Padam dan taip. Lagi dan lagi. Saya benar-benar nak menyampaikan isi hati yang satu ini.
Seronok berjogging di tebing Nil pagi tadi bersama ukhti tersayang. Nurul sudah laju ke depan. Tinggal saya dan Aufa di belakang.
“Fa, agak-agak apa kaitan Nil dan iman?”
“Air sungai ini kan dari Allah. Dengan air ini kita dapat beribadah. Allah ciptakannya untuk manusia.”
“Tiba-tiba ana teringat ayat ini
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang memancarkan air daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-baqarah: 74).
Kerasnya hati manusia! Batu pun boleh dilekukkan air.
Hati yang keras ibarat padang pasir yang kontang. Dahagakan air. Hadirnya nikmat ukhwah lewat ketinggian iman bagai hujan turun membasahi bumi yang gersang. Ukhwah berkadar langsung dengan iman. Semakin tinggi iman, semakin manis ukhwah terasa. Hingga mampu berlaku ithar di saat diri amat memerlukan. Kita mampu ithar dengan memberi baju favourite kepada ukhti dalam keadaan almari hampir terkopak dek baju yang melimpah ruah- sampai susah nak tutup pintu (hiperbola sangat ke?). Kita mampu senyum dengan manis kepada ukhti dalam keadaan kita sedang dilimpah bahagia. Mood baik tetapi jika keadaan sebaliknya?
Sentuhlah hati manusia dengan kasih sayang
Saya dan Aufa berbual pula tentang bagaimana Rasulullah mampu menebarkan kasihnya buat manusia hingga hati-hati jahiliyah lunak pada iman. Hidup baginda untuk ummat. Jika kita telah bersetuju tadi bahawa ukhwah berkadar langsung dengan iman, maka kita harus bersetuju bahawa iman Rasulullah yang sentiasa tinggi memungkinkan dakwahnya sentiasa dalam balutan ukhwah dan kasih sayang.
Dari Abu Darda’ R.A berakata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Pada hari kiamat nanti Allah akan membangkitkan beberapa kaum, di wajah mereka terdapat cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar yang dibuat daripada permata. Manusia-manusia iri padanya padahal mereka bukan para nabi, bukan pula syuhada.”
Abu Darda’ berkata, seorang Arab Badwi tiba-tiba berlutut dan berkata,
“Wahai Rasululullah sebutkan kepada kami sifat-sifat mereka sehingga kami dapat mengenali mereka.”
Rasululllah S.A.W bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dari kabilah dan negara yang berbeza-beza, berkumpul untuk melakukan zikrullah,”
-hadis riwayat Tabrani
Kita tidak akan mampu menyayangi ukhti kita dalam keadaan hati kotor dan gelap. Menyayangi kekasih mungkin bisa tetapi itu akan menjadi kisah kekasih gelap yang cinta disuluh api neraka. Bezakanlah cahaya iman dan pancaran api dari neraka.
Menghayati hakikat ukhwah tak semudah mengatakannya. Hati yang keras bukan sahaja tak mampu merasai manisnya ukhwah tetapi untuk mengungkapnya pun ego.
Batu tak berlekuk dalam sehari
Daripada analogi air menghempas batu, sedarlah anda harus realistik. Hari ini mungkin bibir berat mengukir senyuman, senyum sahajalah kerana Allah biar terasa tawar kerana esoknya akan lebih ringan dan manis senyuman itu. Sabarlah. Mujahadah bukan dalam study sahaja, bukan hanya untuk berdakwah. Mujahadah juga dalam melembutkan hati. Saya mengingatkan ini terutamanya buat diri saya. Buat diri saya. Buat diri saya!
Wahai teman, wahai sahabat diri ini menginjak ke satu fasa lagi. Perubahan demi perubahan akan kita lalui. Andai ini benar ukhwah fillah, kejutkan aku daripada lena, jangan biar aku tersasar dari landasan. Terima kasih buat setiap senyuman yang terukir di wajah dan yang tersembunyi di hati…aku nampak walau kau cuba sembunyikan!
5 comments :
salam shbtku..
moga ukhwah kita adlh ukhwah yg terbina ats dasar iman & taqwa.
ssungghnya aku juga merasai perubahan yg sama..
merasai fasa demi fasa yg kian brubah hr demi hr..
moga tsabat.
aku ingin skali trus mrasai nkmatnya ukhwah atas dasar iman. :)
kmbali pd fitrah sbgmn yg Allah tlg gmbarkn dlm kitabNya, juga mlalui tauladan baginda..
tak mahu jauh dr kdua2 nie..
salam syg, umy..
alhamdulillah ya Allah.kerana mengurniakan aku peluang bertemu ukhti ini di dunia dan berukhuwwah dengannya keranaMu.Duhai ukhti,moga ku temui kamu lagi di daerah abadi sana.
salam..
moga ukhuwwah kita hingga ke jannah..
satu perkongsian yang menarik..
teruskan usaha..uhibbuki fillah
umy: istiqamah. doakan selalu... xmudah menjaga hati.
nadh: amiin ya rabb. jazakillah ya ukhti. akk doakan awak lebih kuat dr akk, lebih matang.
sakinah: sakinah mana ye? jazakillah, ahabbaki lillah...
Post a Comment