Siti dan Siyu sedang menikmati makan tengah hari mereka di Nada D'eaters Restaurant . Dek kerana maraton kelas patologi 5 jam hari ini, nafsu makan sudah berada di puncak. Sukar sekali menahan. Siti memandang pinggannya yang berisi nasi putih, asam pedas ikan pari, telur masin, dan kangkung goreng. Air liurnya telah mula merembes daripada kelenjar parotid.
Tuesday, April 13, 2010
Nada D'eaters Restaurant! ~ 1/3 sahaja...
Siti dan Siyu sedang menikmati makan tengah hari mereka di Nada D'eaters Restaurant . Dek kerana maraton kelas patologi 5 jam hari ini, nafsu makan sudah berada di puncak. Sukar sekali menahan. Siti memandang pinggannya yang berisi nasi putih, asam pedas ikan pari, telur masin, dan kangkung goreng. Air liurnya telah mula merembes daripada kelenjar parotid.
Labels:
hari-hari ku
,
kegemaran
,
My 2nd M
,
sinikal
Posted by
Puteri
Tuesday, March 30, 2010
Hope will never fade!
I just love this one. For the translation version, check this out!
Could not say much. Have to study pathology. Just a bit of sharing..
Labels:
aku dan Dia
,
love ties
,
motivasi
,
time line
Posted by
Puteri
Saturday, March 20, 2010
Closer than vein
photo: Allah is closer than vein
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya, dan Kami lebih dekat dari urat lehernya.
Atau
It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein.
-Qaf: 16
Dahulu untuk taaruf kawan-kawan bertanya:
“Apa makanan kegemaran?”
“Apa warna kegemaran?”
“Apa buku kegemaran?”
No offense. Soalan-soalan tersebut menggembirakan hati. Apatah lagi jika penanya ingin merealisasikannya…apa salahnya? Kecil tapak tangan, talam saya tadahkan (mana nak cari nyiru?).
Sekarang, soalannya bertukar menjadi lebih menarik:
Labels:
aku dan Dia
,
brain n soul
,
love ties
,
motivasi
Posted by
Puteri
Friday, March 12, 2010
Batu yang berlekuk~ Nil lagi
Padam dan taip. Lagi dan lagi. Saya benar-benar nak menyampaikan isi hati yang satu ini.
Seronok berjogging di tebing Nil pagi tadi bersama ukhti tersayang. Nurul sudah laju ke depan. Tinggal saya dan Aufa di belakang.
“Fa, agak-agak apa kaitan Nil dan iman?”
“Air sungai ini kan dari Allah. Dengan air ini kita dapat beribadah. Allah ciptakannya untuk manusia.”
“Tiba-tiba ana teringat ayat ini
Labels:
brain n soul
,
hari-hari ku
,
love ties
,
My 2nd M
Posted by
Puteri
Tuesday, March 9, 2010
Mencari rijal
Mencari rijal dalam diri
Aku lontarkan pandangan kepada Nil
Ku titiskan air mata biar hanyut bersama Nil
Hanyut bersama sampah-sampah dosa
Yang mengacah-acah cintaku pada Tuhan
Mencari rijal yang hilang
Aku urut dada yang sesak
Asap dosa yang kelam
Syurga menjadi kabur
Ku hirup dalam-dalam segar Rahmat Tuhan
Moga dihapuskan saki baki hitam paru-paruku
Agar rijalku bisa kembali
Rijalku harus kembali
Meneruskan langkah-langkah yang terhenti bersama nafas yang terputus
Rijalku bangkit kembali
Menyelusuri denai khazanah juang Nuh
Rijalku harus gagah memijak onak dan duri
Biar setajam puncak KLCC, biar setajam pisau di meja bedah.
Rijalku kembali berhadapan dengan peradaban yang menuntut janji daripadanya
Janji yang dia lafazkan lewat sujud kala hening kota Kaherah
Rijal itu ada dalam diriku
Dia masih setia di situ
Dan aku harus lunaskan janji ini.
Labels:
hari-hari ku
,
My 2nd M
,
puisi
Posted by
Puteri
Pelajaran Hari Ini ; 2
Stadium Kaherah makin lengang. Sebentar lagi akan malam. Kelihatan dua, tiga orang atlit yang dikatakan bertaraf antarabangsa masih tekun meneruskan larian. Entah untuk pusingan yang keberapa kali. Muna, Madie dan rakan-rakan lain hampir selesai mengemas alatan-alatan sukan. Aku yang baru sahaja kenyang dengan sepinggan nasi tomato menapak untuk pulang. Kami beriringan. Wah, hari ini telah berakhir! Apa agaknya yang telah aku sumbangkan untuk islam? Muna yang selalu berlelucon tiba-tiba berkata,
Aku diam mengiyakan cerita itu dalam hati. Tak silap aku, itu dari kisah nabi. Hai dunia, aku belajar lagi!“Kita teringat satu cerita. Kan ada sorang tu dia sakit. Then, dia bertawakal sebelum makan ubat. Lepas tu, dia sembuh. Tapi for the second time, dia makan ubat tanpa tawakal. Lepas tu dia tak sembuh. Kita rasa apa yang kita lalui hari ni adalah kerana doa dan tawakal.”
p/s: terima kasih kerana ke KSI!
Labels:
hari-hari ku
,
love ties
,
My 2nd M
Posted by
Puteri
Sunday, March 7, 2010
Mone untuk Mimi
Mone sedang berzikir
~Sharifah, thanks for the tazkirah 'ikan masin'
--------------------------------------------------
Pipi Cheba basah. Tersenyum. Menitik lagi air mata. Sebuah panggilan telefon dari Plymouth telah melerai rindu.
“Assalamualaikum. Nusaybah ke?”Cheba tahu itu panggilan jauh tetapi itu bukan Puteri. Tidak tertera kod dua, kod negara Mesir di skrin telefonnya. Mereka bertiga pada asalnya tetapi hanya Puteri yang tinggal. Ikatan persahabatan itu diteruskan mengatasi jarak dan masa.
“Ya, saya. Siapa ya?”
Terdengar tawa kecil pemanggil.
“Cheba nak dengar cerita?”
Bertambah kaget Nusaybah. Siapa lagi yang memanggilnya Cheba? Hanya sahabat-sahabat di SMAI. Tak ada lagi yang memanggilnya Cheba di Gombak ini.
“Kenapa Cheba diam? Aku cerita ya. Ada seekor ikan Anemone di lautan pasifik. Namanya Mone. Mone akan berzikir mengingati kebesaran Allah setiap kali terpandang indahnya batu karang dan biasan cahaya matahari yang menerobos masuk ke dasar laut. Pada suatu hari, sunnah alam, Mone telah ditangkap oleh nelayan dan diimport ke Terengganu. Syarikat Ikan Masin Melati telah membeli Mone dan dijadikan ikan masin yang enak apabila dimakan dengan nasi panas dan sambal ikan bilis. Cuba Cheba korek ibrah cerita ini”
“Mimi kan? Ana tahu ni Mimi. Enti pergi mana selama ni?” laju mengalir air mata Nusaybah.
Labels:
baca
,
hobi
,
love ties
,
once upon a time
Posted by
Puteri
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
