Alhamdulillah Allah memudahkan jalan. Masuk posting yang ketiga. Terlalu banyak perkara yang berlegar di kepala namun tak mampu saya luahkan dengan kata-kata.
Sedang makan-makan kami di Restoran Nelayan Bukit Padang, teringat saya satu hadis Rasulullah SAW,
الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الَّذِي لا يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَلا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ
Mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kesakitan daripada mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan kesakitan daripada mereka.
Beberapa perkara saya belajar:
1. Manusia memang akan menyakiti kita
2. Berjiwa besar adalah pilihan yg selayaknya buat seorang mukmin
Perjalanan hidup sekarang memang membuatkan saya sakit. Sakit dengan kekasaran tetapi itulah realiti umat ini, realiti masyakat.
Sumpah saya rasa, komuniti Malaysia di Mesir sangat-sangat baik. Betapa berjayanya biah membuatkan manusia malu dengan yg haram dan makruh. Sebab itu juga Mesir adalah bumi tarbiyah yang sangat ideal.
Balik kepada isu asal, saya rasa perkataan kasar seperti 'shit, bodoh, bongok dll' sudah menjadi zikir harian. Kalau tidak di mulut, di hati ada. Menanti untuk di spilled out sahaja. Setiap hari ada sahaja mulut kasar, ada sahaja bahan umpat. Daripada Specialist hingga ke staff nurse, termasuklah houseman.
Ini semua mematikan jiwa. Di sinilah praktik 'uzlah syuuriah' Syed Qutb.
Asingkan jiwa bukan jasad.
Moga Allah tuntun saya untuk melazimi uzlah ini. AMIN.