Jauh perjalanan luas pemandangan. Tinggi harga permata bukan kerana kilauan tetapi kesukaran mendapatkannya. Alhamdulillah selepas berumur 19 tahun 7 bulan 19 hari, aku masih diberi peluang untuk bernafas, memohon ampun untuk dosa-dosa dan menanam bekalan untuk perjalanan panjang ke sana. Tak terbayang apakah nasib diri andai nyawa dicabut tatkala diri masih basah dengan dosa. Dosa semalam yang masih belum kering, dosa hari ini yang masih segar. Ya Rabb, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, hanya dengan rahmatMu dapatku raih bahagia di sana.
Kadang-kadang manusia sukar untuk bersyukur. Aku pernah dengar Ustaz Zahazan kata dalam rancangan ‘TafsirulQuran’ terbitan ikim.fm,
Dengan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, aku terbang ke Mesir. Meneruskan tugasan. Ya, meneruskan tanggungjawab yang telah ditetapkan ‘Tuan Punya Dunia’, bak kata Ustaz Akhil Hayy. Setiap jalan ada likunya, even highway bukanlah lurus semata. Ada masa, kita kena lalu jambatan, naik jejantas dan masuk terowong. Hidup tak kurang likunya. Ada ketika saat-saat genting melanda, rasa nak rebah. Rasa macam kitalah orang yang paling malang, paling tersiksa di dunia.
Situasi 1: Orang putus cinta
“Ya Allah, Macam manalah aku nak teruskan hidup? Dialah nafasku, dialah nyawaku. Perginya meragut hidupku”
(Parah juga bila ‘nafas dan nyawa’ diletakkan pada makhluk!)
Situasi 2: Fail exam
“Macam mana aku boleh fail? Bodoh sangat ke aku ni? Habislah aku”
Situasi 3: Didiagnos menghidap kanser
“Hancur harapan. Tak ada gunanya aku hidup. Semuanya dah gelap!”
Ada kata-kata
Tanyalah pada diri, apa sumbangan untuk ummah? Jangan sekadar merintih... Bayangkanlah perjuangan-perjuangan insan-insan dan tokoh-tokoh Islam terdahulu. Sayidina Abu Bakr , Sayidah Kadhijah, Usman Affan, Abdul Rahman Auf, mereka semua menyingkirkan keperluan material sendiri dan dilaburkan ke jalan Allah. Jangan kata kita susah kalau hari-hari masih menjamah nasi. Jangan kata susah kalau masih ada baju yang tersusun berlipat dalam almari sedangkan masih ada kain yang direndam dalam baldi untuk dibasuh. Kita futur. Kita lemah.

“mudah mencari hamba yang bersabar ketika ditimpa ujian, sukar mencari hamba yang bersyukur ketika dilimpah kesenangan”.Syukur lawannya kufur. Kalau kita ni tidak bersyukur adakah kita termasuk dalam golongan yang kufur? Nauuzubillah.. Ya Rabb asykur ni’matak!
Dengan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, aku terbang ke Mesir. Meneruskan tugasan. Ya, meneruskan tanggungjawab yang telah ditetapkan ‘Tuan Punya Dunia’, bak kata Ustaz Akhil Hayy. Setiap jalan ada likunya, even highway bukanlah lurus semata. Ada masa, kita kena lalu jambatan, naik jejantas dan masuk terowong. Hidup tak kurang likunya. Ada ketika saat-saat genting melanda, rasa nak rebah. Rasa macam kitalah orang yang paling malang, paling tersiksa di dunia.
Situasi 1: Orang putus cinta
“Ya Allah, Macam manalah aku nak teruskan hidup? Dialah nafasku, dialah nyawaku. Perginya meragut hidupku”
(Parah juga bila ‘nafas dan nyawa’ diletakkan pada makhluk!)
Situasi 2: Fail exam
“Macam mana aku boleh fail? Bodoh sangat ke aku ni? Habislah aku”
Situasi 3: Didiagnos menghidap kanser
“Hancur harapan. Tak ada gunanya aku hidup. Semuanya dah gelap!”
Ada kata-kata
“ Jangan tanya apa sumbangan Negara terhadap kamu,
tetapi apa sumbangan kamu terhadap Negara”.
Tanyalah pada diri, apa sumbangan untuk ummah? Jangan sekadar merintih... Bayangkanlah perjuangan-perjuangan insan-insan dan tokoh-tokoh Islam terdahulu. Sayidina Abu Bakr , Sayidah Kadhijah, Usman Affan, Abdul Rahman Auf, mereka semua menyingkirkan keperluan material sendiri dan dilaburkan ke jalan Allah. Jangan kata kita susah kalau hari-hari masih menjamah nasi. Jangan kata susah kalau masih ada baju yang tersusun berlipat dalam almari sedangkan masih ada kain yang direndam dalam baldi untuk dibasuh. Kita futur. Kita lemah.
Jangan meredah lautan jika takut lemas, jangan kata“Adakah kamu mengaku beriman sedang kamu tak diuji?”.. Renungan diri ini yang sering leka dan lalai…
ingin berjihad jika takut syahid. Jangan kata ingin menjadi pemimpin, pejuang agama bangsa Negara, kalau tidak tahan ujian.
1 comment :
selamat berjuang !!!
Post a Comment