Malam semakin larut. Arinah menyanyi kecil lagu, Intifadhoh Bersinar seraya merenung ole-ole daripada perkongsian tadi. Catatan yang ditulis dengan pena air mata.
1. Wartawan penyiaran TV3 Helmi Yusuf: Usia beliau hanya 25 tahun. Telah ke Ghaza bukan sekadar untuk berjalan-jalan atau untuk ambil roh jihad untuk diri sendiri, tetapi juga menghidupkan roh jihad masyarakat Malaysia terutamanya. Apa sahaja latar belakang dan siapa pun beliau, yang paling mengesani saya adalah ciri 'mutamaiyiz' (cemerlang dalam kerjanya, terserlah kesungguhan dan cita-cita) yang ada pada beliau menyebabkan beliau terpilih untuk memikul amanah itu instead of senior-senior tv3 yang lain.
Nina terkenang hadis ini :
"Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"Nina tidak maksudkan isu jahiliyyah itu, tetapi sifat mutamaiyyiz (istimewa, tersendiri) itu. Sayyidina Umar mutamayyiz pada kepintaran dan keberaniannya, antara sebab Rasulullah SAW berdoa akan keislamanya. Sayyidina Abu Bakr mutamayyiz pada kelebihan mengenali suku-suku Arab, luasnya pergaulan, kaya, berakhlak mulia, antara sebab menjadi antara sahabat pertama yang diseru Islam kepadanya.
(Bukhari)
Harus kita sebagai pemuda yang faham kewajipan memikul risalah ini, menjadi mutamayyizah. Cari bahagian sendi yang mana yang mampu kita sedekahkan pada agama ini. Jangan terlalu merendah diri dan pesimis (mudah berputus-asa). Kita cari kelebihan-kelebihan diri yang mampu kita sumbangkan secara optimum dan konsisten untuk agama ini.
Menulis? Bercakap? Memasak? Melukis? Merawat? Mendengar?
Nina terkenang hadis ini: "Setiap sendi anak Adam, ke atasnya sedekah..."
Apa mutamayyiz Nina?
2. Ah, Nina rasa tak keruan! Kenapa sejak akhir-akhir ini Nina mudah sekali tersentuh dengan perkataan syahadah? Nina akan tamat belajar 2014, dan akan dapat sijil perubatan atau dengan erti lain Nina akan graduate. Sijil dalam bahasa arab disebut syahadah. Setelah berhempas-pulas selama enam tahun, memastikan keseimbangan hidup terjaga, akhirnya Nina akan dapat syahadah perubatan itu. Namun, apa sangatlah dibandingkan jika Nina berhempas-pulas untuk agama ini, dan Allah kurniakan syahadah? Alangkah! Telah pun berlalau lima tahun, sejak Nina 'Islam' kembali. Harus Nina apakan agar Allah sudi beri Nina syahadah di sisiNya? T__T
"Jangan disangka mereka yang syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan di sisi Tuhan, mereka mendapat rezeki"
3. Briged Al-qassam, tahajudnya setiap malam, puasa Isnin dan Khamis. Nina terkenang Muhannad Tohir, beliau pun begitu. Nina harus mendisiplinkan kembali diri. Walau mungkin Nina tidak dapat menjadi sebahagian daripada mereka secara zahir, tetapi Nina insyaAllah menjadi ibu kepada insan-insan seperti mereka. Yeah! ....nampaknya Nina harus belajar bersabar ditinggal-tinggalkan ;)
4. Penduduk Ghaza melayan semua seperti saudara. Semua! Kisah itu, kisah ini. Bukankah itu sosok daie sejati? Nina terbayangkan wajah-wajah yang Nina sayang. Mereka-mereka disekeliling Nina. Nina perlu baiki sensitiviti untuk melayan semua orang seperti keluarga. Rangkulan hangat, senyuman manis, tidak berkira dan ya, Nina harus beri perhatian dan pandangan apabila bercakap dengan mereka! ;) Seperti mereka di Ghaza, berukhwah ikhlas tanpa minta dibalas. Mungkin orang akan pandang Nina pelik dan cuba ambil kesempatan. Biarlah. Nina akan buktikan tiada yang pelik dalam menghidupkan agama ini.
5. Ketika sambutan ulang-tahun 25 HAMAS, setelah nakbah pertama pada 1987, ada juga bendera Fatah yang berkibar ditengah-tengah hijau bendera HAMAS. Dan segelintir warga Ghaza adalah orang-orang Fatah, Saraya Al-Quds, namun mereka bersepakat untuk tidak tanazul (berkompromi) dalam mempertahankan tanah umat Islam itu. Nampaknya Fatah sudi menundukkan ego secara terhormat demi agama ini. Nina fikir, Fatah akan selamanya menjadi duri dalam daging namun, Allah telah buka jalan. Apa yang penting, berkerjalah! Satu demi satu pintu kemenangan akan terbuka.
6. Umat ini masih ada harapan...Masih!Nina dah tak larat...
5. Ketika sambutan ulang-tahun 25 HAMAS, setelah nakbah pertama pada 1987, ada juga bendera Fatah yang berkibar ditengah-tengah hijau bendera HAMAS. Dan segelintir warga Ghaza adalah orang-orang Fatah, Saraya Al-Quds, namun mereka bersepakat untuk tidak tanazul (berkompromi) dalam mempertahankan tanah umat Islam itu. Nampaknya Fatah sudi menundukkan ego secara terhormat demi agama ini. Nina fikir, Fatah akan selamanya menjadi duri dalam daging namun, Allah telah buka jalan. Apa yang penting, berkerjalah! Satu demi satu pintu kemenangan akan terbuka.
6. Umat ini masih ada harapan...Masih!
Arinah lantas mengepil catatan itu di fail Palestin di blognya. Selamat malam, selamat tidur, selamat memulakan perjalanan jihad baru! Esok akan dicetak sehelai gambar Khaled Mashal buat pembakar semangat!
ps: Selamat mengenali Muhannad Tohir
No comments :
Post a Comment