Thursday, December 22, 2011

Apabila aku jatuh cinta

terinspirasi~




Sesungguhnya apabila aku jatuh cinta
Tak ingin sekali aku bangkit daripadanya
Biar saja aku terjelopok di tanah
Biar saja aku bermandi selut kerana
Bukankah itu aku?

Cinta yang berat ini kutanggung
Rela aku
Sekalipun duniaku meremuk
Cinta ini tak mungkin ada galang-gantinya

Jika cinta ini adalah mimpi
Tolong jangan kejutkan aku
Jika cinta ini lautan luas
Lemaskanlah aku di dalamnya

Tapi,
Terkadang cinta ini pergi meninggalkan aku
Atau sebetulnya aku yang mengabaikannya
Lalu mata kering tak berair
Aku kehausan

Akhirnya ku rayu dalam diam pada Sang Pencipta pelangi
Warnakan jiwaku dengan cintaMu
Yang Mengalirkan Nil
Basahkan aku dengan kasihMu
Kembalikanlah hati yang penuh cinta
Atau
Kau gantikan sahaja dengan sekeping hati baru yang suci
daripada syurga
 agar dia kembali ke sana untuk bertemuMu


~it's not a masterpiece, it just a piece me

Sunday, December 18, 2011

Bukan dengan itu


Bismillahirrahmanirrahim

Terlalu lama.


kita akan diserang dari kiri, kanan, luar dan dalam


Menulis separuh jalan. Ada idea tapi terputus. Lagaknya macam orang besar yang sibuk benar. Termalu sendiri apabila mengenang Rasulullah Pemimpin Negara Islam Madinah masih punya waktu untuk menjahit baju yang koyak dengan tangan baginda yang mulia itu. Tiada langsung rasa ‘mencemar duli’.
Alhamdullilah,

وأمّا بنعمتي ربّك فحدّث
Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau nyatakan
–Ad-Dhuha-
Direzekikan Allah kesihatan dan kemampuan meneruskan pelayaran ke negeri akhirat. Walaupun terkadang badai di luar menghempas hebat sedang anak-anak kapal ada yang masih saja ingin berkecil hati apabila donutnya dihabiskan orang, mujur saja, benteng kapal masih kukuh, nahkhoda masih si pencinta tahajud, sistem sokongan dalaman kapal yang kuat dek ikatan tali akidah.

Ma3lisy, menulis dicelah-celah chatting dengan Ummu Nuha, akhawat di Malaysia. Nampaknya taipan harus dihentikan kerana kapal akan mula belayar sebentar lagi. Ada persiapan yang perlu dilakukan.
InsyaAllah, akan diusahakan menulis yang bermanfaat-bermanfaat buat mereka yang tahu melihat dibalik kesejukkan kota lama Kaherah, hangat jiwa berdakapan untuk bersama berlayar ke negeri akhirat.

Aku tinggalkan dengan suatu pesanan,

Betapa dahsyat dan lelah kau rasakan, akhirnya

   ولا تمنن تستكثر
Janganlah engkau memberi dengan maksud untuk memperoleh yang banyak
-Al-Muddathir-

Kau takkan menjejak syurga hanya kerana amal-amalmu. Takkan!

Bukan dengan itu.