Thursday, February 16, 2012

Sakit tapi indah


Sakit ~Deviant Art



Rasakan kesakitan Nabi Yunus ketika diuji dengan lambatnya istijabah (sahutan) terhadap dakwah baginda. Namun, Allah ajar daripada mutiara Al-Qalam untuk bersabar.

Bersabarlah dengan ketentuan Tuhanmu, dan jangan seperti Nabi Yunus di dalam perut ikan, ketika dia berdoa dengan hati yang sedih 
Mungkin pernah terdetik di hati doa nabi Nuh pada kaumnya apabila didustakan,

Dan Nuh berkata, Jangan kau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu tinggal di muka bumi ini.

Tetapi kau segera sedar yang dakwahmu tidak capai suku pun daripada usia dakwah baginda yang diriwayatkan sebagai 950 tahun lamanya.


Kesakitan itu sebenarnya hadiah yang tidak terperi mahalnya kerana betapa ramai yang menghindar sakit ini, namun kita (insyaAllah saya dan kamu), bersedia menggalasnya. Hanya semata-mata kerana ingin tahu rasa kocakan darah habibuna Ar-Rasul di Taif, walau mungkin pada skala yang nano kecilnya.

Dipesan oleh ukhti kesayangan,
“Kita umpama kura-kura yang sedang melalui sebuah perjalanan panjang. Bukan mengharap sampai pada hujungnya tapi syahid di tengah-tengahnya.”
Mungkin kita tak bisa melihat Islam sebagai Ustaziatul Alam (umpama kuasa veto; kuasa penentu) bangkit menaungi dunia. Mungkin kita tak sempat melihat Malaysia, Mesir, Jordan, Indonesia bangkit menjadi ikon Islam dan tegas mempertahankan hak-hak saudara-saudara ‘la ilaha illallah’ di tanah lain. Mungkin kita tak merasa mutarabbi kita akhirnya menjadi murabbi kita. Mungkin dan mungkin sekali. Segala kemungkinan ini didahului dengan sesuatu yang pasti (surah An-najm)


Dan manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya

Dan segala usahanya kelak akan diperlihat kepadanya 


Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna
USAHA!

Jika benar kau ingin rasakan dunia ini penjara, maka kau pisahkan dirimu daripada kehangatan gebar.
Jika benar kau ingin rasakan dunia ini penjara, maka senyumlah atas tikaman-tikaman kata-kata manusia.
Jika benar kau ingin rasakan dunia ini penjara, maka belenggu rantai-rantai hawaa.

Maka kau akan dapati kebenaran pada kata-kata,

Dunia ini penjara mukmin!

Wednesday, February 15, 2012

Aku sedar

Dunia besar bagi orang kecil, bangkai bagi pencinta akhirat.


Apabila kalamku tinggal sejengkal
dan telingaku mula menadah cerita

Sedarlah aku sudah dewasa.
Sedarlah aku hanya manusia
Sedarlah aku hanya seorang pelari yang sedang menghabiskan larian-larian terakhir sebelum tiba garis penamat.

Sedarlah aku yang kalamku kini hanya didengar Tuhan
kerana apabila manusia yang ku harap,
telingaku mula menjadi empangan retak menenti pecah.

Sedang kalam Tuhan masuk ke jiwa,
mengalir laju ke setiap reseptor rasa,
Tepat.

Hanya empangan mata yang pecah
Tanda aku diterima seadanya dalam
membaiki langkah-langkahku ke syurga.

Sedarlah aku larian akan tamat,
Pasti.