Lampu belajar dinyalakan. Menerangi satu sudut di ruang bilik Aliyah. Musim dingin yang bakal tiba menyampaikan salam. Sedikit jendela yang terkuak membawa angin segar dinihari. Jalan Lotfy El-Sayed lengang saat jam berdetik angka 4. Aliyah mengangkat takbir pertama hari itu. Mengharap dikurnia kekuatan dalam setiap tapakan.
" Dee, akak dah buat breakfast. Korang makan ek nanti. Akak nak pergi kelas."
"Awalnya kak! baru pukul 6.30 pagi." Dee pelik.
"Tusyen akak start hari ni. Internal Medicine."
"Oh! Ok. Thank you kak, sphagetti ni."
"Ok bye! Akak pergi dulu."
Sungguh pun baru jam 6.30 pagi, matahari sudah ceria menyinari. Seperti biasa angin akhir musim bunga tak pernah mendukacitakan. Aliyah menapak laju keluar dari Metro. Berbekalkan secawan kopi 3 dalam 1 Bonjorno yang setia menemani, kelas ECG Dr Ashraf Zaki bermula.
...
Tepat jam 9 pagi berakhir kelas tambahan di belakang bangunan Sekolah Perubatan Kasr Al-Ainy, Universiti Kaherah. Aliyah bergegas masuk ke kawasan universiti untuk meneruskan sesi kuliyah rasmi subjek Internal Medicine.
Jam menganjak ke pukul 11 pagi. Para pelajar memenuhi laman universiti. Perut mulai berkeroncong. Aliyah membeli secawan mocha....

No comments :
Post a Comment