Monday, May 26, 2014

Istikharah: The Road Not Taken

... sambungan daripada post sebelum ini, 


My sincere opinion,

 Dalam Quran kata,

 Jelas prinsip

Pertama sekali, bagi saya kena jelas prinsip untuk semua keputusan dalam hidup. Biasa orang cakap nak kahwin kena istikharah? Kan? Sebenarnya kemungkinan besar keputusan yang paling besar kita pernah buat dalam hidup bukannya 'nak kahwin siapa'. Kita terpaksa membuat keputusan pada setiap saat dan ketika dalam kehidupan. Hanya saiznya sahaja yang berbeza.

Prinsip saya yang pertama adalah,

"Adakah Allah redha atas pilihan aku?"

Macam kelakarlah kan kalau nak beli baju, nak pergi jalan, nak tengok tv, nak makan pun kena fikir macam tu. No, it's not. Jika dalam surah al-kahfi kat atas tu, Allah kata kitab amalan tak tinggal sedikit pun. Kecil atau besar semua tercatat. Mengapa kita nak take forgranted dengan pilihan-pilihan hidup kita.

Jika baju yang awak nak beli itu, boleh mendatangkan redha Allah, why not? Begitulah perkara-perkara lain. Nak dengar lagu apa, nak tengok apa, nak guna/buang masa ke mana...

Kedua,

kenal diri dan letak matlamat yang lebih besar.

Jika anda seorang Perdana Menteri view anda tentang isu ekonomi berbeza dengan Perdan Menteri Keluarga (BAPA/SUAMI). Jika anda seorang pelajar AIKOL ( law student), view anda tentang undang-undang berbeza dengan pelajar KASR AL-AINY (medic student).


Dalam satu sesi daurah, seorang muhadhir berkata, "Tak boleh tengok TV."

Balas sahabat saya, "Kenapa tak boleh? Harus. Bukannya tengok cerita haram."

Balas muhadhir, "Boleh, kalau anti bukan daieyah kerana daieyah sebenar tak mungkin sempat."


Begitulah sedikit-sedikit saya membina prinsip diri. Jika kita berjiwa kecil, kita hanya mampu membuat keputusan-keputusan kecil. Sedang orang berjiwa besar, hanya melayani isu-isu besar.

Hidup ini sangat singkat. Sentiasa ada drama 'antara dua' dan 'the road not taken'. Masa saya tahun dua saya bincang dengan naqibah saya untuk travel ke luar Mesir atau sebetulnya Turki. Beliau bersetuju dengan plan itu. Namun, dalam masa yang sama, saya diberi tugas untuk memberi pengisian umum kali pertama. Akhirnya saya decide untuk postpone travel kerana saya fikir peluang untuk belajar begini tak akan datang lagi dan ia akan membentuk prisip saya dalam membuat keputusan. Begitu juga dengan setiap kali cuti, saya akan penuhkan dengan kelas quran dan program sebab atas dasar, 'usia emas untuk belajar' tambahan pula saya berada di Mesir.

Manusia membuat keputusan berdasarkan prioritinya. Ha ana dza.

Akhirnya Allah hantar juga saya ke Turki ^^. Don't rush, just focus! insyaAllah, things gonna fall into places just in the right time. 






Thursday, May 22, 2014

Metro: Hujung ke hujung

Ini post orang puasa: murah dan best. Scone + Choc boiled milk


"Pernah naik metro hujung ke hujung? Dari Helwan ke El-Marg?" tanya Raie.

Jawab Noki, "Nak buat apa? Buang masa!"

Jeda.

Balas Raie, "Agak setuju tapi saya teringin nak buat macam tu."

"Awak memang sentimental," balas Noki. "... dan pelik," tambahnya lagi.

Raie geleng kepala.

 " Experience! LE 1 je pun. Saya suka tengok tempat baru. Butang hijau saya. Sama macam window shopping," ujarnya bela diri.

Noki mengerutkan kening dan mencebik.

"Eh, saya tak kata awak," Raie sengih-sengih sambil kedua-dua belah tangan diangkat gaya you-are-under-arrest.

"Terasalah!" luah Noki dengan nada separa jerit tetapi pitch tetap tinggi.

"Ok. Kalau macam tu kenapa awak tak buat?" soal Noki kembali.

Raie sengih lagi.

"Masa saya bukan milik saya. Tak sempat. Banyak hak orang tak tertunai."

Noki mengacu jari telunjuk ke arah Raie, "Saja je kan? Reverse psychology  ke ni? Saya dah jarang dah window shopping."


Raie tersengin nakal. "Perasanlah tapi kalau terasa pun ok juga."

Soal Noki lagi, "Prinsip awak, langsung tak boleh ke memenuhi keinginan diri?"

"Nak pergi mana tu?"

Raie bangkit membetulkan baju kurung berwarna peach. Di tangannya senaskhah 'Sekular: Koma atau Mati?'. 

"Jalan kat Nil. Free  dengan rasa yang serupa."

******

Sebahagian kisah di atas adalah benar. Rindu Mesir dah membuak-buak. :)


Memang tak boleh ke window shopping, travelling, lepak-lepak baca buku dekat Costa? 



Monday, May 19, 2014

Secawan kopi putih: 190514



1. ODOJ: cara efektif untuk berlumba-lumba mengekalkan momentum tilawah. Saya sudah menyertai group 1519. Moga mampu untuk terus istiqamah. Setakat ini saya antara orang yang paling lambaaaat report. Menariknya kaedah memvisualisasikan ganjaran. Contohnya kumpulan terawal, didoakan dapat menunaikan umrah dan beli rumah. Ganjaran makin rendah apabila semakin lambat. Maka, untuk beberapa hari ini, saya hanya dapat *ayam. Bisa dibikini opor katanya.

2. Blog: Cara efektif untuk menulis tanpa mengharapkan respons orang (setakat ini). Namun, tak sesuai untuk tujuan penyebaran maklumat. Saya benar-benar semakin fed up dengan post merepek-repek di FB. Begitulah realiti masyarakat setiap hari. Kalau tidak ditutup Allah aib kita semua, mungkin berperang sajalah manusia di muka bumi ini.

3. Kelas Quran: Bermula malam ini 11-1 am waktu Malaysia setelah sebulan bercuti. Merindui perasaan bersungguh mencapai target hafazan.

4. Isu paranoid ISMA: Kemukakan hujah dan alasan. ISMA mengemukakan dalil-dalil kedaulatan Islam terancam, yang tidak bersetuju sila kemukakan dalil-dalil yang Islam di Malaysia selamat, kukuh dan tak terusik. Selamat berfikir. Sama ada ISMA paranoid atau yang tidak bersetuju itu tidak sensitif.


KEEP CALM & FOCUS!

Tuesday, May 6, 2014

Touch down: Kepala Batas I'm back!

Alhamdulillah it's been about more than three weeks since my return to Kepala Batas. So far, I have been travel back and forth to selatan (KL, Bangi) every week. My current project is completing my third puisi for Antalogi Sahabat (orang lain dah buat ratus-ratus), editing some articles and be my mom's left hand.

SHOCK

That's define my feeling after some observation of several community I was in.

# PBAKL: readjustment who is my target mad'u. 'You are what you read'.
# invitation to give a talk to group of teenager out of my zone. Different way of thinking, acceptable. Different way of communicating and reaction, how should I react?
# have been dreaming a lot 'how things should be' and ' what should I do'

I'm catching up.

TIME waits for no men!




ps: fuh, I need my writing


Thursday, April 17, 2014

Misteri Pagi: rindu Mesir

Pandangan jatuh pada batuan yg disimbah cahaya pagi
Pagi ini bukan seperti yang kelmarin
Pagi di sini lebih dingin lebih redup
Sang mentari bagai segan bangun
Alam masih bersisa kantuk
Cuma burung2 kecil bercicip mengisi perut
Bergema lantunan mereka dalam sunyi
Pada pagi yang penuh misteri
Lain cerita di lain hari
Insan mulakan langkah, namun ada yang terhenti
Jasad pergi atau jiwa mati
Pagi tetap hadir bersama mentari
Mentari timur beri harapan
Pada misteri pagi yang belum terungkai
Yang sekejap lagi akan terlerai

Sunday, November 3, 2013

Puisi: Isteri tanpa suami

Ada dua sosok yang mencuri hati
Saat ini


PERTAMA
..........................................................................................................
Sekejap aku terbang ke Gaza
Mengintai serikandi bernyawa
Ligat melaksana tugasan berjela
Dan aku yang memandang tak sekali menyangka
Raut wajah yang dimamah usia
Milik Tuhan dan ummah seluruhnya
Menjadi ibu tanpa putera
Menjadi ratu tanpa raja

Runtuh jiwaku
Apa rahsia kekentalanmu
Mungkinkah nikmat sendirian begitu
Untuk kau memecut bertemu Tuhanmu

Wahai yang menyantuni rakyat
Laksana isteri mengejar berkat
Wahai yang hidup pada nadi ummat
Laksana ibu mendakap erat

Ibu bukan gelaran
Tetapi menjelma lewat pengorbanan
Sesungguhnya kau tetap suri
Walau sendiri


Wednesday, September 4, 2013

Perubahan yang kita Impikan



Oleh : Amirah Ab Jalil, Tahun 6, Universiti Kaherah
Selepas penubuhan Negara Islam Madinah dan pembukaan Makkah para sahabat tidak hanya menongkat dagu di Masjid Nabawi atau beriktikaf tidak keluar-keluar dari Masjidil Haram. Sebaliknya projek pembukaan tanah umat Islam terus dilaksanakan atas dasar kefahaman terhadap ayat 193 surah Al- Baqarah,
“Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka
Kegemilangan ini terus berlangsung dan sehingga empayar Islam meliputi 2/3 dunia. Empayar ini berakhir dengan tragedi apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan.
Sejak runtuhnya khilafah pada 1924 hingga kini, pelbagai pihak cuba mengemukakan penyelesaian untuk mengembalikan ketuanan Islam. Penulis-penulis Muslim seluruh dunia menghantar surat kepada Syeikh Syakib Arsalan mencadangkan muktamar untuk pemilihan khalifah. Namun ditolak dalam satu kata-katanya yang terkenal,
“Adakah kamu ingin mengumpulkan angka-angka kosong? Mahu atau tidak, kita harus memulakan daripada bawah.”
Terdapat usaha-usaha dakwah juga daripada berberapa tokoh terkenal seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan lain-lain.
Pada 1928 Gerakan Islam IM ditubuhkan dan mula menyedarkan orang ramai akan khilafah yang telah hilang dan menyeru ke arah penegakkan semula khilafah islamiyah. Pengasasnya telah mencadangkan satu manhaj (kaedah) perubahan berasaskan kefahaman terhadap sirah dan sejarah. Manhaj ini disimpulkan secara mudahnya dengan istilah yang dikenali ramai pendokong gerakan islam sebagai, maratib amal. Bermula daripada pembentukan individu muslim, keluarga muslim, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air daripada kuasa asing, memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan islam, mewujudkan negara Islam yang akan membentuk khilafah islamiyah dan akhirnya menjadi kuasa utama dunia (ustaziatul alam). Inilah formula yang digagaskan oleh pengasasnya untuk mengembalikan ketuanan islam.
Relevansi Manhaj Perubahan IM
Kemarahan rakyat Mesir terhadap rejim Mubarak sampai ke kemuncak apabila tercetusnya revolusi 25 Januari. Revolusi ini adalah respon terhadap kekejaman dan pengabaian rejim ini terhadap beberapa aspek kritikal seperti kenaikan taraf hidup, rasuah dan lemahnya projek pendidikan dalam tempoh yang panjang.
IM  muncul di tengah-tengah revolusi itu dengan tujuan menyelamatkan revolusi daripada diambil kesempatan mereka yang berkepentingan. Kekuatan gerak kerja dakwah IM dalam membina individu dan keluarga muslim terbukti apabila mampu membentuk satu kekuatan yang bergerak di tengah-tengah masyarakat. Mereka  berjaya memberi pengaruh yang kuat dalam memimpin hala tuju revolusi sekaligus menjadi calon favourite bagi menggantikan rejim Mubarak sekalipun berada di bawah tekanan rejim sebelum ini.
Pasca revolusi 25 Januari di Mesir, apabila IM mengumumkan penglibatan dalam pilihan raya presiden sesetengah pihak mendakwa IM tidak lagi berpegang pada manhaj perubahan, sepertimana yang digagaskan dahulu. Timbul persoalan terutama kepada mereka yang menggabungkan diri dengan gerakan Islam, adakah manhaj taghyir IM ini masih relevan?
Beberapa senario semasa harus diambil sebagai perkiraan:
  1. Kemenangan tipis Dr. Muhammad Mors dalam pilihanraya presiden menggambarkan dokongan terhadap kuasa Islam dan syariah masih belum kukuh dalam kalangan masyarakat tanpa menafikan kemungkinan ada perancangan yang kuat untuk menggagalkan IM. Terdapat juga golongan yang memangkah Dr. Muhammad Morsy kerana tidak mahu revolusi menjadi sia-sia dengan perlantikan Ahmad Syafiq, sisa rejim Mubarak. Bukan kerana mereka mendokong aspirasi Islam yang dibawakan IM.
  2. Revolusi 25 Januari dilihat sebagai kebangkitan rakyat menentang kezaliman melebihi kebangkitan untuk menegakkan kuasa Islam.
  3. Penggulingan Dr. Muhammad Morsy baru-baru ini menunjukkan proses ‘pembinaan masyarakat’ yang belum sempurna. Sebahagian masyarakat gagal memahami hakikat pertembungan desakan untuk menjatuhkan kuasa Islam dan isu good governance. Hal ini kerana, sentimen yang dimainkan untuk menecetuskan revolusi 30 Jun adalah seputar isu minyak dan elektrik. Isu ini berjaya mempengaruhi sebahagian orang Islam yang naïf.

Melihat senario ini, ternyata manhaj taghyir yang dicadangkan 1928 dahulu, masih relevan. Sistem dan projek-projek Islam tidak mungkin dilaksanakan secara menyeluruh selagi tiada dokongan yang kuat daripada masyarakat. Hanya masyarakat yang benar-benar kuat jati diri Islamnya mampu dibawa melangkah ke fasa yang lebih mencabar lagi iaitu pembinaan kerajaan dan Negara Islam. Oleh itu, semakin besar projek perubahan, semakin kuat gerak kerja pentarbiyahan dan dakwah harus berjalan agar modal di tangan cukup untuk dilaburkan dalam projek perubahan itu.
Satu anggapan simplistik jika sewenang-wenangnya mendakwa IM telah meninggalkan fasa membimbing masyarakat dan melompat secara tergesa-gesa kepada fasa pembentukan kerajaan dan pembinaan Negara Islam apabila Dr. Muhammad Morsy diisytihar sebagai presiden.
Perlu dinyatakan penglibatan IM secara kuat dalam politik Mesir pasca revolusi lebih bertujuan untuk menyelamatkan revolusi rakyat. Ia adalah bentuk pengecualian demi mengelakkan rakyat Mesir keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Namun, proses ‘pembinaan masyarakat’ tetap diteruskan dalam masa yang sama. IM masih menjadi entiti berpengaruh dalam masyarakat. Hal ini terbukti sekali lagi apabila Dr. Muhammad Morsy digulingkan, IM berjaya mengumpulkan rakyat merentas latar ; khusunya latar gerakan Islam yang pelbagai, untuk bertahan di Medan Rabaah.
Malaysia vs Mesir
Projek perubahan yang kita cita-citakan adalah projek perubahan bersifat Islam. Bukan sekadar perubahan atas permukaan seperti sekolah islam, bank islam dan lain-lain jenama Islam. Lebih utama lagi perubahan yang mendasar iaitu pengukuhan akidah Islam yang terperinci dalam setiap individu Muslim di tanah air kita. Individu Muslim yang tunduk sujud pada undang-undang dan kehendak Allah di segenap aspek.
Apabila kita menyentuh tentang manhaj perubahan yang menyeluruh sesetengah individu menganggap kita harus meruntuhkan segala sistem yang ada di negara kita sekarang dan menggantikannya dengan sistem yang baru. Saya berpendapat ia tidak tepat kerana Malaysia bukan tanah yang baru mengucap syahadah. Jangan pukul rata dengan mengatakan semuanya tidak Islam. Negara ini adalah Negara Islam sekalipun belum sempurna keislamannya. Kita tidak perlu bermula daripada kosong. Tugas kita adalah menyempurnakan keislamannya di setiap sudut seperti ekonomi, undang-undang, pendidikan dan lain-lain.
Juga dakwah harus dikuatkan samada kerja-kerja memahamkan masyarakat tentang Islam dan tak kurang penting menyedarkan masyarakat tentang akidah jahiliyyah seperti liberal, sekular dan lain-lain. Perubahan besar yang kita cita-citakan pada Negara ini masih sama formulanya. Membina individu muslim dan keluarga muslim yang sentiasa mendokong agenda Islam hingga mampu bergerak dalam masyarakat sehingga memiliki bargain power  (kuasa tawar-menawar) yang kuat mengangkat agenda pengislaman sistem-sistem di Negara yang tercinta ini.