Tuesday, June 30, 2015
Refreshment
Lama benar saya tidak menulis. Benar-benar duduk dan menulis. Saya akur waktu berkerja 6am-7pm (minima 13 jam walau selalunya lebih), pulang ke rumah dengan keletihan atau kadang-kadang memenuhi jemputan kesayangang di UMS meminimakan masa untuk saya bersuka-suka melihat alam dan introspeksi ke dalam jiwa. Membaca Quran pun harus berebut-rebut dengan sang mata. Membuatkan saya hilang sebahagian daripada diri seketika. Namun siri-siri hadiah daripada Allah sentiasa menyapa dengan tanpa diduga.
Saat memanjat tangga ke tingkat 6 Hospital Likas, Allah hadiahkan pemandangan sunset yang sangat indah.
Allah tiupkan ketenangan dengan senyuman ibu-ibu yang tabah berulang keluar masuk hospital.
Lalu di lobi dan sang pengarah hospital sedang memainkan piano nada You Raised Me Up kegemaran saya.
Semua ini bahkan membuatkan saya berfikir lagi tentang keberadaan Tuhan yang tidak bertempat. Membenarkan prinsip saya yang satu,
Bahagia letak dalam hati
Hanya hadir saat Pemilik mengizinkan
Akan singgah tanpa syarat
II
Mustahil Ramadhan tidak mengingatkan saya dengan Mesir. Mustahil, Ya Allah, saya berjuang untuk menghidupkan Ramadhan seperti yang pernah saya lalui. Kalau tidak 100% , 30% pun pasti saya tersangat berbahagia.
Saya tersangat merindukan mihrab yang kami sama-sama bangunkan di tempat masing-masing. Berjanji untuk qiyam dengan separuh juzuk setiap malam. Sangat cemburu melihat sesiapa yang mendahului perlumbaan. Saya terduduk 10 Ramadhan kali ini dan bertalu-talu bertanya pada diri, adakah aku sudah menjadi hamba yang kalah. 10 hari telah berlalu namun aku masih bertatih lagi.
Nampaknya pusingan kedua Ramadhan kali ini, harus saya maksimakan mihrab saya agar berada di mana-mana dan setiap ketika. Moga setiap bayi yang saya sentuh meniupkan angin syurga, moga terhapus dosa-dosa.
Moga ringan tulang saya menghulurkan bantuan, maniskan wajah saya untuk sentiasa menghadiahkan senyuman.
Moga nota-nota ini menemani saya untuk terus bersemangat dan sentiasa menjadi 'saya' yang pernah lahir dari rahim tarbiyah ardhul kinanah.
Tuesday, June 2, 2015
Countless blessing
Sunday, May 17, 2015
Asingkan jiwa
Alhamdulillah Allah memudahkan jalan. Masuk posting yang ketiga. Terlalu banyak perkara yang berlegar di kepala namun tak mampu saya luahkan dengan kata-kata.
Sedang makan-makan kami di Restoran Nelayan Bukit Padang, teringat saya satu hadis Rasulullah SAW,
الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الَّذِي لا يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَلا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ
Mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kesakitan daripada mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan kesakitan daripada mereka.
Beberapa perkara saya belajar:
1. Manusia memang akan menyakiti kita
2. Berjiwa besar adalah pilihan yg selayaknya buat seorang mukmin
Perjalanan hidup sekarang memang membuatkan saya sakit. Sakit dengan kekasaran tetapi itulah realiti umat ini, realiti masyakat.
Sumpah saya rasa, komuniti Malaysia di Mesir sangat-sangat baik. Betapa berjayanya biah membuatkan manusia malu dengan yg haram dan makruh. Sebab itu juga Mesir adalah bumi tarbiyah yang sangat ideal.
Balik kepada isu asal, saya rasa perkataan kasar seperti 'shit, bodoh, bongok dll' sudah menjadi zikir harian. Kalau tidak di mulut, di hati ada. Menanti untuk di spilled out sahaja. Setiap hari ada sahaja mulut kasar, ada sahaja bahan umpat. Daripada Specialist hingga ke staff nurse, termasuklah houseman.
Ini semua mematikan jiwa. Di sinilah praktik 'uzlah syuuriah' Syed Qutb.
Asingkan jiwa bukan jasad.
Moga Allah tuntun saya untuk melazimi uzlah ini. AMIN.
Saturday, December 6, 2014
First poster
Alhamdulillah sudah masuk punch card ketiga.
Apabila orang tanya, "Macam mana housemanship?".
Saya jawab, "Alhamdulillah, surviving still. Alive :)"
Saya masih banyak kekurangan. Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari.
Saya akui memang banyak 'bad thoughts' yang singgah untuk melemahkan semangat saya. Sangat banyak sampai saya sendiri rasa geram dengan diri sendiri,
Tetapi Allah masih mengizinkan saya bertahan sampai hari ini. Jujur saya kata, mungkin pengalaman saya tidaklah 'sehebat' kawan-kawan yang lain. Saya pula ditempatkan dalam department Orthopedic yang dipandang sesetengah orang sebagai The most Chillax department
Tuesday, August 5, 2014
Friday, July 18, 2014
A definite truth
MH 17, MH 370, the evergreen Gaza, Syria semuanya
melibatkan korban nyawa. Memang kita 'menonton' dari jauh kemudian
mengungkapkan kata-kata takziah dan kesedihan. Namun, sekejap lagi tertawa
dengan lakonan lawak bodoh di kaca TV. Seolah-olah kematian adalah drama yang
kita nantikan episod seterusnya namun tak rasa kita sebahagiannya.
Tidak semua manusia merasa memandu Lamborghini,
tidak semua manusia merasa Kapsah daging original masakan rumah seorang wanita
di Abou Kabeer, tidak semua merasa punya suami yang sering mengejut bangun
malam tetapi semua PASTI berkongsi rasa kematian. Dos kesakitannya sahaja yang
berbeza.
Pun begitu, manusia masih gemar mengejar-ngejar
angan yang tidak pasti.
Pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya,
"Hai umat manusia, tidakkah kalian malu kepada Allah?"
Mereka menjawab, "Kenapa engkau berkata demikian Ya Rasulullah?"
Nabi bersabda lagi, " kalian kumpulkan apa yang tidak kalian makan, kalian
angankan apa yang kalian tidak raih dan kalian bangunkan apa yang kalian tidak
menempatinya."
Saya sangat terkesan dengan pandangan Sayyidina Umar RA tentang kematian.
Dicatatkan Abu Ammar dalam bukunya Ar-Raqaiq, tatkala Abdullah ibn abbas
masuk ke bilik Sayyidina Umar RA saat beliau sedang sakit menghadapi maut dan
kelihatan Sayyidian Umar RA gelisah maka kata Sayyidina Umar,
أما ما ترى من جزعي، فهو من أجلك و أجل أصحابك، عمر الخطاب
"Kegelisahanku yang kau lihat ini kerana kamu dan umat islam yang lain."
Ini satu fiqh dakwah dimana Sayyidina Umar menganggap kematian itu
sebagai tamatnya peluang untuk berbakti dan menjadi khadam buat umat. Fiqh ini
mengangkat satu cara fikir buat duat tentang makna kematian dan kehidupan.
Menjadikan kehidupan itu lebih memberi makna. Kerana sebahagian duat mencintai
mati dan putus asa terhadap dunia dan ada yg sebaliknya. Sesungguhnya beliau
mengajar kita, cara2 menggerakkan iman.
Sabda Rasulullah SAW
تحفة المؤمن الموت
Hadiah untuk mukmin adalah kematian.
Kisah Sayyidina Umar RA dan sabda Rasulullah SAW di atas membawa dimensi baru
dalam
menilai kematian. Mati tidak selamanya negatif. Kita yang masih
dipanjangkan hayat, diizinkan menghela dan menghembus nafas berpeluang mencipta
taman syurga di lahad kita.
Kebijakan yang dimaksudkan Ar-Rasul SAW apabila menyarankan kita mengingati
mati bererti kematian sepatutnya menjadi motivasi untuk kita beramal buat
sesuatu yang lebih kekal. Lebih produktif dan tamak mencari laba akhirat
sekalipun jalannya adalah dengan memakmurkan dunia ini (seperti tabah dan
gigih menjadi HO? ;) )
Ketahuilah dengan bersungguh-sungguh di dunia, baru kita mampu fahami
erti,
"Dunia itu penjara mukmin!"
Thursday, July 3, 2014
Optimis!
![]() |
| Pemuda yang bukan ustazah tetapi sangat mencintai agama. |
1. Bagi saya, suasana dakwah dan penerimaan terhadap pengamalan Islam di Malaysia semakin hari semakin mengujakan. Walaupun banyak isu ummat yang menggusarkan hati. Di mana ada striker, di situ ada goal keeper. Buku bertemu ruas.
2. Kini, kempen menghidupkan bulan Al-quran bukan sekadar pada pada memperbanyakkan tilawah sahaja. Kempen untuk faham isi Al-Quran juga giat berjalan. Cth: Video tafsir NAK yang viral sejak malam Ramadhan, keterbukaan masyarakat untuk ambil kelas bahasa arab secara formal di hujung minggu, makcik-makcik sudah tidak pelik dengan bacaan qiraat 10. Kempen hafazan, qiyam, sedekah ala 'pending coffee' dll. Bukan ekslusif lagi untuk penuntut aliran agama tulen.
3. Saya yakin apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengetahui dan mengakui seronok, praktikal dan syumulnya Islam, peluang untuk meningkatkan fasa dakwah terhadap isu-isu yang lebih besar dan berat terbentang luas. Ikhwan mendapat manfaat dengan sebaran dakwah salafi yang banyak membantu dalam menghidupkan roh Islam. Mungkin itu salah satu faktor kemenangan Dr Morsy tempoh hari dan terkedepannya dakwah di Mesir walaupun tekanan sekeliling yang sangat tidak membantu.
4. Insya-Allah, kita sedang menyediakan masyarakat yang terdidik jiwanya dengan Al-quran. Moga fasa dakwah umum dapat ditingkatkan lagi kepada kefahaman kenegaraan islam, ekonomi Islam, undang-undang Islam, kesatuan Islam dll.
5. Selamat memperbanyakkan amal soleh, tadabur al-quran dan tadabur ayat Allah yang terbentang
إذا المرء كانت له فكرة ففي كل شيء له عبرة
Jika seseorang mempunya fikrah (idea/kefahaman), segala disekelilingnya menjadi ibrah (pengajaran).
5 Ramadhan 1435


