih lama lagi ombak ini haru saya redah dan saya telah bertekad untuk meredahinya dengan penuh cinta dan bahagia
=)
Thursday, June 20, 2013
ECG hidup
Matahari garang menyilau di celah-celah dahan. Nil berkilau. Mujur angin tidak turut garang. Sedang-sedang sahaja. Ami menekuni soalan ECG di tangan. Graf aliran elektrik jantung. Semakin ditekuni semakin asyik. Ami tak sedar berapa lama dia berteleku di pinggir Nil dengan buku ECG.
Sebatang tubuh melabuhkan punggung di sebelah. Ami mengangkat muka. Seulas senyuman dilemparkan dan kembali menekuni soalan ECG.
Dua mangkuk ais krim buatan tempatan terhidang.
" Akak," perlahan suaranya sambil menjilat ais krim badam yang bersisa pada sudu.
"Ya Aliyah," Ami menyuap ais krim berperisa yogurt tempatan. Nikmat sekali lagaknya.
"Akak," semakin redup suara Aliyah.
Ami tutup buku ECG. Mengenjak sedikit. Betul-betul sebelah Aliyah.
"Kenapa Liya?" tangannya dilingkar ke bahu Aliyah.
"Kenapa hidup susah?" bukan sekali soalan itu dilemparkan kepada Ami.
"Baru call rumah?" Ami meneka.
Aliyah sekadar mengangguk. Ami telan air liur. Benar di luar kawalnya. Tak tahu bagaimana harus dibantu. Urusan keluarga, orang tua sering kali sukar diterka. Ribuan batu jauhnya tetap sahaja tidak mengurangkan perit hati Aliyah akan nasib keluarganya. Mereka semua sedang diuji Tuhan. Bukan ujian harta atau kesihatan. Ujian ikatan kekeluargaan.
Aliyah melabuhkan kepalanya ke paha Ami. Hangat air matanya. Paha Ami basah. Ami mengusap-usap kepala Aliyah. Diam seribu bahasa. Mungkin Aliyah mendengar pujukan Ami lewat usapannya. Semakin deras air matanya.
"Liya, dalam hidup ini, ada perkara dalam kawal. Ada perkara luar kawal."
"Liya dah tak terkawal Kak Ami. Semua benda yang Liya peluk, gugur satu-satu. Abah, mama."
"Liya dah peluk impian? Doakan impian yang diulang-ulang dalan senyap. Impian hamba yang disandarkan pada Tuhannya pasti dikabulkan. Allah dah janji kan Liya?"
Aliyah membisu.
"Liya."
"Liya tengah peluk akak."
Pecah tawa.
Aliyah yang tak pernah lekang senyum, seceria mentari. Sesekali mendung menyapa, hujan pun turun. Namun Aliyah masih pantas melukis pelangi.
"Akak tak mampu bantu Liya, tapi akak mampu sebut nama Aliyah Husni dalam doa-doa akak."
Satu kesimpulan yang Ami belajar. Sekalipun ECG dilihat kompleks, namun bacaan arus kehidupan jauh lebih kompleks. Tiada formula tetap. Hanya perlu ditekuni dengan berjalan terus. Tiada alat yang dapat mengesan naik turun gelombang-gelombang kehidupan. Ianya difatwakan daripada hati.
Sunday, June 2, 2013
Maadi
Dah masuk 6 tahun saya tinggal di Mesir. Hari kali pertama saya berjalan ke Maadi. Sebelum ini paling hebat sampai ke stesen metro Maadi untuk ke rumah seorang auntie atau ke Wadi Degla.




