Hamas telah melancarkan kempen ziarah rumah ke rumah pada setiap hari Selasa sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Palestin atas pendirian teguh dan sokongan kepada Hamas sekalipun pelbagai sekatan dikenakan. Baca di sini.
Saya fikir, sekalipun Hamas tak melancarkan kempen penghargaan ini, tidak sekali-kali rakyat Palestin berganjak daripada pilihan mereka kerana sokongan mereka kepada Hamas bukan semata-mata sokongan rakyat kepada pemerintah ataupun organisasi. Ia merupakan sokongan kepada proksi yang berjanji akan terus berjuang untuk menegakkan kedaulatan Islam dan Al-Quds itu sendiri. Warga Palestin pastinya tak menanti-nanti subsidi atau duit kopi daripada Hamas kerana timbangan pemilihan adalah atas dasar iman dan juang.
Hamas pula, sekalipun di tengah-tengah hamasah yang tinggi bagi membenarkan janji Allah, tak lupa melayan rakyat Palestin sebagai manusia dan saudara seakidah. Bukan hanya menabur janji-janji manis semata-mata untuk meraih undi. Apabila membaca laporan di atas terlintas di fikiran saya,
"How sweet!".
Saya tahu di Malaysia ramai pemimpin-pemimpin rakyat yang turun padang untuk bersama rakyat. Lebih hebat lagi apabila musim pilihanraya mampir. Pemimpin yang ramai itu, tak dapatlah saya meneka isi hati mereka. Saya yakin, pasti ada yang benar-benar berjiwa hamba, berjiwa rakyat. Cuma al-kisah Palestin ini sungguh mengharukan hati kerana disebalik gelodak dan kesempitan, tak sesekali hak bersaudara itu diabaikan. Ah, bukankah islam itu solusi. Islam itu best!
Mungkin saya akan keliling jajahan Sayeda Zainab untuk mengedarkan manisan ukhwah...hurm.