Aku meletakkan naskah Umar Al-Khatab Second Chaliphate di meja.
Seperti biasa, aku yang sememangnya manusia nostalgik sempat memejamkan mata dalam dingin musim sejuk Fustat. Aku bayangkan, inilah tanah yang sama yang dipijak Amr Al-Asr.
Agaknya inilah bau udara yang sama kota lama ini, cuma kini berganda banyak Carbon
Monoxide.
Di sinilah mengalir sungai yang gerun dengan surat hamba Allah Umar Al-Khatab.

“Alya, suka baca buku-buku macam ni?”
Terkejut aku dari kembara yang sebentar. Kak Samihah duduk bersila di hadapan.
Aku hanya angguk sambil menyedekahkan senyum.
Aku hanya mengenali Kak Samihah malam tadi. Dia datang bermalam di rumah dengan
bayaran Sherpad Pie yang ummph! Katanya sudah bersahabat dengan rakan sebilikku buatbeberapa ketika.
bayaran Sherpad Pie yang ummph! Katanya sudah bersahabat dengan rakan sebilikku buatbeberapa ketika.
Mereka datang berdua dari Hayy Asyir. Menaiki 3 bas dengan total perjalanan dicampur
dengan kesesakan menjadi lengkap 2 setengah jam. Seolah-olah dari Cairo ke Tanta. Membawa ayam fresh, kentang dan bahan-bahan Sherpard Pie.
dengan kesesakan menjadi lengkap 2 setengah jam. Seolah-olah dari Cairo ke Tanta. Membawa ayam fresh, kentang dan bahan-bahan Sherpard Pie.
“Macam tak percaya kisah sahabat-sahabat ini real.” Aku mula bersuara.
“Percayalah,” balasnya. Senyumnya lebih lebar dari senyumku tadi. Lebih manis.
“Sentiasa akan ada manusia yang hidup dan matinya lillah. Macam yang kita baca setiap
kali dalam Doa Iftihah tu. Lillah. Wangnya lillah, senyumnya lillah, marahnya lillah,
professionnya lillah.”
kali dalam Doa Iftihah tu. Lillah. Wangnya lillah, senyumnya lillah, marahnya lillah,
professionnya lillah.”
Aku membetulkan letak dudukku.
“Macam apa yang akak buat? Datang nak masak Shepard Pie sahaja?”
Kak Samihah diam.
“ Macam kisah famous Musaab Bin Umayr yang smart, kaya dan bak kata orang ada segalanya, tapi sanggup melepaskan semua kebahagian superficial tu, berhijrah ke Madinah lillah. Tiada jaminan kekayaan dan kesenangan”
“Huh!” berat nafas ku lepaskan. Beratnya mahu berganjak ke daerah ‘kerana diri’ kepada
‘kerana Allah.’
‘kerana Allah.’
“Alya akan buat perkara yang sama jika Alya faham nanti.”
Seusai perbualan pendek itu terjadi lagi episod-episod
sembang yang membangkitkan. Sehingga aku secara lisannya bersetuju dan berjanji untuk menjadikan segalanya lillah. Moga setiap kudrat yang dicurahkan Kak Samihah dan
seangkatannya menjadi saksi bahawa tiada mustahil menjadikan seluruhnya lillah dan aku
juga melakukan perkara yang sama. Sedang dan akan terus. Cuma aku tak pandai buat
Shepard Pie. Apple Crumble bolehlah.