“Okey girls, next week we will have some quiz from the start untill the pain
sensation”,
Dr. Maha Sabry.
Satu ayat yang simple. Cukup, untuk membuatkan hampir sebahagian besar pelajar ‘study’ hanya sampai topik ‘pain sensation’.
Bukan nak cerita perihal sistem pendidikan tetapi
sistem ilmu kendiri. Sejak daripada sekolah, isu sekularisme dalam pendidikan dan pendidikan berasaskan peperiksaan (exam oriented) sering jadi respon bagi musabab masalah-masalah yang melanda para pelajar. Ini satu hal, satu hal lainnya sistem ilmu kendiri yang musnah dalam diri pelajar. Tidak cintakan ilmu, menyempitkan skop ilmu dan ini membunuh masyarakat kerana remaja-remaja yang lahir daripada penyakit-peyakit ini adalah
kertas-kertas yang dicetak dengan deretan huruf A yang kosong.
Buzz beribu-ribu kali untuk diri sendiri.
Oleh itu, ramai yang berkesedaran dan penentang sekularisme cuba memisahkan diri daripada sistem ini. Paling kurang, di tempat saya menuntut, dr akan kaitkan topik-topik pelajaran dengan ciptaan Allah. Juga sahabat-sahabat disekeliling sering membantu menambah input penciptaan agung Allah berdasarkan ilmu yang dipelajari. Ramai yang mula menyemai benih-benih ilmu dalam diri seperti mempelajari kitab-kitab agama, mengambil kelas tahsin, tahfiz Al-Quran, kelas Bahasa Arab fushah dan lain-lain. Syukur, roh ilmu mula berakar umbi.
Ilmu yang dikejar itu perlu diikat. Talinya adalah amal- hidup bersama ilmu. Kebanyakan
‘pengkejar ilmu’ terlupa membawa tali. Ada juga, yang memilih untuk mengikat ilmu-ilmu tertentu. Amal di sini, boleh dikembangkan pengertiannya, seperti ilmu perubatan yang saya pelajari tidaklah dapat saya amalkan sepenuhnya dalam kehidupan harian tetapi boleh diulangkaji dan ditambah kefahaman dari masa ke masa. Ada individu yang memilih untuk menganak-tirikan dalam ‘pengikatan’ ilmu, jelas masih ada tempias
‘exam oriented’ dalam dirinya.
Maksudnya, ilmu-ilmu di universiti yang ada sistem perperiksaan akan sentiasa diulang-ulang kaji. Hafaz, buat nota dan lain-lain. Ini ilmu yang dia pilih untuk mengikatnya. Manakala ilmu-ilmu yang kurang atau tiada nilai sijil (seperti kelas pengajian kitab, ceramah, tazkirah dan lain-lain) dibiar lepas bebas. Kitab itu hanya akan di buka pada hari pengajian selama 2 jam.
Do we expect it to be part of our life? Sedangkan ilmu yang ada dalam kitab-kitab itu adalah ilmu hidup. Untuk amal bukan sekadar untuk merawat orang sakit. Ambil ihtimam untuk sentiasa memartabatkan ilmu.
Tak dinafikan, mungkinlah ramai yang akan kata
‘focus on your core business which is medic’ tetapi tak luak rasanya masa yang ada (potong masa buka friendseter) kalau diulang kaji untuk remind kitab-kitab yang dipelajari dan amal. Jujur, saya masih berusaha ke arah itu. Jauh lagi kalau nak sampai tahap Ibu Sina, Al-Khawarizmi. Itu insan-insan yang
‘izah dengan ketinggian ilmu. Jom, sama-sama kita bina sistem ilmu yang tulen dalam diri.
‘Tak bertaqwa orang yang tak berlimu, tak berilmu orang yang
tak beramal’
-Abu Darda’