Tuesday, January 17, 2012

:: Dimiliki iman

Ashabul iman, pemilik iman, dimiliki iman


لا تسود المبادئ حتى يقوى إيمان أصحابها بها، فتكون أحب إليهم من كل أعراض هذه الدنيا، من أنفسهم، وأموالهم، ومتاجرهم، وعشائرهم، وكل ما يحرص عليه إنسان في هذه الحياة، وعلامة هذا الإيمان أن يجاهدوا في سبيل ظهور هذه المبادئ وانتصارها جهادًا تبذل فيه كل هذه الأغراض بذل رضًى وطمأنينة وسماح
As-Syahid Imam Hassan Al Banna


Kau milik siapa?

Sunday, January 15, 2012

Sedaya dan upaya


biar digilis-gilis



Dalam debar Aiman menyudahkan ayat-ayat terakhir daripada Illustrated Text Book of Paediatric atau lebih dikenali sebagai Lissauer oleh pelajar-pelajar Sekolah Perubatan Kasr Al-Ainy. Dr. Tom Lissauer merupakan salah seorang penulis buku teks perubatan kanak-kanak itu bersama Dr Clayden.

“Kesian co-partner dia kena overshadow,” gumam Aiman.

Lissauer ditutup, laptop dibuka. Cekatan Aiman membuka beberapa dokumen kerja untuk diteliti. Matanya seletih jiwanya. Pantas anak panah menyimpang menekan ikon hijau di dekstop. Berkira-kira membuat panggilan rindu ke Malaysia. Debar di dada masih enggan surut.

Thursday, January 12, 2012

Jalan dan Fikir


di bahagian bumi yang mana kita akan bersemadi?



Bismillahirrahmanirrahim

Cairo extrasejuk hari ini. Perjalanan ke kelas paediatrik (kesihatan kanak-kanak) terasa nyaman, paling tidak jiwa aku nyaman. Jalan Lutfi Sayyid agak lengang saat aku keluar. Sekalipun lebih daripada selapis pakaian aku pakai, ditambah sehelai kot luar yang dibeli bersama ibu tahun lalu, masih aku sedikit menggigil. Angin sejuk menampar muka.

Thursday, December 22, 2011

Apabila aku jatuh cinta

terinspirasi~




Sesungguhnya apabila aku jatuh cinta
Tak ingin sekali aku bangkit daripadanya
Biar saja aku terjelopok di tanah
Biar saja aku bermandi selut kerana
Bukankah itu aku?

Cinta yang berat ini kutanggung
Rela aku
Sekalipun duniaku meremuk
Cinta ini tak mungkin ada galang-gantinya

Jika cinta ini adalah mimpi
Tolong jangan kejutkan aku
Jika cinta ini lautan luas
Lemaskanlah aku di dalamnya

Tapi,
Terkadang cinta ini pergi meninggalkan aku
Atau sebetulnya aku yang mengabaikannya
Lalu mata kering tak berair
Aku kehausan

Akhirnya ku rayu dalam diam pada Sang Pencipta pelangi
Warnakan jiwaku dengan cintaMu
Yang Mengalirkan Nil
Basahkan aku dengan kasihMu
Kembalikanlah hati yang penuh cinta
Atau
Kau gantikan sahaja dengan sekeping hati baru yang suci
daripada syurga
 agar dia kembali ke sana untuk bertemuMu


~it's not a masterpiece, it just a piece me

Sunday, December 18, 2011

Bukan dengan itu


Bismillahirrahmanirrahim

Terlalu lama.


kita akan diserang dari kiri, kanan, luar dan dalam


Menulis separuh jalan. Ada idea tapi terputus. Lagaknya macam orang besar yang sibuk benar. Termalu sendiri apabila mengenang Rasulullah Pemimpin Negara Islam Madinah masih punya waktu untuk menjahit baju yang koyak dengan tangan baginda yang mulia itu. Tiada langsung rasa ‘mencemar duli’.
Alhamdullilah,

وأمّا بنعمتي ربّك فحدّث
Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau nyatakan
–Ad-Dhuha-
Direzekikan Allah kesihatan dan kemampuan meneruskan pelayaran ke negeri akhirat. Walaupun terkadang badai di luar menghempas hebat sedang anak-anak kapal ada yang masih saja ingin berkecil hati apabila donutnya dihabiskan orang, mujur saja, benteng kapal masih kukuh, nahkhoda masih si pencinta tahajud, sistem sokongan dalaman kapal yang kuat dek ikatan tali akidah.

Ma3lisy, menulis dicelah-celah chatting dengan Ummu Nuha, akhawat di Malaysia. Nampaknya taipan harus dihentikan kerana kapal akan mula belayar sebentar lagi. Ada persiapan yang perlu dilakukan.
InsyaAllah, akan diusahakan menulis yang bermanfaat-bermanfaat buat mereka yang tahu melihat dibalik kesejukkan kota lama Kaherah, hangat jiwa berdakapan untuk bersama berlayar ke negeri akhirat.

Aku tinggalkan dengan suatu pesanan,

Betapa dahsyat dan lelah kau rasakan, akhirnya

   ولا تمنن تستكثر
Janganlah engkau memberi dengan maksud untuk memperoleh yang banyak
-Al-Muddathir-

Kau takkan menjejak syurga hanya kerana amal-amalmu. Takkan!

Bukan dengan itu.             

Friday, September 9, 2011

Sharp!


“Sihat ke abang?”
“Nampak macam sakit ke?” sebuah senyuman dihadiahkan. Abang kelihatan santai dengan baju Melayu hitam dan seluar jeans. Senyum abang, kakak balas. Lebih lebar.
Sharp akak sampai!” Langkah dihayun ke teratak berhadapan Sungai Nil. Abang membawa keluartupperware berisi ayam goreng madu, nasi dan sup dari bakul.
“Tak sharp sama dengan zalim!” Kakak menuang sup ayam ke dalam mangkuk plastik. Wap nipis bebas di udara. Baunya cukup membuka selera.
“Dari dulu akak suka cakap macam tu. Syadidlah akak ni,” masih tersenyum. Abang kenal benar kakak dan prinsipnya itu. Abang membasuh tangan. Bersedia untuk mengubat kerinduan pada nasi ayam kakak.
You know me!” kakak berseloroh. Sambil menambahkan nasi ke pinggan abang. Aliran Sungai Nil mengalir tenang.
“Sibuk ke abang?”
“Biasalah akak. Kelas penuh. Kenapa akak tanya?”
“Kelas memang penuh, yang dalam jiwa tu penuh tak?”
“Ya, orang tahulah akak. Jangan risau. Solat jemaah, Quran, mathurat. Daripada sekolah akak asyik ingatkan benda tu. Abang dah besar akak. Dah nak naik tahun 3. Dah nak jadi doktor dah akak,” sedikit rajuk suara abang. Kakak menambah nasi dan sup ke pinggan abang. Pinggan polisterin yang berbalut plastik.
“Sementara akak ada, akak ingatkan.”

Sunday, September 4, 2011

Rindu menulis



Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar"
~Al-hujurat: 17