Friday, October 30, 2009

Bubu yang menyesal...



“Bubu kenapa bagi Pak Lala Isuprel (trade name for isporenaline)? Tak reti ambil history ke?”

Dr. Mama berang sekali. Pak Lala diserang oleh jantungnya sendiri.


“Dia kan lelah (bronchial asthma)! Isuprel untuk luas-lebarkan paru-paru,”

Bubu membela diri.


“Diakan ada sakit jantung!”

Mata Dr. Mama bak orang yang menghidap exopthalmus. Kontraindikasi berlaku, isuprel memang sahaja untuk lelah tetapi tak sesuai untuk si jantung yang rosak!


Bubu menyesal kerana main-main ketika tahun klinikal di Sekolah Perubatan Tanjung Wau. Dia gagal mengambil sejarah latar Pak Lala lalu menghantar Pak Lala ke kubur dengan cara yang tersendiri.
……………………………………………………………………..


“You should look at the patient in a full picture. You should not treat just the simptom, and takes off your hand as if you have done your best!”

Baiklah, ini beberapa perkara yang saya dapat kutip daripada subjek pharmacology minggu ini. Full picture!


Pada suatu zaman, saya pernah bertanyakan pendapat seorang sahabat tentang isu pakai tudung tanpa menutup aurat. Jawab beliau kepada saya,


“Mungkin ada perkara yang lebih penting sebenarnya belum sempurna. Solatnya? Qurannya? Thiqah billahnya?”

Ada benarnya. Ada krisis ketaatan dengan Raja segala Raja yang belum selesai. Masakan mahu menjadi hamba jika tak mengenal tuan? Tak tahu kuasa tuan? Tak tahu untung budi diciptakan?


Suka juga saya nak memetik tulisan Mustafa Masyhur yang saya simpulkan begini,


“Kita tak dapat nak beritahu seseorang bahayanya api ketika dia sedang tidur.”

Isu aurat, mengumpat, suu zhon melibatkan manusia-manusia yang sedang tidur dan berasa aman dengan tidurnya sehingga tak sudi diganggu sekalipun api yang marak kian hampir.


Melihat masyarakat, manusia dengan full picture, membantu untuk kita tak sekadar merawat simptom. Saya tak sekali-kali mengatakan biarkan sahaja simptom-simptom itu merebak! Tidak. Menyedarkan tentang peri-pentingnya solat, thiqah billah ibarat mengejutkan manusia yang sedang tidur. Moga-moga hidayah Allah membangunkannya dan dia nampak api yang makin marak!


Saya ibarat kura-kura yang merangkak, moga sampai juga ke garisan penamat dengan jayanya dan tidak ingin perlumbaan kedua kerana ingin berehat di syurga. Amiin. Doakan.

Saturday, October 24, 2009

Pekat dan Cair



Lelah mendaki Bait Kauthar. Saya tercungap-cungap. Asilah dengan prihatinnya,


“Kesiannya!”

Saya balas bergurau,


“Jangan cakap macam tu. Nanti jadi daie manja.”


Asilah pecah tawa lalu mengatakan ‘quote’ kegemaran yang pernah dia paparkan di screen sony ericssonnya,


“Em, pencerahan bukan untuk si manja!”


Syarifah pun menyampuk sambil menghulurkan air. Inilah keping-keping rindu yang saya susun kembali setelah kembali ke negara kedua ini.


Sekali lagi PERUBATAN melancarkan smart circle bagi sesi 09/10 di Beit Kauthar. Ini bermakna kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kepala dan kehendak akan mula bergerak. Ada yang akan bergerak laju. Ada yang bertatih. Ada yang beku.



Ketika sesi pendedahan kerjaya (doktor) oleh JPA di Hospital Kepala Batas saya bertemu dengan seorang doktor muda (saya tak tahu namanya) di OT (operation theater). Sambil menjalankan proses-proses pembiusan (anasthetic) ada satu kata-kata yang dia sebut.


“Bukan mudah menjaga empati! Satu hari nanti awak mungkin lihat pesakit yang dah teruk tanpa rasa apa-apa.”


Dia membayangkan saya bahawa keterujaan seorang doktor untuk merawat pesakit dengan penuh empati dan kasih mungkin menjadi tawar ditelan masa, setawar karkade pekat yang asyik ditambah-tambah air hingga menjadi cair. Empati dan teruja menjadi cair. Dilute.


Saya membayangkan juga bagaimana seandainya mentor-mentor SC, doktor-doktor jiwa, para ulama’, perkerja dakwah @ perkerja Allah juga dilanda sindrom yang sama?


Saya suka nak berkongsi kisah kalah yang membawa kepada menang. Selepas tahun kesedihan dan isra’ mi’raj, Rasulullah kekasih tercinta berasakan perlunya untuk mencari himayah atau perlindungan oleh kaum di luar Makkah supaya risalah tauhid ini dapat disebarkan dengan aman. Makkahkan penuh dengan tribulasi! Bagaikan sudah tertutup jalan di Makkah dan harusnya ada taktik yang baru. Maka, pada musim haji tahun ke 10 kenabian selama 10 hari kekasih pergi dari satu kabilah ke kabilah yang lain.



Dalam tempoh 10 hari inilah kekasih menerima aqbih rudda. Penolakkan yang paling buruk daripada Bani Hanifah, kabilah pertama yang baginda jumpa. Baginda teruskan. Bani Kulaib dan kemudian Bani ‘Amir. Awalnya mereka kelihatan bersetuju rupanya ada udang di sebalik batu.
Bujairah ibnu Firas si ketua kabilah,


“Kami akan beri perlindungan, pertolongan dan perang bersama engkau dan
kekuasaan milik kami setelah itu.”

Baginda,



“Al-Mulku lillah.”

Risalah itu tak tersebar dengan hati yang kotor. Baginda meneruskan lagi dan lagi dan lagi. Tenaga 50 tahunnya dikerah habis-habisan. Dek kerana cinta dan ghirahnya baginda terhadap cinta Allah dan perjuangan tiada cair juga semangatnya lalu dihadiahkan Allah enam orang syabab yang paling tua antara mereka berusia 21 tahun pada hari terkhir di Mina. Ini titik mula kronologi perjanjian Aqabah dan hijrah ke Madinah!



(untuk lebih lanjut rujuk ‘ala khutoh habib, Amr Khalid atau ke Kelas Sirah di Beit Khaulah)


Kak Syaf memetik satu kalam,


“Failure is the beginning of success!”

Maka, tiada perlu berendam air mata andai seruan tak diendah, salam dihulur disambut marah, cerita dikongsi dipandang sepi, lawak diberi tawa tak bergigi dan andai circle mentee tak muculkan diri… saya koreksi diri sendiri.


Kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan…Badiuzzaman Said Nursi

Saturday, October 10, 2009

Rindu


Aku bangkit dari peraduan. Terasa ada sesuatu yang hilang di suatu sudut jiwa yang minta diisi. Ini bingkisan pertama setelah aku kembali ke tanah jejak anbiya’ dan syuhada’. Aku menelah apa yang hilang, rupanya aku kerinduaan. Aku rindu pada teman.

Teman-teman yang apabila ku pandang wajahnya, aku hisab diri.

Teman yang apabila ku selorohi eksperesinya ku temui obsesi pada cinta Ilahi.

Teman yang apabila ku sekadar melihatnya dari kejauhan, dapatku rasa percikan keringat perjuangannya.

Teman yang membuat aku menitiskan air mata cemburu. Cemburu kerana aku fikir dia turut dicemburui bidadari di syurga.

Aku benar-benar dibuai rindu.


Malam jumaat lalu, baru sahaja kami mengalunkan sanah helwa buat seorang ukhti. Ifthor yang menginjak ke waktu ‘isyaa itu benar-benar membasahkan hatiku yang kian kering kerana iman yang sedikit demi sedikit disejat oleh masa dan kenikmatan.
Nikmat ukhwah ibarat masinnya garam. Yang memandang tak akan merasa apa yang dirasai oleh yang merasa. Tanpa ukhwah hidup pun hambar. Biar sesudu ukhwah, seri sajian hidup ini terasa lazat. Biar terkadang tertumpah hingga sajian menjadi masin, tetap ukhwah tak dilupakan dan dihindar buat sajian seterusnya.

Thursday, September 17, 2009

Aku Masih Ingat

Tulis dan padam. Tulis dan padam. Tulis lagi... Beginilah dari dahulu,

"Aku tak bijak berterus terang, tapi kau semakin pintar mentafsir"

Terima kasih, maaf dan mohon didoakan diri ini yang semakin tua dimamah masa, menunggu saat pulang ke tanah air abadi.



Aku masih ingat segalanya...inilah jawapan bagi soalan masihkah kau ingat?

Terkadang yang senyap tak bermakna bisu, yang sedikit tak bererti kurang, yang jauh tak bererti terpisah...

Sunday, September 13, 2009

sebulan setengah yang menguji dan menguja

gambar hiasan semata-mata (tidaklah selahap ini)




Selesai berbuka di Hussin Nasi Kandar, Sg. Petani, ayah menghantar aku ke STAIL (sekolah tahfiz al-islah) di Tok Bedu. PEMBINA (persatuan belia islam nasional) di pihak akhawat mengadakan qiamulaill jamaie. Hujan yang turun meredupkan suasana, juga menyejukkan hatiku.Bertemu adik-adik daripada UiTM, KMPP, Azimah PMC (Penang Medical College). Semacam jejak kekasih pula bertemu Azimah.



“Awak study kat mana ye. Rasa macam pernah jumpa,”
di muka aku penuh tanda soal. Ini bukan déjà vu.


“PMC.”



“Oh, tak apa. Silap orang. Saya ada kawan kt UK,”
aku berkira-kira nak pergi.


“Eh, saya ada kembar kat UK. Arifah.”


Sah! Sekurang-kurangnya aku betul dalam salah. Aku sempat bertemu Arifah pada syita’ (musim sejuk) yang lepas di Kaherah. Seronoknya. Seronoknya. Rindu pada Mesir, ingatku pada Mesir. Malam-malam akhir pada Ramadhan yang lalu aku dan Mila beri’tikaf di Gami’ Amru.




“Kita selalunya buat ibadah kerana semangat. Kalau ada orang bagi semangat, bagi motivasi, buat program baru semangat tapi kalau tidak…Macam tulah juga kita kalau Ramadhan dah pergi, tak semangat. Tapi, antara tarbiyah Ramdhan ni adalah mengeluarkan fitrah supaya kita mudah melakukan segala kebaikan kerana fitrah,”


Lebih kurang beginilah tazkirah yang menyelangi empat rakaat terawih oleh Umi Yati. Nak tak nak kena akui. Kepulangan ke Malaysia selalu menguji. Majoriti akan mengaku. Senangnya, senangnya duduk di Malaysia. Jiwa diuji dengan ‘tak teruji’. Fitrah diri diuji. Kenapa sebulan setengah ini aku membuat kerja-kerja yang aku boleh buat dua minggu di Mesir. Kerja sekolah daripada Ustazah Iffat terkandas. Amanat ustazah Huda tak selesai.

Lima, enam hari ini aku ala-ala merengek dengan ibu. Menghitung hari untuk pulang ke rumah kedua di Mounira. Gembira dalam sedih. Teruja dalam tangis. Ibu dengan aura keguru-ibuannya berkata,


“Sedih Ramadhan dah nak pergi tu patut lebih lagi!”

Aku sengih dan menganguk. Betullah tu.

Aku sedang bersiap sebenarnya. Bersiap untuk bergelar graduan Ramadhan. Terketar-ketar mengagak-agak keputusan. Bersiap untuk pulang juga ke M-ku yang kedua.

Tuesday, September 8, 2009

Pulang ke laman rindu


“Hakita, jom pi sekolah!”


Hari ini aku kembali lagi ke tanah itu. Segalanya berubah. Physically, mentally and spiritualy. Aku dan Atikah berpakat untuk ziarah Irshad sebelum dia berangkat ke Plymouth, UK raya ke-6 nanti. Kami berjanji dengan Nina Rasad untuk bertemu di Irshad. Tiba-tiba teringat pula pada Nabil Z yang baru seminggu tiba daripada Jordan. Teringin nak jumpa budak JUST. Call her and she said ok!
Irshad dan berubah…cluster?! New building, new teachers, staffs and students. Environment? Not sure… We all change! Dah tua rupanya. Adik-adik yang kami sambut ketika orientasi akan ambil SPM tahun depan. Ada yang dah jadi pengawas, ada yang makin peramah. Macam-macam. Pemilik kolek ini, speechless pula. Aku pun sama. Dah besarlah awak. Moga cita-cita tercapai, dan awak sentiasa berani tegakkan Islam. Garang dan tegaslah bak Umar Al-Khatab.
Reaksi. Ustazah Zuraini teruja bila disebut Tanta, Alex, Sayeda Zainab kerana beliau pernah menuntut di Iskandariyah.

Pulang daripada seberang laut. Pelbagai reaksi.

“Amboi seronoklah depa. Pi berjalan tempat orang.”

“Hampa dah pandai cakap Arab ka?”

“Hampa ni toksah lah dok bergaul dengan budak kita ja. Balik Mesir belum tentu boleh cakap Arab.”

“Dah pi Fayoum, Sinai?”

“Esok-esok hampa dah buka klinik mai la panggil cikgu-cikgu Irshad. Bagi diskaun baik punya!”


Persoalan dan pertanyaan-pertanyaan ini, memulangkan aku pada realiti. Aku terfikir selama hampir dua tahun (walau tak cukup sebab 4 aku di Malaysia), apa yang aku dah dapat? Dah tunaikan amanah? Betul aku layak menerima biasiswa itu? Harapan mereka sebagai guru dan juga warga Malaysia. Kita tak perlukan doktor yang cuai! Kita tak perlukan graduan daripada mesir yang pelat, gagap berbahasa Arab! Kita tak perlukan mujahid-mujahidah yang lembik tak kenal berjuang!

Aku tak pergi ke Irshad untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar bersapa mesra dengan guru-guru dan adik-adik. Ada yang lebih penting. Penting untuk aku kembali ingat bumi yang aku pijak di situ islam wajib aku junjung. Tempat tinggal dan berkerja, mereka-mereka yang berjasa. Wajah-wajah Irshad mengingatkan aku agar lebih gigih berusaha. Berpijak di bumi yang nyata. Hidup bukan mimpi indah atau sekadar angan-angan siswa yang leka dengan dunia kampus.


Ada tuntutan! Tuntutan untuk membersihkan diri dan masyarakat daripada krisis jahiliyah, islamophobia, sekularisme. Tak guna jika hanya sekadar bicara...

Sunday, September 6, 2009

Tomorrom Never Comes

I've been following Baba Ali's videos in youtube since last year. This is ummah film's first film. Tomorrow Never Dies? You may die tomorrow!..no, no, you may die right now....

Still alive? See, this times left was given to you by Allah the Most Merciful so that you can repent. Come on, give yourself a chance to be ahl jannah not jahannam. Time and tide waits for no man. Hey buddies, tastaghfir min rabbina. Ask for His forgiveness while you are still breathing.

The second term of the School of Ramadhan offering an important subject to be covered. Score an A for Maghfirah (Forgiveness) Subject!

Dear friends and mates please forgive me for all my wrong-doing. Thanks for everything in case tomorrow never comes!