Tahadu Tahabu"Exchange gift and you will love each other"
Sekeras batu?
Tidak
Sehalus sutera?
Tidak
Mungkin seganas ombak dan setenang pantai
Bayu itu terkadangnya halus berdesir-berdesir menampar muka
Ada saatnya bisa menerbangkan gunungan pepasir
Aku hanya satu titik malah lebih seni
Seni jika diselak alam tadbir Yang Maha Luas
Ada yang mengatakan aku biru yang menyenangkan
Bisa sahaja hijau yang mendamaikan
Adakala hitam yang menyeramkan
Mungkin merah yang menggusarkan
Ada mata melihat sebelah sisi sahaja
Ada yang memandang beberapa dimensi
Pasti ada yang langsung menutup mata
Ibarat kawanan buta yang meraba-raba gajah
Telahan demi telahan
Mungkin juga hanya dibenakku sahaja
Aku juga tak dapat mengenal warnaku andai
Tiada cermin disisi
Terima kasih kerana sudi menjadi cermin
Cermin tempatku pantul diskribsi diri
Cermin tempatku belek kelompongan diri
Mengenal letak duduk jerawat dan manisnya tahi lalat
Pantulan yang meluaskan visual
Hingga aku nampak pelbagai pilihan
Disuluh kebenaran
Teruslah menjadi cermin untukku..
3 comments :
mira,i love ur philosophy in writting
keep it up sis.
sesungguhnya setiap sendi yang kita miliki perlu disedekahkan.
setiap perkara bakal dipersoal.
nikmat dtg dgn tanggungjawab.
mari jadi umat yang bekerja!
andainya alam ini mampu berkata-kata,pastilah pujian buat dirimu =)
ms hopping blog,akhiran jmpe gak blog ni..bgs ukhti..teruskan usaha..good luck 4 oral
Post a Comment