Friday, September 24, 2010

September Aku


Tarikh: 17 September.

Tempat kejadian : NADA

Sedang aku, madie, naa, fizaR, kinahM, cha 'training',

"Sanah helwa ya gamilah, sanah helwa ya gamilah....." bergemalah suara mereka-mereka yang berniat membuat aku 'menangis'.



"Cheese!" bak kata Sarah.

Aku lalu memaut tangan naa (tak salah aku) dan memandang ke dinding. Percayalah, yang ku lihat bukan dinding putih itu, tetapi indahnya laman ukhwah yang berwarna-warni.

Jazakunnallah ya akhwati. Sungguh, terlalu aku mengalami gejala masked face.

Dulu aku pernah menuturkan sebuah kata-kata kepada si dia yang terlalu aku sering sakiti tetapi amat sabar dan memahamiku.

"Sesungguhnya aku tak mampu berterus-terang.." sambungannya biar kami sahaja yang tahu.

Dan aku hadiahkan bahagian awal kata-kata ini kepada antunna dalam tulisan ini dan sambungannya biar aku sendiri yang tuturkan agar kita sahaja yang tahu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengingati.

..........................................................................
Teruja? Gembira? Jujurnya aku sendiri tak tahu apa yang patut aku rasa. Dua tiga hari kebelakangan itu, aku kelihatan agak sedih (kelihatan pada ukhti sayangku).

"Kenapa akak macam sedih? Sebab birthday ke?"

Moral: Aku dah jumpa hamba Allah yang benar-benar menghargai erti masa. Bagi ukhtiku itu, ada sebab untuk bersedih atas kedatangan birthday, andai prestasi iman dan amal tak bertambah sedang usia makin berkurang. Masa untuk pergi makin hampir. Jazakillah ukhti atas tazkirah indirect ini. Ni3ma ajrun a3milin!

Aku berfikir-berfikir sepanjang hari itu.


  • Apa signifikannya birth-day aku?
  • Apa berlaku andai tiada birth-day aku?
  • Andai ini birth-day yang terakhir, apa yang mampu aku tinggalkan?
Hati basah berendam air mata kerana tak mampu menjawab persoalan-persoalan ini. Adakah kalau tiada aku, dakwah tak akan tersebar? Tidak. Adakah kalau tiada aku, Islam tak akan bangkit? Tidak.

Aku ada atau tidak, Islam ada Tuhannya. Penjaganya. Dakwah akan tetap tersebar seperti yang Dia mahu. Teapi aku, tak mampu tanpa nikmat Islam dan Iman. Aku tak mampu untuk tersingkir daripada menjadi tenteraNya. Aku yang memerlukanNya. Ya Allah... thabit qalbi.

17 September 1989, seorang bayi perempuan yang dinamakan Amirah lahir di Malaysia.
17 September 1982, lebih kurang 3500 orang termasuk kanak-kanak dan orang tua disembelih di kem pelarian Sabra dan Shatila, Beirut.

Pada hari aku dilahirkan, umat Islam sedang meningati ulang tahun ke 7 beristiwa berdarah Sabra Shatila. 3500 orang yang pergi itu, hangat darah mereka darah syuhada'. Moga darah yang mengalir dalam tubuh bayi yang lahir di ulang tahun ke 7 itu, sehangat darah syuhada'. Amiin... 

3 comments :

Diyanah said...

amiiinnnn :))

silent reader said...

sayang kamu!

Puteri said...

syaza: jazakillah ^^ doakan akak selalu

silent reader: jzkk. u've brighten my night ^^