Tuesday, March 10, 2009

Bukan sekadar 'life'




Beberapa hari selepas keputusan SPM keluar,
“Hang nak ambik apa nanti?”
“Medic”
“Huh, tak dak life!”


Khabaran reunion batch 02-06 di KLCC baru-baru ini mengimbau kembali dialog itu. Tak ada life itu maksudnya tak ada kehidupan atau tak ‘nikmat’ kehidupan? Stereotype medical student mitos is they are bunch of nerdy, sleep, eat, flirt with books. Kalau pun benar itu, siapa kata itu ‘tak dak life’?
Siapa kata bermati-matian mencari ilmu dan berusaha mengejar kejayaan itu ‘tak ada life’?

Dr Yusof Al-Qardhawi tak pernah main bola kerana sibuk mencari ilmu. Rabiatul Adawiyah siang dan malam memuja cintanya yang teragung. Rasulullah sering beruzlah sendirian di Ghar Hira’. Omar Mokhtar hidupnya sarat dengan agenda perjuangan di Libya. Ini nama-nama besar. Tak ada ‘life’ ke mereka ni? Nope. Ada. Ilmu itu ‘life’, mencari kebenaran itu ‘life’, perjuangan itu ‘life’. Besar skop ‘life’ itu. Bukan sekadar berpersatuan, handle program, download cerita baru, makan dengan kawan-kawan di Mo’men, main bowling di Megamall.

Bernafas ertinya zahiriahnya hidup. Setiap kehidupan itu akan diisi melalui hari-hari yang kita lalui. Pilihan-pilihan yang kita buat dan pilihan itu adalah berdasarkan tujuan hidup.

Ada empat kejahilan yang tak boleh dimaafkan:
1) Sirr wujuduhu
2) Ghayah hayatuhu
3) Risalah nauhu
4) Syakhsuhu
(dr. Ali Laban)

Seandainya hidup itu ghayahnya untuk menjadi seorang cardiologyst ulung, itulah yang akan diusahakan. Dia akan cakna setiap input, setiap flow dunia perubatan jantung. Kalau ghayahnya berbakti pada ibu ayah. Dia akan buat apa sahaja yang memungkinkan dia berbakti pada orang tuanya. Tolak 25% gaji untuk ibu ayah. Duduk dengan mereka supaya mudah untuk dijaga dan sebagainya. Kalau ghayahnya harta? Pangkat? RO?? Itulah asas, framework hidupnya dan that’s what he called life.

Hidup ini bukan percuma dan ada harga yang kita perlu bayar. Pada siapa? Pada Yang Menciptakan! Bukan dengan Dollar atau Yen tetapi dengan dua tanggungjawab: khalifah dan hamba. Ingatlah taklifan ini perlu dilunaskan dan akan dijadikan kes perbicaraan di Mahkamah Agung nanti. Kalau dengan Engineering boleh menyempurnakan taklifan ini, silalah usahakannya. Kalau dengan melengkapkan koleksi-koleksi t-shirts, badges Chelsea mampu? Kenapa tidak? Tanya pada diri, apa hujah yang akan disampaikan oleh kaki, mata terhadap ‘life’ aku di depan pendakwa raya nanti?

p/s: Allahu ghayatuna! Allahu ‘laifuna’ . Entri ini ditulis beberapa bulan lepas.