Wednesday, December 29, 2010

...dan bumi pun basah


Bila nak menulis sesuatu yang lebih berat dan ilmiah? Asyik-asyik Nil je. Senyum dulu. Belum ada kesempatan atau sebetulnya saya yang tak menyempatkan diri.

Sekurang-kurangnya ini terapi saya dan ada di luar sana yang sedang membaca. Mengambil yang baik-baik daripada isi tulisan dan mencapak yang buruk-buruk jadi sempadan.

Sunday, December 26, 2010

Sinai dan senyumku



Senyum.

Langit Sinai indah cerah,
Langit Sinai biru indah,
Rasa ingin menari dan berlari sepuasnya di bawah bumbung Tuhan yang tiada tepi.

Aku pandang jauh ke dataran coklat indah,
Ada yang kata gersang
Aku senyum lapang.

Indahnya aku berhenti sejenak mencari arah nafasku kan terbang pergi
Perhentian yang menyegarkan
Aku harus akui
Aku rindu detik Sinaiku
Rasa dibelai alam jagat
Rasa aku diperhatikan sekelian bukit-bukau dan batuan yang taat tak menderhaka
Mereka katakan, "Teguhlah wahai puteri, seperti kami memasak bumi"
Aku katakan pada mereka, "Aku akan lebih teguh daripada anda"
Kerana aku kenang jiwa al-muzammil yang lebih tsabat dari gunung
Qaulan tsaqila untuk jiwa itu

Sinaiku
Tempat Nabiku berkelana

Sudah
Nampaknya aku jatuh hati lagi
Hingga aku jatuh sakit

Tak sudah senyumku mengenangkan Sinaiku
Terima kasih Tuhan...

p/s: 1. Mengenang asyjarul iman- abu ammar, pasti aku kelihatan seperti buta huruf yang menaip
2. Aku tak melupakan Nil ^^

Sunday, December 12, 2010

Dua janji


  credit

“Aduh, lenguh, lenguh!”

Angin bertiup lembut. Panas tetapi berangin. Dari Astaka padang SMKA Al-Irshad kelihatan padang yang hijau segar. Pokok ara yang tumbuh meninggi meredupkan suasana. Iqa mengurut-urut betisnya. Sepatu kulit hitam ditanggalkan. Kelihatan stokin jari polka dot kuning hijau bertanah hitam. Sebuah purse berkeychain kunci dikeluarkan dari poket dan diletakkan di sisi.