Sakit tak semestinya sakit. Tak semua orang sedar dirinya sakit. Internal hemorrhoids (buasir), pesakit tak sedar pun yang dia sebenarnya memerlukan rawatan sebab dia tak rasa sakit. Seorang pesakit diabetes boleh berlubang kakinya akibat tusukkan paku sedalam 1.5cm tanpa sedar.
Dr. Maha Sabry, “Pain sensation is a blessing of Allah.” Tab’an!
Itu cerita pesakit fizikal. Apa cerita pesakit jiwa? Berapa ramai yang sakit imannya? Sedar ke? Tak! Berapa ramai yang tak tahu baca Quran walau sudah bercucu dua? Berapa ramai yang masih tak menutup aurat (bukan tak pakai tudung) walau harga tudung/kain/stokin sangat murah di Jalan Tunku Abdul Rahman/Mydin?...mahal lagi harga cicin zulian! Loss of pain sensation. Hati terhijab. Tak sensitif dengan dosa sendiri apatah lagi dosa orang lain.
“Kubur asing-asing!” Ini cerita pesakit iman.
Kenapa Allah kurniakan pain sensation? Ada tak sesiapa ketika tehantuk kepala pada bucu meja sebut Alhamdulillah?
Dalam suatu riwayat, seorang lelaki yang sakit kepala lalu membalut kepalanya. Apabila
Rabiatul Adawiyah melihatnya beliau berkata, “ Ketika kau sihat tak pernah kau
menunjukkan tanda syukur tetapi apabila sakit sedikit kau menunjuk-nunjukkan
kesakitanmu.”
Kalau tak ada pain sensation, mungkin dah sebotol darah mengalir keluar lalu hypotension, spasm. Ini nikmat sakit. Untuk dapatkan rawatan.
Pesakit iman kronik tak rasa sakit kerana,
treshold of pain sensation is too high. Unsensitive to stimulus. Walaupun sakit, masih bergelak ketawa. Tak terfikir nak pergi hospital. Dua minggu lepas seorang ukhti bagi tazkirah sebelum kelas fisiologi,
“Hassan Al-Basri pernah menangis kerana terlupakan Allah beberapa minit.” Tak rasa tertampar ke? Agak-agak berapa tresholdnya? Berkali-kali ganda lebih rendah daripada kita. Menonton desperate housewives marathon selama 5 jam. Rasa apa?
“Setiap anggota badan tidak menganut suatu agama pun melainkan Islam kerana ia tidak terjadi, tidak membesar dan tidak bergerak melainkan mengikut undang-undang Tuhan” Asas-asas Islam, Abu ‘Ala Maududi.
Mata kita Islam kerana erti Islam ialah menyerah diri dan patuh kepada Allah. Mata ditugaskan untuk melihat, tak pernah mata rampas kuasa telinga untuk mendengar. Bayangkan kalau mata boleh berlari ketika dipaksa menonton desperate housewives marathon 5 jam, dah lama dia lari.
Tahu lagu ini?
‘Jiwa derita dengan dosa, hati rasa kurang amal padaNya. Itulah hakikat jiwa kehambaan’. Saya pernah tertanya-tanya kenapa orang-orang soleh selalu rasa dirinya kurang amal, banyak dosa.
“Aku bimbang kalau semua ke syurga kecuali seorang dan yang seorang itu adalah
aku” Umar Al-Khatab.
Tab’an wa tab’an wa tab’an kaman, amal dia mesti berganda-ganda dari kita. Itulah hakikat kehambaan. Makin bertambah iman makin rasa kurang, makin rasa nak tambah amal, makin dekat dengan dengan Allah. Ini cerita treshold of pain sensation superminimum. Sebab tu, apabila terlintas sedetik sahaja perkara mungkar cepat-cepat beristighfar.
Jom rendahkan treshold kita. Biar sering rasa sakit, supaya boleh segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Allahlah sebaik-baik Penyembuh. Tidaklah yang menulis lebih rendah treshold daripada yang membaca.