Wednesday, February 20, 2019

Ikatan antara dua: Al-mumtahanah

Alhamdulillah

Saat rasa syukur melimpah rasa, selembar kata pun tak mampu kau gambarkan perasaan indah itu.
Menelusuri kata Sayyid Qutub dalam naskah Al-Mmtahanah. Ayat 10 &11. Tersentuh rasa hati pada nilai sebuah perkahwinan dan ikatannya dengan akidah.



Rasa keimanan kepada Allah membawa rasa keterikatan dengan ajaranNya. Apabila rasa ini telah tumbuh, tidaklah mudah untuk mengizinkan ikatan-ikatan lain menghuni hati. Ikatan kepada harta, pangkat, cinta pada manusia dan lain-lain.

Bukan pula mustahil.

Sekiranya terjadi ikatan lainnya, maka satu antara dua pasti telah berlaku.

Sama ada ikatan akidah ini terlerai atau ikatan kemanusiaan tadi telah turut tunduk pada kemahuan akidah yang suci ini.

Antara dua.

Aku pastinya jauh daripada sempurna. Tidak ada rajuk pada yang ingkar dan tak memahami, kerana aku pasti aku sangat mengerti apa rasa hati yang menjauhi.


Salam awal Rajab.

Moga beroleh keampunan.


No comments :