Friday, February 13, 2009

Hanya Darah



“Aku tak sampai sana Ya Allah. Biarlah darah aku sampai sana,” seorang ukhti kelihatan sedikit resah kerana tekanan darahnya agak rendah. Gilirannya telah dipotong beberapa orang.
Sesekali meneguk ‘asir untuk meninggikan tekanan darahnya. Ini hanya secebis, warna-warni sekitar ‘Tabaru’ Dam Filastin’ atau Derma Darah Palestin.

Akhir-akhir ini, ramai yang menoleh ke Rafah sesekali ke Arisy yang telah lama menanti kunjungan perhatian ummah gara-gara graf konflik semenanjung Gaza yang memuncak. Jangan pernah lupa, konflik ini tak pernah berhenti cuma apabila media memberikan lebih fokus barulah masyarakat teringat Muhammad, saudara kita di Palestin mengalami hypovolumic shock kerana bertempur dengan zionis bersenjatakan serpihan dinding rumah tempat dia bersandar ketika menghafaz surah at-taubah.
Ingat Sakina? Dia sudah pergi meninggalkan kita.

Baru-baru ini ketika kelas anatomy, seorang ukhti memberikan tazkirah…tentang Palestin,
“Kito kena yakin, kito ni pasti menee. Cumo kito tok tahu bila. Mulo denge islah diri”.

Cepat ambil quran terjemahan, buka muka surat 41, Al-Baqarah: 249. Talut, Jalut dan saringan! Jangan ingat nak mewakili team Irshad FC saja yang ada proses saringan. Berlatih bagai nak rak. Menjadi jundullah lebih-lebihlah lagi. Bukan sekadar fizikal. Kalau di dada asyik ada nama Rihanna, go back and practice before you ‘register’ to be a jundullah. Jangan pernah lupa, Allah tak perlukan kita. Islam pasti menang sekalipun kau dan aku tak lepas proses saringan Allah tetapi waktu itu siapakah al-khasirun? Tempat kita? Telah digantikan…
Teringat zaman sekolah dulu, ada pertandingan menulis sajak. Pesertanya ada 2 orang, hadiahnya 3. Pasti ada yang ketiga masuk untuk cukupkan korum.
“Kalau tak menang pun sekurang-kurangnya dapatla jugak towel hello kitty (hadiah tempat ketiga)”.

Itu baru towel hello kitty. Kalau kita yakin Islam memang, akan menang. Pasti. Kenapa tak berusaha menjadi sebahagian yang memenangkan Islam? Sekalipun sekadar berjihad untuk tolak tepi Pepsi? Come on? Takkan nak jadi spectator je? Ambil pembaris ukur iman kita. Pakai mm ke m? Kau tahu. Aku tahu.

p/s: Hidup menang, mati syahid

2 comments :

Umairah. said...

aku sedih sgt..
makin hari, bahang "Palestin" kat Msia mcm kurang je.. hermm..
yg pntg, aku sedang usaha tak beli brg2 produk d0rg..
sama-sama d0a..

Puteri said...

erm, giatkan la lagi business hpa tu..=) isu ni akan timbul dan tenggelam. hanya tautan hati pada saudara seakidah jer tak mematikan bahang ukhwah kita pada mereka. ibaratnya kalau kita dapat berita family kita sakit, kita tak akan hanya ingat pada mereka bila family call. tapi akan sentiasa terkenang-kenang, hati akan turut resah dan sedayanya mencari info terkini...jujur aku juga masih berusaha. moga umy n aku sentiasa merasai hangatnya ukhwah ini biar di luar salji melanda..